- Jika kamu ingin mendapatkan sesuatu maka berusahalah dan buatlah sesuatu untuk memilikinya. Jangan sekadar menunggu ia datang sendiri kepada kita.
- Tidak kira apa jua yang kita inginkan, cinta, cita, hasrat.......
- Sesuatu yang berharga itu sememangnya membutuhkan pembayaran yang tinggi.
Sunday, May 30, 2010
Friday, May 28, 2010
- Lagu ini didedikasikan kepada sahabat-sahabat yang sedang berputus asa dan juga sedang berjuang untuk mendapat apa yang diinginkan.
- Kepada Fayyadh, Plz don't give up. Aku tau ko boleh buat. There is no such thing as a free lunch. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Nanti insyaallah ada perkhabaran gembira untuk ko. Aku tau niat ko murni. Tuhan tidak akan terlepas pandang dengan perkara-perkara yang baik. Go Fayad Go...!
- To my buddy "Del", be strong. InsyaAllah mn dah ketentuan Tuhan ya akan jadi hak ko. Prepare urself then God will give it to u.
- Bukan senang untuk mendapat sesuatu yang berharga dan bermakna. Ia perlu disertakan dengan pengorbanan dan pembayaran yang besar.
- Selagi Tuhan belum menentukan sesuatu itu, maka pintu doa permintaan masih terbuka luas. Pohonlah yang terbaik kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.
Setinggi mana pun kita mendaki, sesekali pandanglah ke bawah
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:55 AM Labels: Omonganku Saja- Seorang pendaki mendaki gunung ataupun bangunan yang tinggi. Sesekali dia melihat ke bawah. Pada saat dia melihat ke bawah, hatinya bergegar kecut kegayatan. Bila dipandangnya ke puncak, semangatnya terus berkobar-kobar untuk sampai ke situ. Sesampai di puncak, dia terus berdiri megah dan menabik dada. Dilihatnya ke bawah, rasa bangga dan gembira kerana sudah berada ditempat yang tinggi. Mungkin dia terlupa keberadaannya di puncak itu hanya sementara sahaja. Dia seorang manusia ditakdirkan untuk hidup memijak dunia. Tidakkan selamanya hidup dipuncak itu. Suatu masa nanti dia akan ke bawah juga kembali ditempat asalnya hidup seperti manusia yang lain.
- Walaupun kita dibezakan dengan darjat dan status, namun maruah setiap manusia itu tetap sama kerana manusia itu mempunyai hati dan perasaan yang sama. Bisa merasa sedih, gembira, cinta, kecewa, marah dan sebagainya. Maka pada itu adalah perlu bagi kita menghormati antara satu sama lain.
- Walaupun seorang pemotong rumput. Yang berjemuran di bawah teriknya matahari panas. Mungkin dari pandangan orang darjatnya dan statusnya tiada apa-apa. Namun jangan lupa, bagaimanakah kehidupan masyarakat jika tiada golongan-golongan ini. Siapa yang kita harapkan untuk memotong rumput? Perdana Menteri? Menteri? CEO? Guru? Dan seorang pemotong rumput itu perlu juga berbangga dengan pekerjaannya kerana pekerjaannya itu begitu penting untuk masyarakat. Yang selainnya perlulah berterima kasih dengan mereka kerana jasa dan pengorbanan mereka. Mereka pun ingin untuk mendapat pekerjaan yang lumayan... Trade off... given up pekerjaan lumayan untuk bekerja sebagai pemotong rumput.
- Ms Audrey sewaktu kuliahnya memberi tahu betapa tingginya nilai tamadun jepun, seorang pemungut sampah sangat-sangat dihormati dalam masyarakat. Dan mereka sangat-sangat berbangga dengan pekerjaan mereka.
- Semoga aku tidak pernah lupa diri dan alpa dengan kedudukan. Aku berharap setinggi manapun tempat ku daki, semakin rendah hati ku rasakan. semakin tinggi tempat ku kecapi semakin kerdil diri kurasakan
- Semalam, suatu benda yang aku pelajari. Pendidikan yang tinggi, kedudukan yang dimuliakan dan pekerjaan yang lumayan bukan penentu kepada penghormatan masyarakat. Yang penting sekali keperibadian yang luhur dan mulia.
- Setinggi mana pun pendidikan, darjat dan pekerjaan, jika keperibadian yang kurang bertamadun dan kurang mulia, tiada siapa akan menghormati dan segala kemewahan dan darjat itu tidak akan ke mana-mana.
- Selalulah berperasangka baik.
- Menghormati orang lain
- Perindahkan kata-kata pujian mulia pada orang lain
- Menghargai dan berbudi bahasa
- Ya Tuhan, hindarilah aku daripada kegairahan dan kealpaan. Kerana itu akan menghakis ketamadunan dan beradabanku....Amin..
Wednesday, May 26, 2010
Meninggalkan sesuatu yang indah
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 1:32 PM Labels: Keindahan Bahasa Melayu
Sesuatu yang indah terjadi
Bila diselami
Serabut, kusut, kabut dan kelam kabut
Bila dipadang jauh
Abstrak indah manik-manik rawak kegembiraan
Seakan botol kaca yang kosong
Perlu diisi taburan warna manik-manik kecil
Susunan rawak sampai penuh jangan sampai tumpah
Pengisian yang rawak namun cermat
Biar rawak yang berkiblatkan keikhlasan dan keredhaan
Pengisiannya membosankan
Tidakpun penuh namun keluhan yang dipenuh
Hati tetap tekun mengisi sebutir demi sebutir
Sampai penuh, empuk, padat dan ampuh
Kepenatan dan keletihan saat itu ia penuh
Tidakpun terlebih
Pandanglah dari luar
Nescaya kelihatan terbit warnaan cinta
Hasilnya dari pengisian rawak bersahaja
Tempatkanlah ia di tempat yang tinggi
Biar jauh mana pun kita pergi
Ianya megah di atas sana
Terpampang jauh dipandangan
Walaupun kurang kejelasannya
Namun bibit-bibit indah itu meremang diseluruh jiwa
Ingatlah nikmat itu hanya untuk dipandang ketika jauh
Gagahlah melangkah meninggalkan sesuatu yang indah
Dalam kenangan UNIMAS 2007-2010

Kenangan ini
Kita warnai dengan telapak tangan kita
Terpalit garis-garis halus jari jemari
Seakan corak kenangan terindah
Kita warnai dengan 7 warna pelangi
Setiap palitan warna tulus dari hati
Setiap gerak lembut jejari keikhlasan dari hati
Kita terus lukiskan pemandangan indah kita
Ianya bukan fantasi
Kerna saat ini telah kita lewati bersama
Ingatlah garis-garis halus di permukaan nya
Itulah kita
Kenangan kita
Sampai kapan-kapan pun kita ada
Garisan halus jari jemari
Menceritakan segalanya
Sejarah kita
Kita yang menciptakan sejarah
Sejarah jangan dilupa
Kerana itulah kita

- Imam Syafie amat menghormati dan memuliakan guru-guru yang mengajarnya.
- Adalah menjadi keharusan untuk kita menghormati dan memuliakan seorang guru demi memastikan hidup sentiasa diberkati.
- 26 Mei 2010 genap hari lahir Prof Dr. Ahmad Shuib yang aku tidak pasti yang ke berapa. Tak kisah lah yang ke berapa sekalipun. Yang pasti kali ini aku berpeluang untukucap selamat pada beliau.
- Beliau adalah salah seorang guru yang paling aku hormati dan muliakan.
- Dunia sekarang ini bergerak sangan pantas kerana adanya teknologi yang canggih

- Begitu terharu aku dengan kata-katanya kerana selama ini aku mengandaikan penempatanku di dunia ini begitu kecil dan sangat terpinggir. Namun orang yang aku muliakan dan hormati, memberi kata-kata mulia untukku. Sungguh aku merasakan sangat-sangat kecil.
- Aku menyukai cara beliau mengajar. Penuh pengertian.
- Stiap kali aku bertanyakan ketidakfahaman aku tentang pelajaran, beliau dengan berbesar hati dan membuka pintu pejabat dengan luas untuk ku memberi tunjuk ajar. Tak kira sesibuk mana pun beliau, tidak pernah sekalipun beliau menolak pertanyaanku. Sentiasa tersenyum dan memberi keterangan yang terbaik untukku.
- Beliau pernah belanja aku makan tapi pada masa itu aku tidak perasan yg beliau dah bayar order aku kat kaunter. Bila beliau balik, beliau sempat kata sesuatu dengan isyarat kepala yang aku tak mengerti (ahahaha). Rupanya isyarat itu bermaksud semuanya beliau dah bayar. Aku baru perasan bila sampai kat kaunter, orang yang jaga kaunter bagitau yang oder aku dah dibayar prof. Segan sangat-sangat aku. Malamnya aku terus email kat prof bagitau terima kasih.
- Mungkin sebab beliau mengingati nama aku waktu permulaan dulu sebab aku selalu email kat beliau tanya pasal tugasan. Sangat-sangat kerap aku email kat beliau hinggakan dalam kuliah beliau panggin nama aku untuk melihat tuan punya email. Selepas itu, aku nyanyi time dinner yg pertama aku sebut namanya sebagai penghargaan. Satu perangai aku, aku akan berasa gembira kalau orang memanggil nama kubila mana orang itu baru dikenali atau lama sudah dikenali tetapi tidak tahu nama aku tapi tiba-tiba orang itu memanggil nama aku. Tak tau kenapa...Dr. Puah pun saat-saat akhir beliau panggil nama aku. dan aku merasa sangat-sangat gembira.
- Buat Prof, Semoga Tuhan akan memberikan kesejahteraan berpanjangan di dunia dan juga episod selepas dunia atas ilmu dan ajaran yang dicurahkan..amin...
- Semoga kemuliaan yang diberi pada seorang guru akan diberi keberkatan dalam hidupku
- Prof, panjang umur jumpa lagi dan saya ingin jadi anak murid prof lagi suatu hari nanti.
Monday, May 24, 2010
- Bumi ada waktunya cerah dan ada waktunya hujan. Pun begitu, ada kawasan yang bermusimkan 4, bertukar-tukar musim nya dalam setahun. Fitrah itu telah ditetapkan oleh Pencipta alam agar dunia ini menjadi seimbang. Perkiraannya juga mungkin boleh disimpulkan atau diekspreskan melalui nombor atau sifat matematik seperti mana ilmu ekonomi menerangkan.
- Dunia ekonomi pun sebegitu. Ia mempunyai kitaran masa nya yang tersendiri. Ada masa pesat dan ada masa meleset. Ramai yang percaya bahawasanya pada setiap 10-8 tahun iklim ekonomi akan berubah. Ini adalah hasil daripada sifat ekonomi itu sendiri apabila kita mengambil segara agregate dan menyatukannya. Secara teknikalnya mungkin di masa akan datang aku akan rungkaikan.
- Suatu masa kita disukai oleh orang. Pujian melambung-lambung ditujukan kepada kita tanda penghargaan, kasih dan sebagainya. Sadarlah, suatu hari nanti kita juga akan dibenci oleh orang. Sebagaimana darjah keadaan kita disukai, dan sebanyak itulah darjahnya kita akan dibenci suatu hari nanti. Beringatlah sewaktu kita merasa senang bila disukai. Begitu juga pada saat kita dibenci. Ingatlah detik-detik kita dibenci orang supaya jika suatu hari nanti kita disenangi, kita tidak pernah alpa dan masuk angin dengan pujian dan kesenangan bila disukai orang.
- Suatu masa itu dialah dikatakan sahabat. Yang dibanggakan kerana keserasian dan kesependapatan. Iklim mungkin boleh bertukar sahabat yang dibanggakan menjadi seorang yang tidak disenangi kerana "harimau tela menunjukkan belangnya". Pada awalnya dikenali begitu molek dan sesuatu yang baru padanya. Lama ke lamaan menjelmalah rupanya yang sebenar. Pada saat itu, berpada-padalah dalam bersahabat. Dan beringatlah mungkin saja suatu hari nanti dia bukan seperti yang permulaannya. Begitu juda pada saat kita mengenali sahabat itu yang mana kita tidak menyukainya. Berpada-padalah kerana suatu hari nanti bila identitinya yang sebenar terserlah, mungkin saja kita senang dengan nya. Manusia itu rambut saja sama hitam, tapi hati lain-lain. Berubah pada saat yang sukar untuk dijangka
- Seorang perempuan menjadi seorang kekasih yang dicintai. Kerana keserasian dan kerelaan juga mungkin kecantikannya, seorang lelaki menyintainya sepenuh jiwa. Namun, lama kelamaan rasa itu boleh saja rapuh. Sang perempuan boleh saja berubah mungkin kerana kepuasan yang tidak memuncak. Pada saat itu tidaklah seperti awal-awal dahulu. berkasih sayang. Ingatlah...sewaktu kita dicintai...bersiap sedialah dengan segala kemungkinan. Pada saat kita tidak dicintai juga perlulah kita mengamati rasa keseorangan itu kerana pabila kita kembali dicintai kelak, ada bekalan bagi kita untuk menghargai dan menjaganya dengan fomula yang sepatutnya.
- Suatu masa Tuhan mengurniakan kita rezeki yang banyak. Hartanya ada, pekerjaannya bagus, sumber pencarian nya lumayan dan selalu saha bernasib baik. Percayalah suatu hari nanti segalanya boleh saja hilang. Tidak kira kita alpa dengan kenikmatan atau tidak, tidak mustahil segalanya akan hilang. Beringatlah ketika kita masih berharta dan mempunyai rezeki yang banyak. Ingat orang yang susah. Bersedekahlah semampu yang boleh. Berjimat cermatlah dengan pengurusan yang bijak. Kerana sifat murah tangan itu dan kuat bersedekah itu akan membantu kita diwaktu iklim bertukar di mana kita berada di bawah. Begitu juga pada saat kita kesusahan, amatilah sungguh-sungguh kepayahan kita agar suatu hari nanti bila kita senang, kita tidak mudah lupa diri. Kita sering kali mengenang nasib kita yang susah lantas kita mudah bersimpati pada yang susah lalu kita bersedekah. Dan itulah menyebabkan hati kita puas menikmati rezeki. Kepuasan bukan bermaksud membeli segala apa yang hanya diri kita inginkan. Padahal sebenarnya hati kita semakin tidak puas.
- Pada saat kita berduka, bersabarlah kerana itulah tanda Tuhan memberi kegembiraan kepada kita. Maka bersyukurlah..tiada yang percuma di dunia ini. Untuk mendapatkan hujan, panas jadi pembayaran.
- Jangan sesekali merasa putus asa pada usaha untuk mencapai kejayaan. Pada detik kegagalan, teruskan usaha untuk berjaya kerana itu akan melonjakkan kita ke singgah sana. Amatilah rasa pahit kegagalan itu supaya bila saat kita berjaya nanti, ianya akan menjadi kejayaan yang penuh makna. Beringat lah sewaktu menikmati kejayaan. Suatu masa nanti kita akan berada di bawah. Tabahlah menghadapi segalanya.
- Bila masa kita memasak, rasa masam, manis, masin perlu diimbangi agar ia menjadi enak. Begitu juga dengan kehidupan, masam manis masin perlu dirasai dan ianya dijadikan pengalaman yang sangat bermakna untuk kita gagah menghadapai kehidupan di masa hadapan.
- Jangan pernah terlalu meratap sedih, percayalah hidup ini ada ruang untuk setiap insan. Ibn Khaldun pernah berkata, setiap manusia itu telah ditetapkan bahagian-bahagiannya di dunia ini.
- Bersyukurlah apa yang kita miliki..kerana ianya adalah salah satu cara untuk kita tidak menyesalinya ketika kita kehilangan
- Hargailah sungguh-sungguh dengan apa yang kita ada. Kita belum tahu lagi apa kejadian di masa akan datang.
- Jangan alpa dan riak kerana kamu akan membayar sendiri hutangmu pada dunia. Maka terbantutlah kemajuan mu semasa hidup di dunia
- Allah berfirman yang kira-kiranya berpesan bahawasanya Dia akan menguji umat manusia mengikut kemampuan individu itu sendiri. Dan Allah itu Maha Adil.
- Seorang sahabat yang dikasihi boleh sahaja pergi dahulu meninggalkan kita kerana panggilan pulang Allah
- Seorang kekasih yang nyawanya sebenarnya bergantung pada perjanjiannya pada Allah yang mana dia sendiripun tidak mengetahuinya kecuali Allah dan sesuatu yang diizinkanNya.
- Seorang ibu itu pastinya akan meninggalkan anaknya pada suatu hari yang telah ditetapkan
- Seorang isteri tidak semestinya pergi kemudian
Tuesday, May 18, 2010
Sepanjang hidupku telah dihabiskan
segala masa dan usaha
kerana kamu
Sepanjang jalanan ku telah luahkan
segala kata dan kenangan
bersama kamu
Engkau siapa?
dipentas samaran sang Pendeta
asyik berpura
Kau sebenarnya
sekuntum debunga Wisteria
indah nan jelita
namun racun yang berbisa
Chorus:
Aku keliru sejuta lagu
kerna kekasihku
Ia bukanlah namamu
Aku mengaku belakangi mu
dialah jiwaku
disinggahsana Pendeta itu
Setinggi anganku dia diciptakan
sayang fikirlah oh apakah
pengertianku
Setinggi rinduku dibawa bayangan
sayang kemana fenomena
ketulusanmu
Artis: Naizle
Lagu: Omar K.
Lirik: Zel Hadauan
Randy Pangalila - Lewat Semesta
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:20 AM Labels: Aku.Muzik.KamuSunday, May 16, 2010
KRUmania..Nostalgia dahulu kala ku
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 4:15 PM Labels: Aku.Muzik.KamuWednesday, May 12, 2010
SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab. Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad. Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami keduanya itu. Ini termasuklah pinangan daripada Uqbah bin Abi Muith, Abu Jahal dan Abu Suffyan.
Soalnya mengapa? Adakah kerana Siti Khadijah sudah tertutup hatinya dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup atau beliau berharap agar lelaki yang bakal dikahwini merupakan Nabi Muhammad. Namun kerana beberapa keadaan, beliau terpaksa memendam perasaannya itu terhadap pemuda yang sering menjadi sebutan penduduk Mekah itu.
Kita tidak dapat mengenalpasti jarak dan masa antara Siti Khadijah menjanda sehingga beliau mengenali Rasulullah yang menyebabkan beliau menolak kesemua lamaran-lamaran tersebut. Namun apa yang jelas, Siti Khadijah yang pada mulanya hanya mengenali Nabi Muhammad pada nama sahaja akhirnya benar-benar jatuh hati terhadap pemuda itu apabila mendengarkan segala kisah-kisah seperti yang diceritakan oleh hambanya, Maisarah sebelum ini. Iaitu kisah keperibadian baginda yang sangat mulia dan kebijaksanaan Nabi dalam menguruskan dan menjayakan misi dagang ke Syam. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu. Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: "Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk".
Sehingga begitu sekali perasaan Siti Khadijah terhadap Nabi. Tetapi pernahkah Siti Khadijah sendiri meluahkan perasaannya itu terhadap tuan badan? Ibnu Hisyam dalam kitabnya Sirah Ibnu Hisyam (halaman 204), mencatatkan bahawa Siti Khadijah sendiri dikatakan pernah bertemu bagi menyatakan perasaannya terhadap Nabi Muhammad dengan berkata: "Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka saya sangat ingin untuk hidup bersama dengan berkahwin dengan saudara wahai Muhammad!"
merealisasikan impian
Namun, bagaimana harapan itu boleh menjadi kenyataan sedangkan Siti Khadijah menyedari akan terdapatnya satu adat tradisi yang boleh menghalangnya kecuali beliau perlu menunggu dan Nabi Muhammad itu sendiri yang meminangnya bagi membolehkan mereka akhirnya dapat hidup sebagai pasangan suami isteri. Tidak mungkin perigi yang mencari timba namun wanita bangsawan ini menyedari bahawa beliau terpaksa memecahkan tradisi itu bagi merealisasikan impian suci itu.
Beliau kemudiannya meminta bantuan seorang rakan, iaitu Nafisah@Nafsiah binti Aliyah@Muniiah@ Munyaa untuk menemui Nabi Muhammad bagi pihaknya dan mengharapkan rakannya itu akan membawa pulang dengan berita gembira. Berikut dialog antara rakan Siti Khadijah itu dengan Nabi Muhammad;
"Wahai Muhammad mengapa tidak anda sinari kehidupan malam anda dengan seorang isteri?"
Jawab Nabi: "Ini kerana saya tidak mempunyai sebarang persiapan untuk berkahwin".
"Kalau begitu apakah anda akan menyambutnya dengan senang hati jika saya mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan dan kehormatan," kata Nafisah.
Nabi menjawab; "Apa maksud anda?"
Lalu Nafsiah menyebut nama Siti Khadijah.
Mendengarkan nama Siti Khadijah itu, lantas Nabi Muhammad pun berkata "Apakah Khadijah sudi menerima saya, pada hal dunia saya dan dunia dia jauh berbeza dan sedangkan beliau pernah menolak lamaran-lamaran daripada pemuda-pemuda yang jauh lebih mulia dan kaya daripada saya?"
"Saya mendapat kepercayaan daripada Siti Khadijah dan akan membuat dia setuju. Anda hanya perlu menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin Asad) dapat mendampingi anda berserta sahabat handai, rakan taulan dan upacara perkahwinan dan perayaan dapat diadakan," kata Nafsiah.

Nabi Muhammad tidak lagi mempunyai alasan untuk berdolak dalik malah rasa terharu dengan permintaan Siti Khadijah itu dan meminta Nafsiah pulang kepada wanita itu dengan membawa khabar gembira. Nabi Muhammad kemudiannya menyerahkan kepada bapa saudaranya, Abu Talib bagi mengaturkan pertemuan dengan keluarga Siti Khadijah dan sama-sama merancang untuk menjayakan majlis perkahwinan ini. Wali perkahwinan Amar bin Asad merupakan bapa saudara malah ada yang menyebut Amar bin Khuwailid, iaitu saudara lelaki Siti Khadijah menjadi wali perkahwinan berikutan si bapa, Khuwailid seperti disebut dari awal tadi terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Begitupun, sebenarnya dikatakan berlaku tentangan daripada keluarga Siti Khadijah apabila janda kaya ini memilih Nabi Muhammad sebagai pasangan hidup.
Malah sesetengah riwayat mencatatkan, tentangan paling kuat datangnya daripada bapanya sendiri, Khuwailid. Lantas bagi menjayakan perkahwinannya, Siti Khadijah dikatakan banyak memberi bapanya minum arak sehingga menyebabkan Khuwailid mabuk teruk dan tidak dapat menghalang perkahwinan anaknya dengan Nabi Muhammad itu.
Akhirnya, Nabi Muhammad dan Siti Khadijah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis yang tidak kurang meriah dan disambut oleh seluruh penduduk Mekah. Baginda dikatakan membayar mas kahwin sebanyak 20 bakrah atau 400 ratus dinar tetapi ada yang menyebut Khadijah menerima 20 ekor unta yang masih muda daripada suaminya itu. Episod perkahwinan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah mungkin tidak akan berlangsung jika tidak berdasarkan alamat yang ditunjukkan oleh mimpi yang dialami oleh wanita itu.
Pada suatu hari iaitu dikatakan sebelum Nabi Muhammad mengambil upah mengetuai rombongan dagangan ke Syam itu, Siti Khadijah dikatakan telah didatangi satu mimpi yang agak aneh dan ini menyebabkan beliau segera menemui sepupunya, pendita atau rahib agama Hanif, Waraqah bin Naufal atau nama penuhnya Waraqah bin Nawfal bin Assad bin Abd al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi.
"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah, lalu turun ke arah bumi.
"Ternyata matahari itu turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatkanku terpegun.
"Lalu aku terbangun daripada tidurku itu" kata Siti Khadijah.
Mendengarkan itu, lalu Waraqah berkata; "Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk menjadi teman hidupmu.
"Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat," kata Waraqah.

Akibat dari mimpi itulah ditakdirkan tidak lama kemudian Khadijah menjadi isteri Muhammad.
Ikhsan dari: http://wardatulhusna.blogspot.com/2009/06/mimpi-matahari-siti-khadijah.html
Monday, May 10, 2010
Foreign Direct Investment (FDI)
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 3:20 PM Labels: Diskusi Ekonomi- FDI dilihat salah satu cara untuk menyuntik pembangunan ekonomi sesebuah negara. Melaluinya, banyak faedah secara langsung dan tidak langsung yang diperolehi. Antaranya, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan jumlah keluaran (KDNK), "technology transfer", perolehan kerajaan melalui cukai secara langsung dan tidak langsung, learning by doing (Improve skill by practice) dan pelbagai lagi.
- Banyak faktor yang menjadi pertimbangan pelabur untuk melabur di sesebuah negara melalui FDI. Antaranya polisi kerajaan, kos tenaga kerja, lokasi, bahan mentah sedia ada, teknologi dan sebagainua.
- Polisi kerajaan ama-amat penting untuk menambat hati pelabur. Jika birokrasi menjadi amalan, pelabur kurang gemar untuk melabur di negara tersebut. Ini kerana ketidakcekapan dan ketidakadilan dalam mengurus akan meningkatkan kos pengurusan dan pengeluaran secara tidak langsung.
- Namun, polisi kerajaan ini boleh digubal dan dibentuk bersesuaian dengan keadaan persekitaran. Ianya boleh dibentuk agar berpaksikan ke arah "friendly-investor"
- Bagaimana pula dengan kos tenaga kerja?
- Jika saya seorang pelabur, sudah tentu saya akan memilih negara yang mempunyai kos tenaga kerja yang rendah. Contohnya seperti China. Kos pekerja sangat-sangat murah. Salah satu respon daripada kos tenaga yang murah adalah China mempunyai ramai bahkan terlalu ramai tenaga kerja hingga menyebabkan penawaran tenaga kerja melimpah luah. Kesanya, kos tenaga kerja rendah.
- Mungkin di China, keadaannya sedemikian berikutan populasi masyarakatnya yang sangat ramai. Begitu sukar bagi negara-negara lain untuk menandingi China. Bidang ini meletakkan China "comparative advantage" berikutan sumber tenaga kerjanya yang murah.
- Negara lain selalunya akan cuba sedaya upaya mengurangkan kos tenaga kerja demi menarik FDI masuk ke dalam negara. Polisi "minimum wages" adalah satu polisi yang kurang digemari kerajaan jika hasrat mereka ingin menarik FDI masuk.
- Persoalan yang ingin diungkitkan ialah jika FDI menjadi wadah utama, kos lepasnya sudah tentu "labor right". Demi memastikan kos tenaga kerja rendah maka polisi "friendly-investor" dipilih, manakala polisi"friendly-labor" diketepikan.
- Jika "friendly-labor" diutamakan, ia akan memberi kekuatan kepada pekerja untuk bersuara dan memperjuangkah hak mereka. Ini seterusnya menyebabkan kos tenaga kerja meningkat.
- Difikirkan sejenak, jika FDI diperolehi, lantas ekonomi negara berkembang pesat dengan KDNK nya melonjak naik, perolehan hasil cukai berkaitan (samada secara langsung atau tidak langsung) meningkat dan penyerapan teknologi berlaku. Namun, bagaimana pula dengan hak pekerja. Pekerja berhak untuk mendapat upah dan faedah sampingan yang lain (sila rujuk Universal Human Right Deceleration). Contoh, dalam satu kondisi, seorang pekerja memiliki pekerjaan yang tetap, tetapi dalam masa yang sama pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung belanja kehidupan. Adakan berbaloi baginya untuk bekerja. Apalah bezanya dengan seorang penganggur yang tidak bekerja, tidak mempunyai pendapatan tetap dan sudah semestinya pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung belanja kehidupan.
- Polisi "minimum wage" digunakan agar setiap pekerja mendapat gaji yang mencukupi dan bersesuaian dengan pekerjaannya. Maksudnya, memperolehi pekerjaan itu ibarat kemampuan untuk menanggung kos hidup dengan selesa. Namun, impak yang paling dekat dengan polisi ini jumlah penganguran akan meningkat dalam masa yang terdekat.
- Keghairahan untuk meningkatkan jumlah FDI masuk mungkin secara langsung atau tidak langsung menyebabkan hak kebajikan pekerja atau "social justice" terabai demi mengurangkan kos tenaga kerja.
- Pelabur akan mempertimbangkan kos yang rendah dahulu sebelum memikirkan faktor lain. Faktor yang dekat ialah kos tenaga kerja.
- Kunci pengukur ekonomi seperti KDNK selalunya menjadi perhatian utama untuk mengukur pencapaian ekonomi negara. Walaupun KDNK berjumlahkan nilai yang besar, namun social justice dan labor right belum tentu terjamin.
- New Economy - tidak bergantung lagi dengan "labor" tetapi lebih bergantung kepada "Human capital".
- Banyak lagi cara untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Polisi pertumbuhan perlu dipilih berdasarkan sifat dan persekitaran.
- Pekerja adalah tulang belakang ke arah pergerakan aktiviti ekonomi. Tanpa pekerja, ekonomi tidak akan bergerak. Pekerja yang mewujudkan penawaran. Pekerja juga yang mewujudkan permintaan. (Rujuk circular flow)
- Permasalahan asas dalam ekonomi ialah "scarcity of resoruces". Dan perkara pokok dalam perihal ekonomi ialah permintaan dan penawaran. Bagi saya, pekerjalah yang mewujudkan kerangka permintaan dan penawaran. Jika pekerja itu lemah, maka ekonomi sesebuah negara itu pastinya goyah dan tidak ampuh. Ini adalah perkara asas. Jika asas tidak kukuh, polisi lain hanyalah satu pembaziran dan hanya berjangkamasa yang singkat. Suntiklah seberapa banyak wang di dalam pasaran, tetapi kekuatan tidak disuntik kepada pekerja, ianya akan memberi kesihatan yang seketika sahaja.
- Pepatah melayu menyatakan "ukur baju dengan ukuran badan sendiri".
- Tribute to Ms Ong (Industrial relation Lecturer -UNIMAS 2010)
Saturday, May 8, 2010
Spaghetti dan Shepard pie untuk ibu
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 6:50 PM Labels: Omonganku Saja- Tahun ini hari ibu whole family celebrate. Tapi agak pelik.
- Aku masak spaghetti dan Shepard pie untuk satu family makan.
- Perancangannya nak makan sama-sama malam sabtu hari jumaat 7 Mei 2010. Aku start masak kul 6 petang. Habis masak semua kul 9.30 pm. Agak-agak dalam 4 jam lah memasaknya. Mak aku dah lapar. Lama sangat tunggu. Adik dan bapak aku tertidur. Abang aku tidak balik-balik. Hahahaha... last2 aku ngan mak aku dinner together-gehter. Kami berdua saja makan. Mak aku makan bertambah-tambah.
- Mak aku gtau la, 25 tahun macam baru semalam beliau melahirkan aku. Sekarang dah tahun ke 25. Dari sekecil lengan sekarang dah bujang terantang-tang. Nasib baik lah topik kawin tidak dibincang. Neves aku la...calon dah tak da...hahaha.. aku dah plan dah, kalo mak aku tanya, aku nak cakap, mak pinang je lah sapa-sapa mak nak. on jerrrr...
- Perancangan tidak menjadi. Jadi makan satu family secara kebetulan tanpa dirancang, berlaku pada keesokan harinya. Time breakfast. 1 family makan. Makcik aku pun ada sekali. Awal-awal pagi, selepas subuh dan selepas bertafakur kira-kira kul 7-8 pagi. Tapi, aku pulak yang tertidur~~~ haha... tertidur selepas subuh k...bukan sebelum subuh.
- Bangun saja, mak aku bagi tau semua dah makan.
- Tertunai juga hasratku untuk masak makanan dan bagi mak aku makan. 25 tahun beliau sibuk memikirkan dan penat menyediakan makanan untuk aku. Beliau tahu makanan kegemaran aku (kari ayam/ daging & nasi lemak). Aku tak berapa pasti makanan kegemarannya. Tapi aku masak apa yang aku rasakan terbaik aku boleh masak. Rasa sangat-sangat puas hati sebabnya mampu masak untuk mak.
- Sebenarnya, aku takut bapak aku perli aku sebab lupa bday beliau tahun ni. Serius...aku lupa... bulan febuari... nasib lah beliau pun lupa kot...hehehehe. hopefully tahun depan tak lupa.
- Mak, 25 tahun lalu saya sangat-sangat nakal. Mungkin sekarang ni dah tak nakal lagi dah kot. Hope can make u happy mom..sampai bila-bila.
- Because of you i have topi segi4 soon....tat is for u. not me..
- yang paling sweet, dinner tu aku dan mak aku saja. so sweet.... :)
- mak sumpah taknak nakal lagi
- Hujan menang banyak award AIM 16 dulu... 1st album memang good material
- Show ni arrangement mcm rojak tapi aku layan..muzik universal... muzik untuk dirasai.
- 5 star untuk performance nih. Walaupun orang kata persembahan tiru show barat, aku tak kisah, yang penting masyuk. Idea pelik2 untuk perform tapi tak masyuk buat apa.
- Tribute to drummer
- Wish dpt tengok hujan perform live!!!!!!!! waaaaaaaa
- Lagu ni layan time-time ngah kecewa
- Aku suka BCL...sbbnya muka lawa...hahahhahaha...
- One thing aku suka BCL sebabnya low note dia sweet. Tapi kalau nyanyi note tinggi kompom hancur..
- Lagu kecewa boleh dikatakan tinggi..dah berapa kali dia nyanyi live lagu ni xgak lepas-lepas.
- Tapi aku suka melodi dan liriknya. Jadi, kalau nak dengar laguni, aku nasihatkan dengar yg studio record. Kalo live mmg hancur. Tp muka ttp menten..haha
- Patah lirik yg aku suka "Ku ingin berai melampiaskan tapi ku hanyalah sendiri di sini. ingin ku tunjukkan pada siapa saja yang ada bahwa hatiku kecewa..." Bahasa indonesia sememangnya sangat unik dan puitis.
- Kebanyakan lagunya menang note rendah.
- BLC pernah mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza dengan mempertaruhkan album keduanya. Aku dah dengar dah album BLC. No doubt, memang dia layak. Sangat2 sweet and tidak berat. Dengar kompom masyuk....
2020 Malaysia Menjadi negara Maju
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 1:48 PM Labels: Omonganku Saja- Tahun 2010. Tinggal 10 tahun lagi
- Masih banyak lagi tempat yang tiada bekalan elektrik. Terutamanya di kawasan Sabah dan Sarawak. Dunia tanpa sempadan. Globalisasi. New Economy. Semuanya berteraskan dunia alam maya. Gerbang dunia alam maya adalah elektrik. Bagaimanakah masyarakat yang kurang bekalan elektrik ini bersaing dengan masyarakat yang lain lang lebih diberi perhatian? Perkara asas seperti ini pun mereka sudah ketinggalan. Bagi mereka adalah membazir untuk memikirkan tentang masa depan yang kompleks. Masalah elektrik pun masih seperti itu.
- Masih banyak lagi kawasan yang kurang bekalan air. Terutamanya kawasan pedalaman, pedalaman sabah dan sarawak. Air sumber yang paling asas. Kalau tiada air, ibaratnya hidup di zaman kemunduran. Bagi mereka buat apa nak memikirkan tentang perkara-perkara yang kompleks, masalah air pun masih tak mampu untuk diselesaikan.
- Jangan nak dikatakan tentang pembangunan infrastruktur yang selesa, air dan lektrik pun belum lepas. Cuba bayangkan bagaimanakah tahap keseimbangan infrastruktur jika masalah ini masih membelenggu.
- Teringat dahulu my sifu (Ustaz yang mengajar bahasa arab) kata, konsep negeri itu bermaksud, negari yang kaya tolong negari yang miskin. barulah sama rata dan seimbang. Tetapi nampaknya konsep itu dianggap lapuk. Negeri atau kawasan yang maju dan mempunyai prospek, terus disalurkan pembangunan atas dasar ia akan memberi pulangan. Kawasan yang mundur dan tidak berprospek tinggi, kebarangkalian untuk mendapatkan suntikan amat rendah kerana ia merugikan dan dianggap pelaburan yang tidak baik. Maksudnya sekarang, yang maju akan bertambah maju. yang mundur akan bertambah mundur dan ketinggalan.
- Ruang lingkup politik apa yang aku fahami ialah, ia bersangkut paut dengan pentadbiran sesebuah negara. Dari politiklah baru wujudnya undang-undang untuk mengawal manusia agar berpaksikan kemajuan dan ketamadunan. Bermula dari parti politik lahirnya menofesto hasil daripada tekanan rakyat, selepas itu barulah wujudnya polisi atau dasar dan akhirnya diimplimentasikan di dalam undang-undang. Maksudnya, politik adalah pentadbiran sesebuah negara yang mana dihuni oleh masyarakat. Dan seharusnya konsep negeri yang telah diulas oleh ustaz aku diguna pakai. Yang mada, keadilan dan kesaksamaan perlu diralisasikan. Negeri yang maju perlu membantu negeri yang tidak maju. Dan pada suatu saat nanti mereka saling melengkapi. Bukankan itu akan menjadikan negara bertambah kuat?
- Ruang lingkup pelaburan dan kewangan, menekankan tentang bagaimanakah untuk mendapatkan dana dan menjana dana itu agar ia mendapat pulangan. Maksudnya, prospek yang baik akan diberi keutamaan. Prospek yang tidak baik, akan terkubur layu.
- Mari sama-sama kita fikirkan konflik Politik dan pelaburan berdasarkan apa yang telah diulas di atas. Adakah realistik jika ingin menjaga kebajikan masyarakat seluruh negara dengan menggunakan sistem pengurusan pelaburan? Dan bagai mana pula dengan pendekatan dan ruang lingkup politik dalam sesebuah negara?
- Aku akui aku tidak berilmu tinggi dalam bidang politik.
- Maaf andai apa yang ditimbulkan ini salah. Sekadar untuk renungan.
- Farhan
- Mana perginya dia menghilang
- My Fav one
- Tak kesahlah orang nak kata dia tiru Alecia keys, 4 me musik adalah universal. Kalo ia sampai ke hati, it is good enough. Musik kan seni. Seni kan halus. Theory innovation pn dah kata, kalo nak menghasilkan inovasi baru yang hebat, kenalah tiru teknologi yg ada. Biar faham dulu frameworknya, barulah kita dapat memanipulasinya dengan baik. Lantas, baruh dapat buat inovasi yang baik. Orang jepun pun buat benda yang sama, dia tiru dulu..lepastu bila faham baru menginovasinya....now, ramai yang suka produk jepun..kenapa tak kritik jepun peniru n ban jepun terus?
- Sama juga seperti Performance hujan waktu anugerah juara lagu tahun lepas yang dieorng nyanyi lagu Aku skandal, orang sibuk dok kata tiru performance benyanyi bara kat satu show business. adalah lebih baik kita banggakan usaha seperti itu, biar mereka bersemangat untuk terus menghasilkan karya dan akhirnya meghasilkan inovasi yang bercitarasakan Malaysia.. Itulah perangai orang2 malaysia..sangat2 berfikiran cetek dan dekat.
- Hopefully, Farhan nih bangkit. Masuk OIAM ke? utk wat publisiti. Dia ni boleh tahan juga materialnya..sayang kalo dipinggirkan. Ni x, bagi peluang pada orang2 yang kurang berbakat. x salah...tp baiglah dulu pada orang2 yang telah terbukti berbakat. Kalau ada ruang apasalah nya beri padah orang kurang bakat nya..manatau esok2 jadi lebih baik...Tuah ayam nampak di kaki. tuah manusia siapa tahu...
- Farhan..plz come back....mis u..
Thursday, May 6, 2010
Tuesday, May 4, 2010
Khutbah Tuan Guru Nik Aziz
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 8:09 PM Labels: Dari Sudut Pandangan Ahli PolitikAIM 17- Selamat malam (Faizal Tahir)
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 10:12 AM Labels: Aku.Muzik.KamuLagu ini mengingatkanku pada seseorang. The last breathe song...
Monday, May 3, 2010
Sahabat bercerita ketika di pondok
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:43 PM Labels: Omonganku Saja
Sahabat bercerita dengan ku ketika beliau menuntut di sebuah pondok dengan seorang ulamak.
Sahabat : Tok Raden, bagaimanakah kiranya saya mau tau tanda-tanda seseorang wanita itu cocok dibuat teman?
Tok Raden : Kamu bawa wanita itu ke mall. Lalu katakan padanya pilih saja apa yang kamu mau, soal bayarannya usah ragu. Pokoknya ambil saja apa yang kamu suka. Jika dia menolaknya maka mungkin saja dia cocok untuk dijadikan teman kerana nafsunya tidak buas. Jika dia mengambil peluang itu untuk mengambil barangan mewah-mewah, maka berwaspadalah kamu dengan buas nafsunya. Boleh juga kamu coba hadiahkan nya uang/duit yang banyak. Ugut saja dia untuk menerimanya. Sejurus dia menerimanya tunggu seberapa tempoh. Jika suatu saat kamu dalam kesusahan, maka dia datang dan menghulurkan uang sambil berkata, ambilah duit ini yang kamu berikan padaku dahulu. Aku tidak pernah menggunakannya malah aku simpan untuk kamu guna pada saat kamu membutuhkannya. Maka mungkin wanita itu cocok untuk dijadikan teman. Jika dia membelanjakannya semua untuk kepentingannya, maka berwaspadalah kamu.
Sahabat : ........(Tunduk)
Tok Raden : Sesungguhnya manusia itu zalim lebih dari binatang buas. Awas dengan golongan munafik. Berdoalah kepada Allah mohon sejahtera jangan mohon kaya raya. Patuhlah pada perintahNya. Kenalilah Tuhanmu. Mengenali Tuhan beda dengan mengenali Agama....
-The End-
kira2 mcm ya lah....

Tok Guru: Awan, Nabi berpesan sesungguhnya syaitan telah berputus asa menyesatkan manusia pada perkara-perkara yang besar, maka berhati-hatilah kepada perkara-perkara yang kecil.
Awan: Maaf Tok Guru, saya kurang mengerti
Tok Guru: (Tersenyum sambil membelai janggut).....Bersyukurlah dengan segala korniaan Allah. Bersyukurlah dengan segala rezeki yang Allah berikan. Walaupun Allah memberikan sakit derita, maka anda perlu bersyukur ke atasnya.
Awan: .........
Tok Guru: Dugaan nikmat itu lebih dahsyat daripada Dugaan derita. Setiap apa penderitaanmu, tempuhilah dengan ikhlas. Ingatlah Allah itu Maha Adil. Insyaallah segala penderitaanmu itu takkan sia-sia.
Awan:......subhanallah...

Yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati
Yang paling jauh dengan kita adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama
Yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. FirmanNya dalam Surah Al-Azab ayat 72; "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.”
Yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri.

Sesuatu benda yang pelik dan sukar untuk diperjelaskan....
Air adalah satu keperluan...tanpa air manusia tidak akan boleh hidup. Namun, mutiara di dalam laut lebih gemar manusia takluki hinggakan sanggup mempertaruhkan nyawanya. Tapi setelah memilikinya,tiba-tiba berlaku kemarau kepupusan air...tatkala itu, sumpah kesat bermain dimulut keluhan tiada air.....pada saat itu barulah manusia menyedari begitu air itu perlu disyukuri sewaktunya ada melimpah-limpah.
Keluarga adalah orang yang paling penting di dalam hidup individu. Orang lain tetap orang lain. Keluarga tetap keluarga. Namun, pada saat keluarga ada di depan mata....kecenderungan amat tertumpu dengan perkara lain seperti entertainment dan rakan-rakan dan cintanya tak ketinggalan...Keluarga diketepikan, nyawa sanggup dipertaruhkan demi mengejar sesuatu yang jauh di mata. Tetapi pada saat keluarga hilang di depan mata, pada saat itulah baru disedari betapa keluarga itu perlu disyukuri sewaktu ada di depan mata
Suami mencintai isterinya dengan seluruh jiwa raganya. Segala hartanya diserahkan pada isterinya. semoga isterinya berasa senang. tidak perlu untuk bekerja keras..kerana kalau isterinya bekerja keras...rupa paras isterinya mengalami susut nilai yg sangat drastik. Namun, kepuasan isterinya tidak sampai ke puncak maksimum (mungkin berkait ngan batin kot). Isterinya bernafsu buas pada selaki lain yg dapat memberikan kepuasan yg dahsyat kepadanya. Suaminya kecewa dan menyanyikan lagu "anang-separuh jiwaku pergi". Pada saat itu isteri sedang dan sudah menikmati kepuasan hidup dengan lelaki lain. Suaminya kecewa, lalu meninggalkannya (xkisah lah talak satu dua tiga). Pada saat itulah isteri sedar betapa bernilainya keikhlasan ex-suaminya yg kini tiada lagi di sisinya... Suaminya bekata "lelaki pun ada maruah yg perlu untuk dijaga"
Seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya. Menjaga maruah suaminya dan melayan suaminya sebaik mungkin. Namun lelakinya sibuk dengan perempuan lain yg lagi pekat. Katanya "bila masuk usia 40 tahun, saat itu hidupnya kembali baru...yeahh..!" suaminya rakus hinggakan tidak menghiraukan isterinya. Namun, Tuhan lebih menyayangi isterinya. Isterinya meninggal dunia tanpa disedarinya..tatkala itu suaminya merasakan kehilangan yang teramat dahsyat...sewaktu balik dari kerja, tiada lagi bidadari yang melayannya...jika dahulu tiap malam tidur ditemani isteri, namun sekarang semuanya sudah tiada...suami meratapi kehilangan isterinya yg dulunya dia tidak hiraukan...
Seorang boyfriend(bf) mencintai girlfriend(gf) nya dengan sepenuh jiwa. Gf adalah segala-galanya dalam hidupnya. Dia kata..."dialah nyawaku" & "alasan aku untuk terus hidup". Namun gf nya sibuk mencari Mr. Perfect sebenar tanpa menilai bfnya dan mentertawakan, memperlekehkan rasa hati, pengabdian bfnya dalam diam-diam. Namun, pabila bfnya kecewa dan meninggalkannya, pada saat itu gf sedar akan bernilainya ex-bfnya dan sanggup melakukan apa saja untuk kembali...tetapi sudah terlambat
Seorang gf mencintai bf dengan sepenuh jiwa hinggakan dirinya sanggup diserahkan. Setia tahap GABAN. Namun, bf nya masih lagi bersemangat untuk mencari wanita tercantik untuknya. Namun, pabila gfnya kecewa dan meninggalkannya, saat itulah airmata seorang janta yg begitu mahal terbit...tetapi gfnya berkata "sudah terlambat"..teruskanlah semangatmu mencari gadis yg kau inginkan.
Seorang sahabat setia ada di masa susah dan senang. Namun dia cuma datang diwaktu susah. tapi sahabatnya tetap sabar dan sentiasa bersedia menolong jika diperlukan. Sahabatnya sering menghormatinya wakaupun dia tidak pernah menghormati sahabatnya. Dia lebih suka enjoy dengn kwn yg lain yg sekepala dengan nya padahal mereka itu hanya ada diwaktu senang. Tiba-tiba...dia berdepan dengan masalah besar...dia pergi memohon pertolongan dengan kawan2 yg satu enjoy dengan nya...namun semuanya lari dan tidak berminat untuk membantunya... Saat itu barulah dia ingat sahabat yg suatu ketika itu puas menolongnya. dia pn dengan pantas mencarinya...namun tak juga jumpa sedangkan suatu ketika dulu sahabatnya itu selalu ada di sana.....dengan kesungguhan mencari...sahabat yang dicarinya itu dijumpai..dan lantas dia meceritakan masalahnya dan memohon pertolongan (nak pinjam duit). Dengan senyumnya sahabat itu menghulurkan bantuan tanpa sebarang alasan dan tidak mengambil masa untuk berfikit. Lantaran itu, dia mula sedar dah amat menyesali sikapnya. namun.....hari demi hari berlalu...dia mengulangi sikapnya lagi dimana hilang diwaktu senang dan muncul diwaktu susah...sahabatnya pun bongok sangat2 masih lagi menolongnya diwaktu dia susah. Sahabatnya berkata "aku x kisah orang kata aku bongok menolongnya... aku yakin "YANG MEMBALAS KEJAHATAN ITU HANYA TUHAN SAJA...DAN YANG BERHAK MENGHUKUM MANUSIA HANYA Tuhan"... aku bersahabat kerana Allah....
Sewaktu di universiti...tugasan dan tanggungjwap begitu berat..pada saat itu...mulut kaya dengan keluhan dan sumpahan...bilalah nak cuti or bila lah nak habis study...dah tak tahan...tapi bila dah cuti...bosannya...cubalah time ni x cuti g kuliah....kan ade banyak benda nak buat... bila dah habis study...ala.......rindunya time kat universiti.....
Hargailah sepenuhnya apa yang kita ada...memang ssh untuk melihat nilainya kerana bila sudah tiada barulah kita tahu nilainya semalah mana. Ia sama juga seperti intangible asset. kita memang tidak dapat mengukurnya namun pabila syarikat kita dijual...baru kita dapat tahu nilainya berapa....(intangible asset is my pta)...hahahahaha
Keinsafan ini datang di masa Ms Ong..lecture pasal paradox..thanks to Ms Ong
Keegoan yang tinggi menyebabkan manusia hilang sesuatu yg dia berhak untuk mendapatkannya

Sewaktu di universiti...tugasan dan tanggungjwap begitu berat..pada saat itu...mulut kaya dengan keluhan dan sumpahan...bilalah nak cuti or bila lah nak habis study...dah tak tahan...tapi bila dah cuti...bosannya...cubalah time ni x cuti g kuliah....kan ade banyak benda nak buat... bila dah habis study...ala.......rindunya
Hargailah sepenuhnya apa yang kita ada...memang ssh untuk melihat nilainya kerana bila sudah tiada barulah kita tahu nilainya semalah mana. Ia sama juga seperti intangible asset. kita memang tidak dapat mengukurnya namun pabila syarikat kita dijual...baru kita dapat tahu nilainya berapa....(intangible asset is my pta)...hahahahaha
Keinsafan ini datang di masa Ms Ong..lecture pasal paradox..thanks to Ms Ong
Keegoan yang tinggi menyebabkan manusia hilang sesuatu yg dia berhak untuk mendapatkannya
- Mungkin sahabat-sahabat yang rapat denganku tahu tentang angka 12 itu.
- Angka itu bermaksud, niatku untuk memperolehi zuriat seramai 12 org. Kalau boleh yang sulung aku inginkan lelaki. Tapi mungkin agak sukar dan peluangnya adak tipis. Tetapi aku akan bersyukur walaupun angka 12 tak kesampaian, seramai zuriat yang mampu pun sudah memadai.
- Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan mungkin juga ada orang mengatakan aku ini sudah gila. Aku berpesan, setiap apa yang manusia lakukan itu pasti sudah terlintas difikirannya sebelum dilakukan. Biarpun dirajai oleh minuman yang memabukkan, dia sudah berfikir apakah yang akan terjadi jika dia mabuk. Dan tindakan itu adalah satu expresi dan perbuatan ke arah mencapai kepuasan.
- Sudah menjadi fitrah ibu bapa menyayangi anaknya segenap jiwa. Suatu yang pelik jika ibu bapa tidak menyayangi anaknya. Kerana itulah angka 12 itu sebenarnya hadiah ku untuk keturunanku. Bukankah ibu bapa itu akan bahagia jika melihat anaknya bahagia.
- Dalam hidup ini, manusia tidak akan mampu untuk berjalan bersendirian. Begitu besar cobaan dan dugaan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan merasa sunyi dalam mengharungi hidup kerana mereka mempunyai ramai adik beradik. Ikatan darah tidak akan putus.
- Angka 12. Aku tidak sanggup melihat anak-anakku derita akan perpisahan. Dan sesungguhnya perpisahan itu amatlah perit. Sekurang-kurangnya, jika mereka berpisah dengan rakan-rakan yang mereka kasihi, mereka masih lagi mempunyai adik beradik yang sentiasa ada di sisi. Pada saat mereka meratapi kesedihan, adik beradik mereka ada di sisi untuk memecah kesunyian dan mengurangkan kesedihan. Masa akan mengubat kesedihan. Biarlah dalam masa itu mereka tidak begitu derita kerana pelali yang telah diberi oleh adik beradik mereka.
- Ramai yang khusyuk dalam bercinta. Pada saat cinta itu putus di tengah jalan, ramai yang sanggup melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Ramai yang lemah dan rapuh. Sekurang-kurangnya, jika anak ku putus cinta, mereka ada adik beradik yang memberikan sokongan kepadanya. Adik beradik menyebabkan mereka merasa kuat untuk melawan kesunyian. Aku tidak sanggup anakku derita kerana perkara seperti itu. Hidup ini banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkan dan dilakukan. Jangan persiakan masa muda.
- Pada saat anakku dikhianati oleh orang yang dipercayai nya, pastinya dia akan merasa sedih dan sakit hati. Aku berpesan, dunia memang begitu. Semua orang mahu di atas dengan menggunakan apa cara sekalipun. Kamu perlu kuat. Sekurang-kurangnya dia ada adik beradik yang ramai membantunya untuk pulih dan terus berjuang untuk mendapatkan hak.
- Hidup ini memang susah untuk dijangka. Kadang-kala kita di atas dan kadang-kala kita di bawah. Kesilapan menyebabkan kita tersungkur. Pada saat anakku tersungkur, sekurang-kurangnya dia ada ramai adik beradik yang mendekatinya pada saat orang lain menjauhinya. Keekuatannya untuk bangkit akan membara.
- Suatu masa nanti ibu dan bapa mereka akan kembali ke tempat asal manusia. Pada saat itu, aku tidak ingin kehilangan ku dan ibu mereka menjadikan mereka rapuh. Sekurang-kurangnya mereka ramai dan mereka merasai kesedihan yang sama. Untuk itu mereka boleh berkongsi kesedihan bersama-sama dab pulih dengan segera untuk meneruskan hidup kerana perintah PenciptaNya.
- Kehilanganku nanti di muka bumi, anak-anakku adalah cenderahati ku kepada isteriu (jika aku pergi dulu), hadiahku kepada sahabat-sahabatku (untuk mereka kenangi langkah perjalananku sewaktu hidup). Niatku agar apa yang aku tinggalkan dapat mengubat kerinduan ketika mereka memerlukanku.
- Kerana itulah..angka 12
Subscribe to:
Posts (Atom)