skip to main | skip to sidebar

The Destiny of Scorpio

Suffering is the payment to get the meaningful of life. The more suffered we are, the more meaningful of life we get. Setiap apa yang berlaku di dunia ini pastinya bersebab. Dan Tuhan itu sentiasa merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk umat manusia

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Monday, May 24, 2010

R.O.D.A

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 6:04 PM Labels: Omonganku Saja
  • Bumi ada waktunya cerah dan ada waktunya hujan. Pun begitu, ada kawasan yang bermusimkan 4, bertukar-tukar musim nya dalam setahun. Fitrah itu telah ditetapkan oleh Pencipta alam agar dunia ini menjadi seimbang. Perkiraannya juga mungkin boleh disimpulkan atau diekspreskan melalui nombor atau sifat matematik seperti mana ilmu ekonomi menerangkan.
  • Dunia ekonomi pun sebegitu. Ia mempunyai kitaran masa nya yang tersendiri. Ada masa pesat dan ada masa meleset. Ramai yang percaya bahawasanya pada setiap 10-8 tahun iklim ekonomi akan berubah. Ini adalah hasil daripada sifat ekonomi itu sendiri apabila kita mengambil segara agregate dan menyatukannya. Secara teknikalnya mungkin di masa akan datang aku akan rungkaikan.
  • Suatu masa kita disukai oleh orang. Pujian melambung-lambung ditujukan kepada kita tanda penghargaan, kasih dan sebagainya. Sadarlah, suatu hari nanti kita juga akan dibenci oleh orang. Sebagaimana darjah keadaan kita disukai, dan sebanyak itulah darjahnya kita akan dibenci suatu hari nanti. Beringatlah sewaktu kita merasa senang bila disukai. Begitu juga pada saat kita dibenci. Ingatlah detik-detik kita dibenci orang supaya jika suatu hari nanti kita disenangi, kita tidak pernah alpa dan masuk angin dengan pujian dan kesenangan bila disukai orang.
  • Suatu masa itu dialah dikatakan sahabat. Yang dibanggakan kerana keserasian dan kesependapatan. Iklim mungkin boleh bertukar sahabat yang dibanggakan menjadi seorang yang tidak disenangi kerana "harimau tela menunjukkan belangnya". Pada awalnya dikenali begitu molek dan sesuatu yang baru padanya. Lama ke lamaan menjelmalah rupanya yang sebenar. Pada saat itu, berpada-padalah dalam bersahabat. Dan beringatlah mungkin saja suatu hari nanti dia bukan seperti yang permulaannya. Begitu juda pada saat kita mengenali sahabat itu yang mana kita tidak menyukainya. Berpada-padalah kerana suatu hari nanti bila identitinya yang sebenar terserlah, mungkin saja kita senang dengan nya. Manusia itu rambut saja sama hitam, tapi hati lain-lain. Berubah pada saat yang sukar untuk dijangka
  • Seorang perempuan menjadi seorang kekasih yang dicintai. Kerana keserasian dan kerelaan juga mungkin kecantikannya, seorang lelaki menyintainya sepenuh jiwa. Namun, lama kelamaan rasa itu boleh saja rapuh. Sang perempuan boleh saja berubah mungkin kerana kepuasan yang tidak memuncak. Pada saat itu tidaklah seperti awal-awal dahulu. berkasih sayang. Ingatlah...sewaktu kita dicintai...bersiap sedialah dengan segala kemungkinan. Pada saat kita tidak dicintai juga perlulah kita mengamati rasa keseorangan itu kerana pabila kita kembali dicintai kelak, ada bekalan bagi kita untuk menghargai dan menjaganya dengan fomula yang sepatutnya.
  • Suatu masa Tuhan mengurniakan kita rezeki yang banyak. Hartanya ada, pekerjaannya bagus, sumber pencarian nya lumayan dan selalu saha bernasib baik. Percayalah suatu hari nanti segalanya boleh saja hilang. Tidak kira kita alpa dengan kenikmatan atau tidak, tidak mustahil segalanya akan hilang. Beringatlah ketika kita masih berharta dan mempunyai rezeki yang banyak. Ingat orang yang susah. Bersedekahlah semampu yang boleh. Berjimat cermatlah dengan pengurusan yang bijak. Kerana sifat murah tangan itu dan kuat bersedekah itu akan membantu kita diwaktu iklim bertukar di mana kita berada di bawah. Begitu juga pada saat kita kesusahan, amatilah sungguh-sungguh kepayahan kita agar suatu hari nanti bila kita senang, kita tidak mudah lupa diri. Kita sering kali mengenang nasib kita yang susah lantas kita mudah bersimpati pada yang susah lalu kita bersedekah. Dan itulah menyebabkan hati kita puas menikmati rezeki. Kepuasan bukan bermaksud membeli segala apa yang hanya diri kita inginkan. Padahal sebenarnya hati kita semakin tidak puas.
  • Pada saat kita berduka, bersabarlah kerana itulah tanda Tuhan memberi kegembiraan kepada kita. Maka bersyukurlah..tiada yang percuma di dunia ini. Untuk mendapatkan hujan, panas jadi pembayaran.
  • Jangan sesekali merasa putus asa pada usaha untuk mencapai kejayaan. Pada detik kegagalan, teruskan usaha untuk berjaya kerana itu akan melonjakkan kita ke singgah sana. Amatilah rasa pahit kegagalan itu supaya bila saat kita berjaya nanti, ianya akan menjadi kejayaan yang penuh makna. Beringat lah sewaktu menikmati kejayaan. Suatu masa nanti kita akan berada di bawah. Tabahlah menghadapi segalanya.
  • Bila masa kita memasak, rasa masam, manis, masin perlu diimbangi agar ia menjadi enak. Begitu juga dengan kehidupan, masam manis masin perlu dirasai dan ianya dijadikan pengalaman yang sangat bermakna untuk kita gagah menghadapai kehidupan di masa hadapan.
  • Jangan pernah terlalu meratap sedih, percayalah hidup ini ada ruang untuk setiap insan. Ibn Khaldun pernah berkata, setiap manusia itu telah ditetapkan bahagian-bahagiannya di dunia ini.
  • Bersyukurlah apa yang kita miliki..kerana ianya adalah salah satu cara untuk kita tidak menyesalinya ketika kita kehilangan
  • Hargailah sungguh-sungguh dengan apa yang kita ada. Kita belum tahu lagi apa kejadian di masa akan datang.
  • Jangan alpa dan riak kerana kamu akan membayar sendiri hutangmu pada dunia. Maka terbantutlah kemajuan mu semasa hidup di dunia
  • Allah berfirman yang kira-kiranya berpesan bahawasanya Dia akan menguji umat manusia mengikut kemampuan individu itu sendiri. Dan Allah itu Maha Adil.
  • Seorang sahabat yang dikasihi boleh sahaja pergi dahulu meninggalkan kita kerana panggilan pulang Allah
  • Seorang kekasih yang nyawanya sebenarnya bergantung pada perjanjiannya pada Allah yang mana dia sendiripun tidak mengetahuinya kecuali Allah dan sesuatu yang diizinkanNya.
  • Seorang ibu itu pastinya akan meninggalkan anaknya pada suatu hari yang telah ditetapkan
  • Seorang isteri tidak semestinya pergi kemudian
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

The Destiny of Scorpio

  • Bin Husaini: Sekapur Sirih
  • Bin Husaini : Latar Belakang
  • Bin Husaini : Destiny of Scorpio

Labels

  • Agama (2)
  • Aku.Muzik.Kamu (28)
  • Dari Sudut Pandangan Ahli Politik (5)
  • Diskusi Ekonomi (14)
  • Islam dan Ekonomi (1)
  • Kaki Wayang (1)
  • Keindahan Bahasa Melayu (6)
  • Omonganku Saja (25)
  • Petikan Akhbar (2)
  • Petikan Ayat-Ayat Al- Quran (5)
  • Sejarah (2)

Blog Archive

  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)
  • ►  2009 (17)
    • ►  May (7)
    • ►  June (3)
    • ►  October (1)
    • ►  November (6)
  • ▼  2010 (60)
    • ►  April (1)
    • ▼  May (30)
      • Luluh
      • Angka 12
      • Water Diamond Paradox
      • Riwayat Imam Al-Ghazali
      • Sepetang di pondok
      • Sahabat bercerita ketika di pondok
      • AIM 17- Selamat malam (Faizal Tahir)
      • Khutbah Tuan Guru Nik Aziz
      • IP Man 2
      • Farhan
      • 2020 Malaysia Menjadi negara Maju
      • Bunga Citra Lestari - Kecewa
      • Hujan - Aku Skandal (AJL 24)
      • Spaghetti dan Shepard pie untuk ibu
      • Foreign Direct Investment (FDI)
      • Benci + Cinta =Bencinta
      • Siti Khadijah Mimpi Matahari
      • KRUmania..Nostalgia dahulu kala ku
      • Randy Pangalila - Lewat Semesta
      • Pendeta
      • R.O.D.A
      • Yang Tiada Penempatan Di Sini
      • Kedahsyatan Agnes Monica
      • Prof. Dr. Ahmad Shuib
      • Jejari kita
      • Meninggalkan sesuatu yang indah
      • Setinggi mana pun kita mendaki, sesekali pandangla...
      • Jangan Kau Berputus Asa
      • Ajari Aku - Adrian Martadinata
      • Mengejar Matahari
    • ►  June (9)
    • ►  August (2)
    • ►  September (7)
    • ►  October (1)
    • ►  November (10)
  • ►  2011 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

Followers

My Blog List

  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    1 year ago
  • Never Be Afraid To Voice Out Your Thoughts
    LOCAL INTERNET MARKETING HOUSTON
    7 years ago
  • ~a little bit of everything~
    muka baru
    13 years ago
  • "Man From The Last Century"
    Convocation October 10, 2010
    14 years ago
  • Zaid Ibrahim
    Utusan dah start dah….
    15 years ago
  • yudeelovers download mp3 jadul dan terbaru gratis
  • Che Det
  • Miss_Nie Sulaiman
  • Laman Rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

السلام عليكم ورحمةاالله وبركاتة

Pepatah Arab...

الحِكَمُ لأاوَ مْثَالُ
أنْظُرْ ما قا لَ وَ ل تَنْظُرْ مَنْ قا لَ

"adalah lebih baik bagi kita mendengar apa yang disampaikan (diperkatakan) daripada kita melihat siapa yang menyampaikan"

Deep Thinking

1. Tak kisah siapa pun kita, jadilah yang terbaik. Walaupun sekadar nelayan sara diri, jadilah nelayan sara diri yang terbaik

2. Selalulah berfikiran yang anda adalah mutiara. Pada saat anda berpalit dengan lumpur, sedarlah yang anda masih lagi sebutir mutiara. Pabila hujan membasahi dituruti matahari menyinari, mutiara akan bersinar seperti sedia kala.

3.ISLAM (Dalam 5 perkataan)

I- Indah

S- Sejahtera

L- Lengkap

A- Akhlak

M- Maju

My Top Website

  • http://www.google.com
  • http://www.ntv7.com.my/
  • http://www.onemalaysia.com.my/
  • http://www.tv3.com.my
  • http://www.unimas.my
  • http://www.utusan.com.my
  • http://www.yahoo.com
  • http://www.youtube.com

Bin Husaini

My photo
Dzul Hadzwan Hj Husaini
Bismillahirrahmanirrahim Hadiah pertama yang aku perolehi sewaktu pertama-tama kali menghela udara ialah nama. Ibu bapa ku menghadiahkan nama indah untuk ku. Dzul Hadzwan nama diberi. Begitu lama aku mencari makna disebalik nama ku dan akhirnya aku menemuinya. Dzul membawa maksud yang memiliki. Manakala Hadzwan membawa maksud pemberian. Begitu banyak kurniaan yang telah Tuhan berikan padaku...dan itu adalah amanah dari Tuhan untukku kongsikan bersama saudara-saudara ku yang lain.
View my complete profile

Al Quran Translation With Multiple Languages

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2010 (60)
    • ►  November (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (9)
    • ▼  May (30)
      • Mengejar Matahari
      • Ajari Aku - Adrian Martadinata
      • Jangan Kau Berputus Asa
      • Setinggi mana pun kita mendaki, sesekali pandangla...
      • Meninggalkan sesuatu yang indah
      • Jejari kita
      • Prof. Dr. Ahmad Shuib
      • Kedahsyatan Agnes Monica
      • Yang Tiada Penempatan Di Sini
      • R.O.D.A
      • Pendeta
      • Randy Pangalila - Lewat Semesta
      • KRUmania..Nostalgia dahulu kala ku
      • Siti Khadijah Mimpi Matahari
      • Benci + Cinta =Bencinta
      • Foreign Direct Investment (FDI)
      • Spaghetti dan Shepard pie untuk ibu
      • Hujan - Aku Skandal (AJL 24)
      • Bunga Citra Lestari - Kecewa
      • 2020 Malaysia Menjadi negara Maju
      • Farhan
      • IP Man 2
      • Khutbah Tuan Guru Nik Aziz
      • AIM 17- Selamat malam (Faizal Tahir)
      • Sahabat bercerita ketika di pondok
      • Sepetang di pondok
      • Riwayat Imam Al-Ghazali
      • Water Diamond Paradox
      • Angka 12
      • Luluh
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (7)
  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)

Hadith

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Islamic Hijri Calendar

Search This Blog

Number of Viewers

Free Counters
Phillips Electronics

Clock

Musyawarah and silaturrahmi


ShoutMix chat widget
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com