Sunday, May 24, 2009
Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Friday, May 22, 2009
Petikah Akhbar : Hentikan ruangan Gosip –Jins
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 7:39 PM Labels: Petikan Akhbar“Media Patut menghentikan penyiaran dan penerbitan ruangan gossip kerana ia bertentangan dengan agama dan hanya mendatangkan kemudaratan kepada indivitu terbatit. Ini bertentangan dengan nilai-nilai dalam agama kerana gossip akan mewujudkan umpat-mengumpat dan akhirnya membawa kepada fitnah. Islam melarang kita daripada memfitnah…”
-Seniman Negara, Senator Tan Sri Jins Samsudin, Utusan Malaysia, 22 Mei 2009-
Saya 100% menyokong kenyatan yang telah dibuat oleh Tan Sri. Sejak kebelakangan ini, gosip artis memenuhi ruangan industri muzik negara lebih daripada perkembangan dan kemajuan industri seni itu sendiri. Gosip menjadi tontonan dan pilihan utama daripada pencapaian dan kemajuan seni. Mungkinkah telah menjadi budaya masyarakat Malaysia yang kaya dengan adab ketimuran yang sopan dan berbudi bahasa, ”menjaga tepi kain orang lain”.
Tren di Malaysia, artis dianggap sebagai public figure dan hak kepunyaan rakyat. Secara lantangnya saya tidak setuju dengan kenyataan berikut. Di lihat dari aspek perniagaan nya, artis hanyalah pekerja atau usahawan yang mengeluarpan produk untuk di Jual di dalam pasaran. Hanya produk yang menjadi tatapan bukannya orang dan syarikat yang mengeluarkannya menjadi sasaran. Produk mereka adalah sama dengan definisi produk-produk lain.
Kita ambil contoh Syarikat Digi mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti kepada pengguna. Pengguna akan lebih cenderung kepada evolisi produk Digi daripada mengetahui tentang kisah peribadi CEO nya seperti CEO Digi mempunyai hubungan sulit dengan pramugari dan sebagainya. Saya boleh katakan agak pelik jika pengguna sibuk menjaga tepi kain CEO Digi. Mengikut aspek perniagaan, perkembangan produk menjadi bahan bualan pengguna bukannya penggeluar produk tersebut.
Berlainan pula kesnya dengan artis. Artis membuat album atau filem untuk dijadikan produk syarikat naungannya dan dijual dipasaran. Namun, cerita peribadi dirinya menjadi bahan bualan dan perhatian dari pengguna. Hinggakan pengguna lebih mengetahui cerita peribadi artis daripada produk yang artis tersebut keluarkan. Agak pelik. Adakah artis menjual cerita peribadinya atau ablum atau filem nya?
Bercakap mengenai kelembapan pasaran industri muzik dan perfileman tempatan, kita ashik menuding jari kepada cetak rompak dan kecanggihan teknologi. Berbalik kepada tren gemar akan gosip, tidak hairanlah industri kita malap kerana pengguna gemar menjaga tepi kain artis daripada hasil produk artis tersebut. Ini boleh dijadikan satu sebab kepada kemalapan industri muzik dan perfileman tempatan.
Pengguna tidak menyambut baik produk artis. Bagaimanakah artis dapat survive meneruskan pekerjaannya dan mengembeling kreativitinya demi memartabatkan industri muzik dan tempatan. Kurang sambutan memberi kesan kepada kurangnya peluang untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru.
Selain dari itu, ada juga syarikat penyiaran mengambil kesempatan dari fenomena ini menerbitkan rancangan yang membincangkan tentang gosip. Ini menyebabkan gejala gosip berleluasa dan secara tidak langsung membantutkan perkembangan industri muzik dan perfileman.
Mungkinkah gosip gunting dalam libatan, duri dalam daging bagi industri kita....? GOSIP HARUS DIHAPUSKAN......!!!! Jangan jadikan fitnah menjadi budaya masyarakat Malaysia.
Thursday, May 21, 2009
Petikan Akhbar : Govt to help 4000 grads land jobs
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 12:06 PM Labels: Petikan Akhbar“…….We expect to help 4,000 graduates with diplomas and degrees over two years by providing them with government agencies and private companies in
-YAB Pehin Sri Tan Sri Hj Abdul Taib Mahmud, The
Ruangan ini, saya ingin memberi pandangan tentang petikan satu artikal dalam The Borneo Post pada hari Khamis bertarikh 21 Mei 2009, iaitu “Govt to help 4000 grads land jobs : On-the-job training under special programme over next two years, says Chief Minister of Sarawak YAB Pehin Sri Tan Sri Hj Abdul Taib Mahmud.”
Memang dari dulu lagi Kerajaan tak kering gusi dan tak pernah jemu-jemu membincangkan dan berusaha untuk membantu rakyat dalam usaha mereka untuk menaik tarah hidup. Bukan hanya di
- Melindungi rakyat dari ancaman luar
- Mewujudkan badan pengurusah hal ehwal kehakiman
- Menguruskan harta dan kemudahan awam
Merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh beliau, jelaslah kerajaan berada dalam paksinya memain peranan yang dibutuhkan oleh rakyat.
Program yang diperkatakan di dalam artikal tersebut sememangnya murni di mana kerajaan berusaha untuk melatih graduan-graduan terpilih agar mereka empuk dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperuntuknan oleh pasaran tak kira di dalam mana-mana industri. Jelas, ini memberi keuntungan kepada graduan yang terpilih dan peluang ini akan melonjak mereka ke arah trek menuju masa depan yang cerah. Saya pun berpeluang untuk menikmatinya kelak.
Namun, apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah sejauh mana KETELUSAN program seperti ini dalam memberi faedah kepada rakyat? Adakah ada penerapan liberalisasi di dalamnya demi memastikan graduan-graduan yang terpilih itu sememangnya berhak untuk menikmatinya. Liberalisasi amat-amat penting kerana ianya akan membawa kepada keberkesanan dan kecekapan perlaksanaan program tersebut seterusnya membawa keada pencapaian objektif asal.
Soalan kepada kerajaan tak kisah kerajaan dari parti mana sekalipun diseluruh dunia.. Jika setiap kali kerajaan memperkenalkan program untuk membela rakyat seperti di atas, apakah strategi yang dapat kerajaan lakuan bagi menjamin ”ZERO” birokrasi ataupun setidak-tidaknya minor amalan birokrasi di dalam program tersebut. Dikatakan program ini untuk kebajikan rakyat, namun pada akhirnya nanti kita tidak mahu orang yang tidak berhak akan menikmatinya. Lebih mengecewakan lagi jika orang-orang berkepentingan (special interest) dengan lobby nya menderhakai amalan liberalisasi rakus menikmati rezeki rakyat yang benar-benar berhak ke atas itu. Dia (yang mengamal birokrasi) dan koloni-koloninya, saudara mara, keturunannya, suku-sakatnya, kenalan-kenalannya telah dicop sebagai ”hak milik kekal”.
Baru-baru ini, kerajaan memberi perhatian begitu berat kepada masalah rasuah yang bertubi-tubi melaknati amalan demokrasi dan liberalisasi. Buktinya kerajaan telah meminda Rang Undang-undang SPRM 2009 untuk memerangi rasuah berhabis-habisan. Kita juga dapat saksikan ramai yang dicekuk kerana rasuah dan disabit kesalahan mengikut akta SPRM 2009. Di harap ianya telus dalam mengadili. Hukum manusia mampu kita manipulasi. Hukum Allah nanti ianya akan pasti menanti.
Setiap individu tak kira yang mempunyai kuasa ataupun tidak, perlu memberi komitmen masing-masing agar rasuah dan birokrasi dapat dihapuskan. Kendati sejuta akta pun yang dimaktubkan, ianya tidak akan dapat mengubah keadaan selagi setiap individu yang terlibat tidak memain peranan yang telus. Patuhilah ”law of nature” untuk memastikan keadilan dapat dicapai. Elakkan

