skip to main | skip to sidebar

The Destiny of Scorpio

Suffering is the payment to get the meaningful of life. The more suffered we are, the more meaningful of life we get. Setiap apa yang berlaku di dunia ini pastinya bersebab. Dan Tuhan itu sentiasa merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk umat manusia

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Bin Husaini: Sekapur Sirih

Assalamualaikum warah matullah
Salam Sejahtera
Salam keamanan
Salam kecintaan
Salam perpaduan
Salam perkenalan

Dimulakan dengan sepotong ayat Quran Al- Kareem surah 49 ayat 13 seperti yang tertera di atas yang kira-kira bermaksud "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Salam Persaudaraan dan Salam Ukhuwah

Di dalam Islam, dikatakan ibadah bukan sahaja hanya menunaikan solat, bermunajat, bertafakur, berdoa dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Melakukan sesuatu berfaedah yang mendatangkan kebaikan kepada manusia sejagat dan melakukannya dengan niat kerana Allah, InsyaAllah disisiNya akan diterima sebagai ibadah.

Awansyirrubilmukminin bermaksud, Awan berjalan bersama-sama dengan orang yang beriman. Perkataan itu selalu dilafaskan oleh tok guruku. Beliau memanggil namaku "awan". Mengambil berkat di atas kata-kata seorang guru, aku menggunakan perkataan itu sebagai url blog aku. Semoga Allah merahmati.... Furdiah Al-Fatihah kepada Tok Guru...


Blogging ini bukan mudah seperti apa yang disangkakan. Tetapi, setiap individu menggunakan pelbagai pendekatan dalam berblogging. Ada yang menjadikan blog untuk menceritakan kisah hidupnya sebagai kongsi sama, ada yang menggunakan blog sebagai wadah politik, ada yang menggunakan blog untuk menyebarkan ilmu dan maklumat, ada yang mengunakan blog untuk tujuan promosi dan sebagainya. Namun bagiku, blog ini seharusnya digunakan untuk memberi sesuatu memberi manfaat kepada pembaca dan mungkin pembaca boleh mengambil iktibar daripadanya lantas memikirkannya ke arah kebaikan dan penghijrahan diri. Biar kita menulis dengan mengetengahkan sesuatu yang bermakna supaya siapa-siapa yang membacanya secara tidak langsung tidak membazirkan masa mereka. Yang baik itu diambil telandan. Yang buruk itu perlu dijadikan sempadan.Berpeganglah pada kejujuran dan kebenaran. 

Penglibatanku di dalam aktiviti blogging ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kebolehan ku. Bukan juga bertujuan untuk memuji diri sendiri. Bukan bertujuan untuk "show off" dengan anugerah yang telah Tuhan berikan. Bukan bertujuan untuk dijadikan bahan mencemuh dan menyebar buruk nama dan maruah pihak-pihak tertentu.


Penglibatanku di dalam aktiviti blogging ini hanyalah untuk berkongsi maklumat, ilmu dan pengetahuan. Juga dalam kesempatan yang sama aku ingin berkongsi kegembiraan dan hiburan yang pada hemah ku ianya boleh menghiburkan orang lain juga. 


Diharap segala isi kandungan blog ini memberi manfaat kepada kalian. Pengisian yang memudharatkan keamanan manusia sejagat juga individu, mohon dijauhkan.


Jutaan penghargaan diucapkan kepada pengikut-pengikut dan pembaca-pembaca. Ingatlah segala yang baik itu adalah datang dari Yang Maha Esa. Dan pastinya setiap keburukan itu adalah datang dari diri kita sendiri.

Sepuluh jari disusun cermat dan kemas tanda pohon ampun dari hati yang sangat dalam jika pengisian blog ini ada menyentuh hati mana-mana pihak. Sesungguhnya tiada niatku untuk berbuat demikian. Niatku InsyaAllah untuk kebaikan dan ku bermohon agar Tuhan mencucuri kebaikan kepada manusia sejagat.


Selamat melayar......
Salam.......



Yang menjalani hidup ini dengan perjuangan untuk menebus dosa dan silap semalam,


Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

The Destiny of Scorpio

  • Bin Husaini: Sekapur Sirih
  • Bin Husaini : Latar Belakang
  • Bin Husaini : Destiny of Scorpio

Labels

  • Agama (2)
  • Aku.Muzik.Kamu (28)
  • Dari Sudut Pandangan Ahli Politik (5)
  • Diskusi Ekonomi (14)
  • Islam dan Ekonomi (1)
  • Kaki Wayang (1)
  • Keindahan Bahasa Melayu (6)
  • Omonganku Saja (25)
  • Petikan Akhbar (2)
  • Petikan Ayat-Ayat Al- Quran (5)
  • Sejarah (2)

Blog Archive

  • ▼  2008 (10)
    • ▼  December (10)
      • Luqman gave advised to his children (Chapter 31)
      • Information Asymmetry
      • Economic Development
      • Economics and Islam
      • What is Economics?
      • Blu-Ray and Economic Development
      • HYDROPONIC & ECONOMIC DEVELOPMENT
      • 5 Stage of ROGES’ (1995) Innovation-Decision Proce...
      • THE NATIONAL SCIENCE AND TECHNOLOGY POLICY
      • THE LOOK EAST POLICY
  • ►  2009 (17)
    • ►  May (7)
    • ►  June (3)
    • ►  October (1)
    • ►  November (6)
  • ►  2010 (60)
    • ►  April (1)
    • ►  May (30)
    • ►  June (9)
    • ►  August (2)
    • ►  September (7)
    • ►  October (1)
    • ►  November (10)
  • ►  2011 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

Followers

My Blog List

  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    1 year ago
  • Never Be Afraid To Voice Out Your Thoughts
    LOCAL INTERNET MARKETING HOUSTON
    7 years ago
  • ~a little bit of everything~
    muka baru
    13 years ago
  • "Man From The Last Century"
    Convocation October 10, 2010
    14 years ago
  • Zaid Ibrahim
    Utusan dah start dah….
    14 years ago
  • yudeelovers download mp3 jadul dan terbaru gratis
  • Che Det
  • Miss_Nie Sulaiman
  • Laman Rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

السلام عليكم ورحمةاالله وبركاتة

Pepatah Arab...

الحِكَمُ لأاوَ مْثَالُ
أنْظُرْ ما قا لَ وَ ل تَنْظُرْ مَنْ قا لَ

"adalah lebih baik bagi kita mendengar apa yang disampaikan (diperkatakan) daripada kita melihat siapa yang menyampaikan"

Deep Thinking

1. Tak kisah siapa pun kita, jadilah yang terbaik. Walaupun sekadar nelayan sara diri, jadilah nelayan sara diri yang terbaik

2. Selalulah berfikiran yang anda adalah mutiara. Pada saat anda berpalit dengan lumpur, sedarlah yang anda masih lagi sebutir mutiara. Pabila hujan membasahi dituruti matahari menyinari, mutiara akan bersinar seperti sedia kala.

3.ISLAM (Dalam 5 perkataan)

I- Indah

S- Sejahtera

L- Lengkap

A- Akhlak

M- Maju

My Top Website

  • http://www.google.com
  • http://www.ntv7.com.my/
  • http://www.onemalaysia.com.my/
  • http://www.tv3.com.my
  • http://www.unimas.my
  • http://www.utusan.com.my
  • http://www.yahoo.com
  • http://www.youtube.com

Bin Husaini

My photo
Dzul Hadzwan Hj Husaini
Bismillahirrahmanirrahim Hadiah pertama yang aku perolehi sewaktu pertama-tama kali menghela udara ialah nama. Ibu bapa ku menghadiahkan nama indah untuk ku. Dzul Hadzwan nama diberi. Begitu lama aku mencari makna disebalik nama ku dan akhirnya aku menemuinya. Dzul membawa maksud yang memiliki. Manakala Hadzwan membawa maksud pemberian. Begitu banyak kurniaan yang telah Tuhan berikan padaku...dan itu adalah amanah dari Tuhan untukku kongsikan bersama saudara-saudara ku yang lain.
View my complete profile

Al Quran Translation With Multiple Languages

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Blog Archive

  • ▼  2011 (6)
    • ▼  April (1)
      • Aku Punya Kamu
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (60)
    • ►  November (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (9)
    • ►  May (30)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (7)
  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)

Hadith

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Islamic Hijri Calendar

Search This Blog

Number of Viewers

Free Counters
Phillips Electronics

Clock

Musyawarah and silaturrahmi


ShoutMix chat widget
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com