- Perbentangan yang kedua, GBS telah memilih tajuk 30% pemansuhan ekuiti Bumiputera di dalam 27 Sub Sektok Perkhidmatan. Tajuk yang sangat bersesuaian dan tepat pada masanya untuk kami bentangkan kepada awam. Berikut adalah intipati perbentangan kami.
- Definisi ekuiti perlu difahami. Ekuity adalah sejenis pemilikan berupa pegangan saham yang memberikan hak kepada pemiliknya untuk mendapat dividen (Brigham & Houston, 2007).
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Menurut YB Naroden (2009), DEB adalah salah satu pendekatan yang digunapakai oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan di mana pengagihan pendapatan di agih secara adil dan saksama (yang dipersetujui oleh semua pihak atas dasar rasional).
- Foreign Investment Commitee (FIC) Guideline Regulation diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1974 rentetan daripada pengaplikasian DEB demi memastikan dasar itu berfungsi dan mencapai objektifnya. FIC adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia. 4 syarat utama yang digariskan iaitu 1) Equiti hendaklah dimiliki oleh bumiputera sekurang-kurangnya 30%, 2)Syarat pegangan saham, 3)syarat pembangunan aset dan 4)Syarat pekerjaan yang mana perlu memberi pekerjaan kepada pekerja tempatan.
- Liberalisasi ekonomi memberi kebebasan kepada 2 atau lebih negara untuk saling membuat pelaburan di negara masing-masing tanpa ada sekatan ataupun sekatan yang minimum (Ognivtsey, 2005) .
- Sebab musabab pemansuhan atau pengecualian syarat ini diperkenalkan ialah permasalahan "Waiver", untuk meningkatkan kecekapan, syarat sedia ada tidak lagi praktikal dan mengenalpasti kos lepas yang tinggi.
- Fenomena "Ali Baba" telah menyumbang ke arah ketidakcekapan dalam pengaplikasian Polisi.
- Pengecualian ini adalah satu langkah ke arah liberalisasi ekonomi dan ini diharapkan dapat meningkatkan minat pelabur asing melabur di Malaysia terutamanya melalui FDI.
- Banyak kajian telah dijalankan yang mana hasil menunjukkan liberalisasi ekonomi menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Namun, ia akan menjadi realistik apabila kerajaan tidak bijak dalam mentadbir ekonomi negara yang mencakupi persekitaran mikroekonomi dan makroekonomi.
- FDI memberi faedah jangka masa pendek dan jangka masa panjang kepada negara. Pun begitu, polisi untuk meraih faedah jangka masa panjang perlu dititikberatkan. Faedah jangka masa panjang yang dimaksudkan ialah perolehan "technologi transfer".
- Persekitaran sudah berubah dan ia menuntut ke arah perubahan polisi yang seragam
- Sudah tibanya masa untuk kita memberi tumpuan kepada keberkesanan dan meningkatkan penglibatan di dalam aktiviti ekonomi terutamanya Bumiputera.
- Kerajaan juga perlu menunjukkan prestasi pentadbiran negara yang baik supaya liberalisasi ekonomi dapat menganjak ekonomi negara ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Saturday, November 21, 2009
The Deregulation: 30% removal of equity Bumiputera in 27 Sub Services Sector
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 1:13 PM Labels: Diskusi EkonomiDari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.
Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.
Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kecewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.
Manusia gila perang telam membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!
Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.
Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!
Karya Usman Awang 1955
Friday, November 20, 2009
Capacity Building for Graduates In Sarawak
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:07 AM Labels: Diskusi Ekonomi- Untuk perbentangan pertama, ini adalah tajuk yang kami pilih. Ternyata kami tidak silap memilih tajuk. Banyak perkara yang dapat dibangkitkan dan banyak sudut yang perlu diperhatikan yang mungkin orang lain terlepas pandang. Maka dengan peluang yang ada kami menerokai manfaat program ini ke arah pertumbuhan ekonomi dan juga memaksimumkan kesejahteraan rakyat.
- Berikut adalah intipati yang terkandung dalam perbentangan kami.
- Program ini adalah salah satu medium terbaik untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti.
- Adam Smith dan David Ricardo menegaskan bahawa untuk mencapai kecekapan ekonomi, ia bergantung penuh dengan tenaga kerja. Kecekapan dalam pengeluaran dan kecekapan dalam pengagihan akan membentuk kecekapan pada tahap maksimum. Apabila kecekapan telah tercapai, maka ia akan menhasilkan output yang produktis dan langsung menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Melalui program ini, tenaga kerja yang baru akan dilatih dengan secukupnya dan model latihan yang digunapakai begitu produktif kerana ia member pengalaman kerja yang sebenar dan pendedahan kepada suasana kerja yang realistik. Hipotitis daripada program ini, tenaga buruh yang terlatih akan mendapat peluang dan mampu bersaing di pasaran buruh dan seterusnya mendapat pekerjaan tetap. Say berkata “penawaran akan mewujudkan permintaan”. Untuk itu dengan meningkatkan peratusan pekerjaan, ia secara tidak langsung akan meningkatkan kuasa beli komuniti. Dari itu, permintaan akan meningkat kerana hubungan pendapatan dan permintaan adalah positif di mana apabila pendapatan meningkat, permintaan juga akan meningkat.
- Modal insan dan modal fizikal antara faktor yang menentukan kecekapan.
- Seperti yang telah diperjelaskan di atas, melalui usaha meningkatkan peratusan pekerjaan, secara tidak langsung ia akan meningkatkan permintaan dipasaran dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Ia di terangkan dengan jelas di dalam carta alir “Circular-Flow” dan “Smith’s economic development theory” di mana pusingan wang yang cepat akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
- Kami juga menyelitkan faktor yang menghalang kea rah pencapaian objektif program ini. Dalam jangka masa panjang, sistem pendidikan tempatan masih lagi gagal menghasilkan tenaga buruh yang berdaya saing dan berkualiti. Kata kunci kegagalannya adalah “exam oriented” menjadi budaya. Dalam jangka masa yang pendek, aktiviti melobi, birokrasi dan rasuah menyebabkan pengagihan tidak mencapai tahap kecekapan.
Thursday, November 19, 2009
Peringatah Kepada Khalifah Muka Bumi
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 12:39 PM Labels: Petikan Ayat-Ayat Al- Quran
Surah 27 ayat 62

Surah 35 Ayat 39

Surah 7 Ayat 129

Surah 38 Ayat 26

Sejauh manakah komitmen anda sebagai khalifah di muka bumi ini?
Memetik sedikit Dalil-Dalil di dalam Al Quran yang berkaitan dengan air Susu
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 12:25 PM Labels: Petikan Ayat-Ayat Al- Quran
Surah 23 ayat 21

Surah 47 ayat 15

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?"
Mengapa susu agaknya....???????
Bagi aku susu itu simbol kasih seorang ibu kepada anaknya. Kasih seorang itu begitu murni di sisi Allah. Dan aku suka minum susu. Sebabnya susu itu warnanya putih. Aku suka warna putih.
Lelaki adalah sebaik-baik Pemimpin
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:59 AM Labels: Petikan Ayat-Ayat Al- Quran
Friday, October 16, 2009
Perjuangan Belum Selesai
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 2:13 PM Labels: Keindahan Bahasa MelayuThursday, June 25, 2009
- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TAHAN MELAYU (sekarang dipanggil Malaysia).
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dab kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membanteraskan kekacauan dalan Negara dan ancaman dari luar Negara.
- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
- Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.
- Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 8:01 PM Labels: Agama- Hai anaku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan 'sampan' yang bernama 'takwa', isinya ialah 'iman' dan layarnya adalah 'tawakal' kepada Allah.
- Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Alla, maka dia tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
- Hai anakku, seandainya ibu bapa marah kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
- Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima keluliaan dari Allah juga.
- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hida diwaktu siang dan gelisah di waktu malam.
- Selalulah berharap kepada Allah tenang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (Takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.
- Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak bicara hal yang tidak benar, Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yant tidak mahu mengerti.
- Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi tetapi ianya lebih berat daripada itu, seandainya engkau mempunyai tetangga yang jahat.
- Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Jika tiada siapa yang layak, sebaiknya dirimulah saja yang menjadi utusan.
- Jauhilah sifat dusta, sebab dusta itu memberi akibat yang berbahaya.
- Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir di majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
- Janganlah engkau makan sampai terlalu kenyang kerana sesungguhnya makan terlalu berlebihan itu adalah lebih baik diberi kepada anjing sahaja.
- Hai anakku, janganlah engkau terus menelan sesuatu kemanisan dan memuntahkan sesuatu kepahitan kerana manisnya itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
- Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarah lah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
- Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila engkau sesalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
- Hai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
- Selalulah berbaik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberi barang yang berharga.
- Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
- Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
- Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
- Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
- Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mengelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
- Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
- Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhaitkanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya hati menjadi sejuk apabila mendengarkan nasihatnya, hidupkan hati dengan cahaya hikmah daripada mutiara kata-katanya, kerana ianya bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.
- Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke dalam bakul sampah kerana engkau akan menjadi pengemis yang menjadi bebanan orang lain. Janganlah engkau peluk dunia ini ibarat meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Friday, June 19, 2009
Ucapan YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Hj Nik Mat Sempena Pelancaran Koridor Ekonomi Timur di Kelantan 2007
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 7:39 PMKu ingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim saja pandai berkata-kata, rupanya Tuan Guru juga tak kurang hebatnya bersyarah...alangkah indahnya Malaysia jika suatu saat nanti orang-orang yang hebat ini bersatu hati membangunkan Tamadun Melayu.
Sunday, May 24, 2009
Bilakah lagi Melayu nak bersatu
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 8:19 PM Labels: Dari Sudut Pandangan Ahli PolitikDatuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Abdulah Ahmad Badawi
Datuk Seri Najib Tun Abd Razak
"Suatu ketika dahulu Melayu bersatu pada membangunkan dan mempertahankan negara berkurun-kurun lamanya walaupun seketika dahulu pernah dijajah...Namun sekarang Melayu tidak bersatuseperti dahuluBilakah lagi melayu akan bersatu lagi....."
Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Friday, May 22, 2009
Petikah Akhbar : Hentikan ruangan Gosip –Jins
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 7:39 PM Labels: Petikan Akhbar“Media Patut menghentikan penyiaran dan penerbitan ruangan gossip kerana ia bertentangan dengan agama dan hanya mendatangkan kemudaratan kepada indivitu terbatit. Ini bertentangan dengan nilai-nilai dalam agama kerana gossip akan mewujudkan umpat-mengumpat dan akhirnya membawa kepada fitnah. Islam melarang kita daripada memfitnah…”
-Seniman Negara, Senator Tan Sri Jins Samsudin, Utusan Malaysia, 22 Mei 2009-
Saya 100% menyokong kenyatan yang telah dibuat oleh Tan Sri. Sejak kebelakangan ini, gosip artis memenuhi ruangan industri muzik negara lebih daripada perkembangan dan kemajuan industri seni itu sendiri. Gosip menjadi tontonan dan pilihan utama daripada pencapaian dan kemajuan seni. Mungkinkah telah menjadi budaya masyarakat Malaysia yang kaya dengan adab ketimuran yang sopan dan berbudi bahasa, ”menjaga tepi kain orang lain”.
Tren di Malaysia, artis dianggap sebagai public figure dan hak kepunyaan rakyat. Secara lantangnya saya tidak setuju dengan kenyataan berikut. Di lihat dari aspek perniagaan nya, artis hanyalah pekerja atau usahawan yang mengeluarpan produk untuk di Jual di dalam pasaran. Hanya produk yang menjadi tatapan bukannya orang dan syarikat yang mengeluarkannya menjadi sasaran. Produk mereka adalah sama dengan definisi produk-produk lain.
Kita ambil contoh Syarikat Digi mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti kepada pengguna. Pengguna akan lebih cenderung kepada evolisi produk Digi daripada mengetahui tentang kisah peribadi CEO nya seperti CEO Digi mempunyai hubungan sulit dengan pramugari dan sebagainya. Saya boleh katakan agak pelik jika pengguna sibuk menjaga tepi kain CEO Digi. Mengikut aspek perniagaan, perkembangan produk menjadi bahan bualan pengguna bukannya penggeluar produk tersebut.
Berlainan pula kesnya dengan artis. Artis membuat album atau filem untuk dijadikan produk syarikat naungannya dan dijual dipasaran. Namun, cerita peribadi dirinya menjadi bahan bualan dan perhatian dari pengguna. Hinggakan pengguna lebih mengetahui cerita peribadi artis daripada produk yang artis tersebut keluarkan. Agak pelik. Adakah artis menjual cerita peribadinya atau ablum atau filem nya?
Bercakap mengenai kelembapan pasaran industri muzik dan perfileman tempatan, kita ashik menuding jari kepada cetak rompak dan kecanggihan teknologi. Berbalik kepada tren gemar akan gosip, tidak hairanlah industri kita malap kerana pengguna gemar menjaga tepi kain artis daripada hasil produk artis tersebut. Ini boleh dijadikan satu sebab kepada kemalapan industri muzik dan perfileman tempatan.
Pengguna tidak menyambut baik produk artis. Bagaimanakah artis dapat survive meneruskan pekerjaannya dan mengembeling kreativitinya demi memartabatkan industri muzik dan tempatan. Kurang sambutan memberi kesan kepada kurangnya peluang untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru.
Selain dari itu, ada juga syarikat penyiaran mengambil kesempatan dari fenomena ini menerbitkan rancangan yang membincangkan tentang gosip. Ini menyebabkan gejala gosip berleluasa dan secara tidak langsung membantutkan perkembangan industri muzik dan perfileman.
Mungkinkah gosip gunting dalam libatan, duri dalam daging bagi industri kita....? GOSIP HARUS DIHAPUSKAN......!!!! Jangan jadikan fitnah menjadi budaya masyarakat Malaysia.