- Seseorang itu manusia. Mempunyai pencapaian pendidikan yang tinggi. Mempunyai pekerjaan yang lumayan. Harta yang bertimbunan. Mempunyai zuriat yang ramai. Mempunyai sahabat dan rakan yang ramai. Mempunyai koloni dan pengaruh yang kuat dan ramai. Mempunyai isteri yang baik moleh, pandai, kaya dan hebat. Hanya pujian sesuai untuknya. Berbakat dalam kesenian. Segak bergaya semuanya ada.
- Tuhan berikannya sedikit saja penyakit cirit birit, sudah dia perit menahan kesakitan walaupun hanya seketika. Tiada apa yang mampu dia lakukan. Padahal dia ada segalanya. Jika ditakdirkan Tuhan cirit birit itu berpanjangan dan berlarutan, maka celakalah dia. Segalanya yang dia ada tidak mampu berbuat apa apa.
- Tuhan berikannya sedikit rasa demam. Demam yang menyebabkannya terpaksa berehat dan meninggalkan pekerjaan dan aktiviti hariannya selama beberapa hari. Dia mengeluh kesakitan dan tidak menentu rasa hati. Tidak selesa dirasakan sedangkan segalanya yang dia ada seharusnya menjadikan dia selesa. Namun hanya demam saja menjadikan segalanya tidak berguna. Wang yang ada tidak mampu dibelanjakan untuk berhibur. Sahabat yang ada tidak mampu untuk dilayani. Isteri yang ada tidak mampu untuk diberi batinnya. Segalanya serba serbi tiada. Hanya dengan sedikit demam sahaja, selama beberapa hari segalanya yang setinggi gunung sekelip mata menjadi habuk sebesar zarah yang tiada maknanya.
- Tuhan memberikan sedikit rasa pening. Manusia sudah merasa kurang enak. Tidak selesa. Serba serbi tidak betul segala perbuatannya. Segalanya yang ada itu tidak mampu menolongnya melewati keperitan yang hanya sedikit itu saja. Dengan hanya menunggu pening itu hilang baru dia dapat menikmati segalanya. Tetapi bagaimana jika pening itu berpanjangan?
- Tuhan memberikan sedikit luka di tangan mahupun kakinya ketika dia berjalan. Luka itu menyebabkannya merasa tidak selesa. Merasa sakit bila terkena air. Tidak mampu untuk bergerak dengan baik. Serba serbi tidak selesa dirasakan menjadikan keteguhannya menurun. Dengan hanya sedikit luka saja. Sedangkan tubuh badannya sihat dan tegap. Jua tidak mampu untuk mengetepikan rasa sakitnya itu.
- Siapa kata manusia itu hebat dan kuat?
- Namun masih lagi manusia berkata besar dan ego dengan kebolehan yang ada. Sedangkan ingin membuang air pun mereka alah dengan kesakitannya. Jangan lagi diceritakan penyakit atau kecederaan yang lain.
- Merasakan diri hebat menyebabkannya tidak mahu memohon pertolongan orang lain. Merasa takut diungkit jua. Padahal orang mengungkit disebabkan dirinya itu yang tidak berbudi dan tidak pandai mengenang jasa. Ibn Khaldun berkata manusia itu pada fitrahnya memang tidak mampu untuk hidup bersendirian. Dikatakan manusia memerlukan kuali untuk memasak. Mereka masih lagi memerlukan orang yang menggali logam atau membuat besi sekaligus membentuk besi agar ia menjadi kuali. Hakikat nya itu manusia yang memerlukan tidak mampu untuk membuatnya sendirian. Berbudi baik dan mengenang jasa adalah cara yang paling selamat kerana kita tidak akan mampu untuk hidup sendirian.
- Hanya sesaat cukup bagi Tuhan untuk merampas balik semua yang manusia ada walaupun manusia mengumpul dan memperolehnya mengambil masa yang lama dan menggunakan tenaga serta pengorbanan yang besar. Segalanya hanyalah tidak bernilai
- Yang bernilai adalah budi suci dan luhur budi yang mana ianya boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira berdarjat atau tidak. Namun, untuk memilikinya perlu bersabar dengan ujian dan dugaan hidup. Tiada ruginya kita bersabar kerana selagi kita hidup selagi itulah kita disajikan dengan dugaan hidup. Cuma mati saja yang akan mengakhiri segala cobaan hidup.
- Jangan alpa dan ghairah kerana itu menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan budaya hidup.
- Hanya agama dan moral mampu mengelak keruntuhan budaya dan akhlak
- Dan sederhana itu adalah yang paling selamat.
- Bermewahan hanyalah menyiksa diri
Thursday, June 3, 2010
Berjakuk Programme : Pak Imam & Mat Rempit
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 3:46 PM Labels: Omonganku Saja- Penghargaan kepada Geng Bas Skolah (GBS) : Me, Edison, Anis, Rudy, Eileen, Leena, Theresa & members jemputan GBS Shieda & Eda.
- Klip ini disiapkan untuk keperluan Forum GBS yang bertajuk permasalahan etika dalam perniagaan.
- Last minute GBS turun padang buat shuting klip ini dan selepas itu diedit. Syukur ia sempat siap sebelum hari forum diadakan.
- walaupun hanya 4 minit, tetapi penyediaannya memakan masa yang lebih dari itu dan juga tenaga yang begitu banyak telah dikerah.
- Make up Rudy untuk penghayatan watak imam pun bukan senang seperti yang dijangka. Celak mata dari Bunga Raya dan selepas itu pergi ke tempat penggambaran di cempaka. Rudy time tu belum tidur dari malamnya sampai pagi. Tak sangka make upnya berjaya menampakkan hasil pak imam. Kredit to Eileen & aku just buat tanda di dahinya saja. Ia berkesan!
- Watak mat rempit lebih menumpukan kemampuan sam wat sesuatu yg boleh dikatakan merbahaya. Buat aksi superman atas motor. Kami tidak menekankan persediaan pakaian mat rempit. Hanya menumpukan skil yg dapat ditunjukannya. Ternyata berjaya walaupun hampir-hampir sam terjatuh. Terima Kasih sam.
- Edit video seperti biasa GBS memerlukan bantuan Azrie. Kali kedua mintak pertolongan yang sama dan kami menyerahkan seluruh kepercayaan kepadanya. Ternyata Azrie tidak mengecewakan kami seperti biasa... terima kasih Azrie.
- Idea asal cerita dicadang oleh aku sendiri. Namun ada 2 watak tidak dapat dijayakan kerana ketiadaan pelakon yang sesuai dengan watak itu.
- Antara watak itu ialah watak seorang budak kelantan yang berlagak tidak pandai bercakap bahasa melayu. Hanya pandai bercakap bahasa inggeris. Itupun bahasa inggerisnya itu 120% sleng kelantan. Objektifnya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa adalah perlu kita merasa bangga dengan bahasa dan asal usul kita. Ibu bapa kita dah sah-sah dah orang tempatan, jadi tidak payah lah berlagak tak pandai bahasa ibunda.
- Watak lain ialah watak nerd. Budak ulat buku yang dipertanyakan tentang permasalah yang dibincangkan.
- Sesungguhnya pembikinan klip ini adalah antara kenangan manis aku dengan GBS. Secara peribadinya aku merasa puas kerana dapat melakukan sesuatu yang diluar kotak jangkaan orang lain. Bikin klips sendiri dengan idea sendiri.
- Nampak saja mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Ini adalah projek kami yang kedua. Projek pertama dahulu kami telah menghabiskan banyak kos demi menjamin penghasilan yang berkualiti. Pengurusan dan perancangan haruslah bijak dan realistik dan ia menguji kepekaan kami.
- Terima kasih kepada GBS kerana mempercayai idea aku.
- Waaaaaaaaaaaaa... i really miss dis moment.......
Wednesday, June 2, 2010
Isu Perkataan Tuhan Samseng & Takbur
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 7:33 PM Labels: Dari Sudut Pandangan Ahli Politik
Subscribe to:
Posts (Atom)

