skip to main | skip to sidebar

The Destiny of Scorpio

Suffering is the payment to get the meaningful of life. The more suffered we are, the more meaningful of life we get. Setiap apa yang berlaku di dunia ini pastinya bersebab. Dan Tuhan itu sentiasa merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk umat manusia

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Thursday, June 25, 2009

7 Wasiat

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 8:52 PM Labels: Sejarah
Wasiat Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu yang diperbuat semasa Merdeka 31 Ogos 1957. "Kami mewasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan selamat sejahtera."

  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TAHAN MELAYU (sekarang dipanggil Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dab kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membanteraskan kekacauan dalan Negara dan ancaman dari luar Negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
  5. Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 8:01 PM Labels: Agama
Daripada Abdullah bin 'Amr r.a Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

  1. Hai anaku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan 'sampan' yang bernama 'takwa', isinya ialah 'iman' dan layarnya adalah 'tawakal' kepada Allah.
  2. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Alla, maka dia tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
  3. Hai anakku, seandainya ibu bapa marah kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  4. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima keluliaan dari Allah juga.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hida diwaktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Selalulah berharap kepada Allah tenang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (Takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.
  7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak bicara hal yang tidak benar, Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yant tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi tetapi ianya lebih berat daripada itu, seandainya engkau mempunyai tetangga yang jahat.
  9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Jika tiada siapa yang layak, sebaiknya dirimulah saja yang menjadi utusan.
  10. Jauhilah sifat dusta, sebab dusta itu memberi akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir di majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai terlalu kenyang kerana sesungguhnya makan terlalu berlebihan itu adalah lebih baik diberi kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku, janganlah engkau terus menelan sesuatu kemanisan dan memuntahkan sesuatu kepahitan kerana manisnya itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarah lah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila engkau sesalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  17. Selalulah berbaik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberi barang yang berharga.
  18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mengelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhaitkanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya hati menjadi sejuk apabila mendengarkan nasihatnya, hidupkan hati dengan cahaya hikmah daripada mutiara kata-katanya, kerana ianya bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.
  25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke dalam bakul sampah kerana engkau akan menjadi pengemis yang menjadi bebanan orang lain. Janganlah engkau peluk dunia ini ibarat meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, June 19, 2009

Ucapan YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Hj Nik Mat Sempena Pelancaran Koridor Ekonomi Timur di Kelantan 2007

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 7:39 PM










Ku ingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim saja pandai berkata-kata, rupanya Tuan Guru juga tak kurang hebatnya bersyarah...alangkah indahnya Malaysia jika suatu saat nanti orang-orang yang hebat ini bersatu hati membangunkan Tamadun Melayu.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

The Destiny of Scorpio

  • Bin Husaini: Sekapur Sirih
  • Bin Husaini : Latar Belakang
  • Bin Husaini : Destiny of Scorpio

Labels

  • Agama (2)
  • Aku.Muzik.Kamu (28)
  • Dari Sudut Pandangan Ahli Politik (5)
  • Diskusi Ekonomi (14)
  • Islam dan Ekonomi (1)
  • Kaki Wayang (1)
  • Keindahan Bahasa Melayu (6)
  • Omonganku Saja (25)
  • Petikan Akhbar (2)
  • Petikan Ayat-Ayat Al- Quran (5)
  • Sejarah (2)

Blog Archive

  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)
  • ▼  2009 (17)
    • ►  May (7)
    • ▼  June (3)
      • Ucapan YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Hj Nik Mat ...
      • Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya
      • 7 Wasiat
    • ►  October (1)
    • ►  November (6)
  • ►  2010 (60)
    • ►  April (1)
    • ►  May (30)
    • ►  June (9)
    • ►  August (2)
    • ►  September (7)
    • ►  October (1)
    • ►  November (10)
  • ►  2011 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

Followers

My Blog List

  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    1 year ago
  • Never Be Afraid To Voice Out Your Thoughts
    LOCAL INTERNET MARKETING HOUSTON
    7 years ago
  • ~a little bit of everything~
    muka baru
    13 years ago
  • "Man From The Last Century"
    Convocation October 10, 2010
    14 years ago
  • Zaid Ibrahim
    Utusan dah start dah….
    14 years ago
  • yudeelovers download mp3 jadul dan terbaru gratis
  • Che Det
  • Miss_Nie Sulaiman
  • Laman Rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

السلام عليكم ورحمةاالله وبركاتة

Pepatah Arab...

الحِكَمُ لأاوَ مْثَالُ
أنْظُرْ ما قا لَ وَ ل تَنْظُرْ مَنْ قا لَ

"adalah lebih baik bagi kita mendengar apa yang disampaikan (diperkatakan) daripada kita melihat siapa yang menyampaikan"

Deep Thinking

1. Tak kisah siapa pun kita, jadilah yang terbaik. Walaupun sekadar nelayan sara diri, jadilah nelayan sara diri yang terbaik

2. Selalulah berfikiran yang anda adalah mutiara. Pada saat anda berpalit dengan lumpur, sedarlah yang anda masih lagi sebutir mutiara. Pabila hujan membasahi dituruti matahari menyinari, mutiara akan bersinar seperti sedia kala.

3.ISLAM (Dalam 5 perkataan)

I- Indah

S- Sejahtera

L- Lengkap

A- Akhlak

M- Maju

My Top Website

  • http://www.google.com
  • http://www.ntv7.com.my/
  • http://www.onemalaysia.com.my/
  • http://www.tv3.com.my
  • http://www.unimas.my
  • http://www.utusan.com.my
  • http://www.yahoo.com
  • http://www.youtube.com

Bin Husaini

My photo
Dzul Hadzwan Hj Husaini
Bismillahirrahmanirrahim Hadiah pertama yang aku perolehi sewaktu pertama-tama kali menghela udara ialah nama. Ibu bapa ku menghadiahkan nama indah untuk ku. Dzul Hadzwan nama diberi. Begitu lama aku mencari makna disebalik nama ku dan akhirnya aku menemuinya. Dzul membawa maksud yang memiliki. Manakala Hadzwan membawa maksud pemberian. Begitu banyak kurniaan yang telah Tuhan berikan padaku...dan itu adalah amanah dari Tuhan untukku kongsikan bersama saudara-saudara ku yang lain.
View my complete profile

Al Quran Translation With Multiple Languages

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (60)
    • ►  November (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (9)
    • ►  May (30)
    • ►  April (1)
  • ▼  2009 (17)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ▼  June (3)
      • 7 Wasiat
      • Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya
      • Ucapan YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Hj Nik Mat ...
    • ►  May (7)
  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)

Hadith

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Islamic Hijri Calendar

Search This Blog

Number of Viewers

Free Counters
Phillips Electronics

Clock

Musyawarah and silaturrahmi


ShoutMix chat widget
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com