- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TAHAN MELAYU (sekarang dipanggil Malaysia).
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dab kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membanteraskan kekacauan dalan Negara dan ancaman dari luar Negara.
- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
- Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.
- Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Thursday, June 25, 2009
Wasiat Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu yang diperbuat semasa Merdeka 31 Ogos 1957. "Kami mewasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan selamat sejahtera."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment