skip to main | skip to sidebar

The Destiny of Scorpio

Suffering is the payment to get the meaningful of life. The more suffered we are, the more meaningful of life we get. Setiap apa yang berlaku di dunia ini pastinya bersebab. Dan Tuhan itu sentiasa merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk umat manusia

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Monday, May 3, 2010

Water Diamond Paradox

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:40 PM Labels: Omonganku Saja
Sesuatu benda yang pelik dan sukar untuk diperjelaskan....

Air adalah satu keperluan...tanpa air manusia tidak akan boleh hidup. Namun, mutiara di dalam laut lebih gemar manusia takluki hinggakan sanggup mempertaruhkan nyawanya. Tapi setelah memilikinya,tiba-tiba berlaku kemarau kepupusan air...tatkala itu, sumpah kesat bermain dimulut keluhan tiada air.....pada saat itu barulah manusia menyedari begitu air itu perlu disyukuri sewaktunya ada melimpah-limpah.

Keluarga adalah orang yang paling penting di dalam hidup individu. Orang lain tetap orang lain. Keluarga tetap keluarga. Namun, pada saat keluarga ada di depan mata....kecenderungan amat tertumpu dengan perkara lain seperti entertainment dan rakan-rakan dan cintanya tak ketinggalan...Keluarga diketepikan, nyawa sanggup dipertaruhkan demi mengejar sesuatu yang jauh di mata. Tetapi pada saat keluarga hilang di depan mata, pada saat itulah baru disedari betapa keluarga itu perlu disyukuri sewaktu ada di depan mata

Suami mencintai isterinya dengan seluruh jiwa raganya. Segala hartanya diserahkan pada isterinya. semoga isterinya berasa senang. tidak perlu untuk bekerja keras..kerana kalau isterinya bekerja keras...rupa paras isterinya mengalami susut nilai yg sangat drastik. Namun, kepuasan isterinya tidak sampai ke puncak maksimum (mungkin berkait ngan batin kot). Isterinya bernafsu buas pada selaki lain yg dapat memberikan kepuasan yg dahsyat kepadanya. Suaminya kecewa dan menyanyikan lagu "anang-separuh jiwaku pergi". Pada saat itu isteri sedang dan sudah menikmati kepuasan hidup dengan lelaki lain. Suaminya kecewa, lalu meninggalkannya (xkisah lah talak satu dua tiga). Pada saat itulah isteri sedar betapa bernilainya keikhlasan ex-suaminya yg kini tiada lagi di sisinya... Suaminya bekata "lelaki pun ada maruah yg perlu untuk dijaga"

Seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya. Menjaga maruah suaminya dan melayan suaminya sebaik mungkin. Namun lelakinya sibuk dengan perempuan lain yg lagi pekat. Katanya "bila masuk usia 40 tahun, saat itu hidupnya kembali baru...yeahh..!" suaminya rakus hinggakan tidak menghiraukan isterinya. Namun, Tuhan lebih menyayangi isterinya. Isterinya meninggal dunia tanpa disedarinya..tatkala itu suaminya merasakan kehilangan yang teramat dahsyat...sewaktu balik dari kerja, tiada lagi bidadari yang melayannya...jika dahulu tiap malam tidur ditemani isteri, namun sekarang semuanya sudah tiada...suami meratapi kehilangan isterinya yg dulunya dia tidak hiraukan...

Seorang boyfriend(bf) mencintai girlfriend(gf) nya dengan sepenuh jiwa. Gf adalah segala-galanya dalam hidupnya. Dia kata..."dialah nyawaku" & "alasan aku untuk terus hidup". Namun gf nya sibuk mencari Mr. Perfect sebenar tanpa menilai bfnya dan mentertawakan, memperlekehkan rasa hati, pengabdian bfnya dalam diam-diam. Namun, pabila bfnya kecewa dan meninggalkannya, pada saat itu gf sedar akan bernilainya ex-bfnya dan sanggup melakukan apa saja untuk kembali...tetapi sudah terlambat

Seorang gf mencintai bf dengan sepenuh jiwa hinggakan dirinya sanggup diserahkan. Setia tahap GABAN. Namun, bf nya masih lagi bersemangat untuk mencari wanita tercantik untuknya. Namun, pabila gfnya kecewa dan meninggalkannya, saat itulah airmata seorang janta yg begitu mahal terbit...tetapi gfnya berkata "sudah terlambat"..teruskanlah semangatmu mencari gadis yg kau inginkan.

Seorang sahabat setia ada di masa susah dan senang. Namun dia cuma datang diwaktu susah. tapi sahabatnya tetap sabar dan sentiasa bersedia menolong jika diperlukan. Sahabatnya sering menghormatinya wakaupun dia tidak pernah menghormati sahabatnya. Dia lebih suka enjoy dengn kwn yg lain yg sekepala dengan nya padahal mereka itu hanya ada diwaktu senang. Tiba-tiba...dia berdepan dengan masalah besar...dia pergi memohon pertolongan dengan kawan2 yg satu enjoy dengan nya...namun semuanya lari dan tidak berminat untuk membantunya... Saat itu barulah dia ingat sahabat yg suatu ketika itu puas menolongnya. dia pn dengan pantas mencarinya...namun tak juga jumpa sedangkan suatu ketika dulu sahabatnya itu selalu ada di sana.....dengan kesungguhan mencari...sahabat yang dicarinya itu dijumpai..dan lantas dia meceritakan masalahnya dan memohon pertolongan (nak pinjam duit). Dengan senyumnya sahabat itu menghulurkan bantuan tanpa sebarang alasan dan tidak mengambil masa untuk berfikit. Lantaran itu, dia mula sedar dah amat menyesali sikapnya. namun.....hari demi hari berlalu...dia mengulangi sikapnya lagi dimana hilang diwaktu senang dan muncul diwaktu susah...sahabatnya pun bongok sangat2 masih lagi menolongnya diwaktu dia susah. Sahabatnya berkata "aku x kisah orang kata aku bongok menolongnya... aku yakin "YANG MEMBALAS KEJAHATAN ITU HANYA TUHAN SAJA...DAN YANG BERHAK MENGHUKUM MANUSIA HANYA Tuhan"... aku bersahabat kerana Allah....

Sewaktu di universiti...tugasan dan tanggungjwap begitu berat..pada saat itu...mulut kaya dengan keluhan dan sumpahan...bilalah nak cuti or bila lah nak habis study...dah tak tahan...tapi bila dah cuti...bosannya...cubalah time ni x cuti g kuliah....kan ade banyak benda nak buat... bila dah habis study...ala.......rindunya
time kat universiti.....

Hargailah sepenuhnya apa yang kita ada...memang ssh untuk melihat nilainya kerana bila sudah tiada barulah kita tahu nilainya semalah mana. Ia sama juga seperti intangible asset. kita memang tidak dapat mengukurnya namun pabila syarikat kita dijual...baru kita dapat tahu nilainya berapa....(intangible asset is my pta)...hahahahaha

Keinsafan ini datang di masa Ms Ong..lecture pasal paradox..thanks to Ms Ong

Keegoan yang tinggi menyebabkan manusia hilang sesuatu yg dia berhak untuk mendapatkannya
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Angka 12

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:00 PM Labels: Omonganku Saja
  • Mungkin sahabat-sahabat yang rapat denganku tahu tentang angka 12 itu.
  • Angka itu bermaksud, niatku untuk memperolehi zuriat seramai 12 org. Kalau boleh yang sulung aku inginkan lelaki. Tapi mungkin agak sukar dan peluangnya adak tipis. Tetapi aku akan bersyukur walaupun angka 12 tak kesampaian, seramai zuriat yang mampu pun sudah memadai.
  • Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan mungkin juga ada orang mengatakan aku ini sudah gila. Aku berpesan, setiap apa yang manusia lakukan itu pasti sudah terlintas difikirannya sebelum dilakukan. Biarpun dirajai oleh minuman yang memabukkan, dia sudah berfikir apakah yang akan terjadi jika dia mabuk. Dan tindakan itu adalah satu expresi dan perbuatan ke arah mencapai kepuasan.
  • Sudah menjadi fitrah ibu bapa menyayangi anaknya segenap jiwa. Suatu yang pelik jika ibu bapa tidak menyayangi anaknya. Kerana itulah angka 12 itu sebenarnya hadiah ku untuk keturunanku. Bukankah ibu bapa itu akan bahagia jika melihat anaknya bahagia.
  • Dalam hidup ini, manusia tidak akan mampu untuk berjalan bersendirian. Begitu besar cobaan dan dugaan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan merasa sunyi dalam mengharungi hidup kerana mereka mempunyai ramai adik beradik. Ikatan darah tidak akan putus.
  • Angka 12. Aku tidak sanggup melihat anak-anakku derita akan perpisahan. Dan sesungguhnya perpisahan itu amatlah perit. Sekurang-kurangnya, jika mereka berpisah dengan rakan-rakan yang mereka kasihi, mereka masih lagi mempunyai adik beradik yang sentiasa ada di sisi. Pada saat mereka meratapi kesedihan, adik beradik mereka ada di sisi untuk memecah kesunyian dan mengurangkan kesedihan. Masa akan mengubat kesedihan. Biarlah dalam masa itu mereka tidak begitu derita kerana pelali yang telah diberi oleh adik beradik mereka.
  • Ramai yang khusyuk dalam bercinta. Pada saat cinta itu putus di tengah jalan, ramai yang sanggup melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Ramai yang lemah dan rapuh. Sekurang-kurangnya, jika anak ku putus cinta, mereka ada adik beradik yang memberikan sokongan kepadanya. Adik beradik menyebabkan mereka merasa kuat untuk melawan kesunyian. Aku tidak sanggup anakku derita kerana perkara seperti itu. Hidup ini banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkan dan dilakukan. Jangan persiakan masa muda.
  • Pada saat anakku dikhianati oleh orang yang dipercayai nya, pastinya dia akan merasa sedih dan sakit hati. Aku berpesan, dunia memang begitu. Semua orang mahu di atas dengan menggunakan apa cara sekalipun. Kamu perlu kuat. Sekurang-kurangnya dia ada adik beradik yang ramai membantunya untuk pulih dan terus berjuang untuk mendapatkan hak.
  • Hidup ini memang susah untuk dijangka. Kadang-kala kita di atas dan kadang-kala kita di bawah. Kesilapan menyebabkan kita tersungkur. Pada saat anakku tersungkur, sekurang-kurangnya dia ada ramai adik beradik yang mendekatinya pada saat orang lain menjauhinya. Keekuatannya untuk bangkit akan membara.
  • Suatu masa nanti ibu dan bapa mereka akan kembali ke tempat asal manusia. Pada saat itu, aku tidak ingin kehilangan ku dan ibu mereka menjadikan mereka rapuh. Sekurang-kurangnya mereka ramai dan mereka merasai kesedihan yang sama. Untuk itu mereka boleh berkongsi kesedihan bersama-sama dab pulih dengan segera untuk meneruskan hidup kerana perintah PenciptaNya.
  • Kehilanganku nanti di muka bumi, anak-anakku adalah cenderahati ku kepada isteriu (jika aku pergi dulu), hadiahku kepada sahabat-sahabatku (untuk mereka kenangi langkah perjalananku sewaktu hidup). Niatku agar apa yang aku tinggalkan dapat mengubat kerinduan ketika mereka memerlukanku.
  • Kerana itulah..angka 12
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Luluh

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 10:17 PM Labels: Aku.Muzik.Kamu
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

The Destiny of Scorpio

  • Bin Husaini: Sekapur Sirih
  • Bin Husaini : Latar Belakang
  • Bin Husaini : Destiny of Scorpio

Labels

  • Agama (2)
  • Aku.Muzik.Kamu (28)
  • Dari Sudut Pandangan Ahli Politik (5)
  • Diskusi Ekonomi (14)
  • Islam dan Ekonomi (1)
  • Kaki Wayang (1)
  • Keindahan Bahasa Melayu (6)
  • Omonganku Saja (25)
  • Petikan Akhbar (2)
  • Petikan Ayat-Ayat Al- Quran (5)
  • Sejarah (2)

Blog Archive

  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)
  • ►  2009 (17)
    • ►  May (7)
    • ►  June (3)
    • ►  October (1)
    • ►  November (6)
  • ►  2010 (60)
    • ►  April (1)
    • ►  May (30)
    • ►  June (9)
    • ►  August (2)
    • ►  September (7)
    • ►  October (1)
    • ►  November (10)
  • ▼  2011 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ▼  April (1)
      • Aku Punya Kamu

Followers

My Blog List

  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    3 years ago
  • Never Be Afraid To Voice Out Your Thoughts
    LOCAL INTERNET MARKETING HOUSTON
    8 years ago
  • ~a little bit of everything~
    muka baru
    14 years ago
  • "Man From The Last Century"
    Convocation October 10, 2010
    16 years ago
  • Zaid Ibrahim
    Utusan dah start dah….
    16 years ago
  • yudeelovers download mp3 jadul dan terbaru gratis
  • Che Det
  • Miss_Nie Sulaiman
  • Laman Rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

السلام عليكم ورحمةاالله وبركاتة

Pepatah Arab...

الحِكَمُ لأاوَ مْثَالُ
أنْظُرْ ما قا لَ وَ ل تَنْظُرْ مَنْ قا لَ

"adalah lebih baik bagi kita mendengar apa yang disampaikan (diperkatakan) daripada kita melihat siapa yang menyampaikan"

Deep Thinking

1. Tak kisah siapa pun kita, jadilah yang terbaik. Walaupun sekadar nelayan sara diri, jadilah nelayan sara diri yang terbaik

2. Selalulah berfikiran yang anda adalah mutiara. Pada saat anda berpalit dengan lumpur, sedarlah yang anda masih lagi sebutir mutiara. Pabila hujan membasahi dituruti matahari menyinari, mutiara akan bersinar seperti sedia kala.

3.ISLAM (Dalam 5 perkataan)

I- Indah

S- Sejahtera

L- Lengkap

A- Akhlak

M- Maju

My Top Website

  • http://www.google.com
  • http://www.ntv7.com.my/
  • http://www.onemalaysia.com.my/
  • http://www.tv3.com.my
  • http://www.unimas.my
  • http://www.utusan.com.my
  • http://www.yahoo.com
  • http://www.youtube.com

Bin Husaini

My photo
Dzul Hadzwan Hj Husaini
Bismillahirrahmanirrahim Hadiah pertama yang aku perolehi sewaktu pertama-tama kali menghela udara ialah nama. Ibu bapa ku menghadiahkan nama indah untuk ku. Dzul Hadzwan nama diberi. Begitu lama aku mencari makna disebalik nama ku dan akhirnya aku menemuinya. Dzul membawa maksud yang memiliki. Manakala Hadzwan membawa maksud pemberian. Begitu banyak kurniaan yang telah Tuhan berikan padaku...dan itu adalah amanah dari Tuhan untukku kongsikan bersama saudara-saudara ku yang lain.
View my complete profile

Al Quran Translation With Multiple Languages

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Blog Archive

  • ▼  2011 (6)
    • ▼  April (1)
      • Aku Punya Kamu
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (60)
    • ►  November (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (9)
    • ►  May (30)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (7)
  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)

Hadith

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Islamic Hijri Calendar

Search This Blog

Number of Viewers

Free Counters
Phillips Electronics

Clock

Musyawarah and silaturrahmi


ShoutMix chat widget
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com