Di sebuah pulau terdapat sekumpulan penduduk yang tinggal di situ. Mereka hidup bersama-sama menikmati rezeki yang begitu terhad di dalam kawasan pulau kecil itu. Antara penduduk yang tinggal di suti ialah Ahmad Gumbira, Ahmad Sedih, Ahmad Ilmu, Ahmad Sayang, Ahmad Masa, Ahmad Kaya dan Ahmad Sombong.
Suatu hari pulau itu telah ditakdirkan oleh Tuhan akan tenggelam akibat banjir besar. Ke semua mereka sibuk membuat kapal dan perahu untuk meninggalkan pulau itu mencari kawasan yang lebih selamat kecuali Ahmad Sayang. Ahmad Sayang yang hanya masih berada di situ menanti keajaiban Tuhan untuk menghalang banjir besar melanda. Dia tetap bertahan sehinggalah ke saat-saat yang dikatakan tiada harapan untuk bertahan.
Sampai suatu saat, pulau itu hamper-hampir tenggelam, Ahmad Sayang mengambil keputusan untuk meminta pertolongan.
Datanglah Ahmad Kaya dengan kapal mewah dan besarnya berlalu di depan Ahmad Sayang. Ahmad Sayang berkata “Kaya…Kaya….boleh tak kau tompangkan aku sekali naik kapal ko?” Ahmad Kaya menjawap, “Tak boleh lah Sayang. Dalam kapal aku ini terlalu banyak emas dan perak. Tidak ada lagi ruang untuk aku tompangkan kau.”
Ahmad Sayang pun redha. Selepas itu dia melihat Ahmad Sombong lalu di depanya dengan kapal indah. Ahmad Sayang pun berkata, “Sombong…Sombong….boleh tak aku tompang kau ke suatu tempat yang selamat?” Ahmad Sombong menjawap, “Ah! tak boleh…ko tu dah basah kuyup…nanti rosak kapal aku..pi cari orang lain.”
Tiba-tiba Ahmad Sedih dengan kapalnya menghampiri Ahmad Sayang. Dia pun memohon pertolongan kepada Ahmad Sedih, “Sedih..sedih….tolonglah aku bawakan aku ketempat yang selamat.” Ahmad Sedih menjawap, “Sayang, bukan aku tak nak tolong, tapi hari ini aku sangat sangat sedih dan aku ingin bersendirian. Maafkan aku Sayang.”
Tidak lama kemudian datang lagi Ahmad Gumbira. Ahmad Sayang terpekik-pekik minta tolong. Tapi Gumbira tidak menghiraukan panggilan itu kerana dia terlalu gembira pada hari itu.
Tiba-tiba Ahmad Sayang terdengar suara berkata “Sayang, mari naik ke kapal aku.” Melihat kapal itu, Sayang pun terus naik dan kapal itu ibarat bergerak sendiri. Sayang terlupa untuk bertanya siapakah gerangan empunya suara itu. Sampai saja ditempat yang selamat, kapal itu terus pergi. Sayang masih tertanya-tanya siapakah gerangan orang itu. Ahmad Sayang pun bertanya kepada Ahmad Ilmu, “Ilmu…Ilmu…kau tau tak siapa yang tolong aku tadi.” Ilmu menjawap, “dialah Ahmad Masa”. “Masa???”…Sayang kehairanan…Sayang bertanya kembali “Kenapa Masa menolongku?” Ilmu tersenyum dan menjawap “Hanya Masa yang mampu untuk memahami betapa Sayang (Kasih sayang dan cinta) itu berharga dalam hidup manusia.”