skip to main | skip to sidebar

The Destiny of Scorpio

Suffering is the payment to get the meaningful of life. The more suffered we are, the more meaningful of life we get. Setiap apa yang berlaku di dunia ini pastinya bersebab. Dan Tuhan itu sentiasa merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk umat manusia

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Saturday, June 12, 2010

Layu - Malique

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 3:56 PM Labels: Aku.Muzik.Kamu


Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, June 8, 2010

Perjuangan

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 6:21 PM Labels: Omonganku Saja
Nabi Adam dan isterinya diturunkan ke dunia dengan berbekalkan hanya akal kurniaan Tuhan untuk meneruskan hidup di dunia yang serba-serbi kepayahan jika di bandingkan kehidupan di syurga. Di situlah bermulanya permulaan perjuangan bahginda berdua berjuang dalam hidup dengan bermodalkan akal firiran. Mereka bercucuk tanam dan menternak haiwan-haiwan ternakkan dan hasilnya adalah rezeki makanan dan minuman yang amat diperlukan untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan. Begitulah hari-hari mereka di dunia dengan perjuangan mereka untuk meneruskan hidup.

Perjuangan seorang ibu yang mengandungkan anaknya sehingga lahir. Perjuangannya menjaga kandungannya dalam tempoh 9bulan bukan sekadar menjaga kesihatan kandungannya sahaja tetapi sejak di dalam kandungan lagi ibu berjuang mendidik anak dalam kandungannya supaya ilmu baik telah mengalir di dalam darah dan roh si anak. Begitulah perjuangan seorang ibu mengandung.

Juga dikatakan perjuangan seorang ibu mendidik dan menjaga anaknya sejak kecil sampai dewasa. Memastikan mereka menjalani hidup dengan cukup sempurna dengan mendapat nafkah dan ilmu sebagai bekalan hidup.

Perjuangan seorang isteri menjaga makan minum suaminya yang sedang sibuk mencari nafkah untuk menanggung keluarga dan anak-anak.

Perjuangan seorang suami dan bapa mencari nafkah yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak agar mereka dapat memenuhi keperluan asas kehidupan sebagai seorang manusia.
Perjuangan seorang anak menjaga nama baik keluarga dan mengenang jasa orang tuanya yang telah bertaruh nyawa demi memastikan seorang anak hidup selamat di dunia.

Perjuangan seorang pelajar atau siswa dalam menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan modal berjuang di dalam pasaran buruh. Perjuangan bukan sahaja lulus dalam pelajaran tetapi memastikan ilmu yang diperolehi mampu dipraktikkan dan digunakan sebaik mungkin.

Perjuangan seorang pengangur mencari sumber pendapatan untuk menyara kehidupannya dan belajar tentang erti kehidupan. Perjuangan yang hidangi dengan kutukan dan cemuhan.

Perjuangan seorang siswa menyiapkan thesisnya untuk memastikan dia berkelayakan untuk bergraduat. Perjuangan yang murni apabila adanya kesungguhan dan ketulusan membuatnya sehingga siap dengan usahanya sendiri.

Perjuangan seorang pekerja (tidak kira apa-apa pekerjaan) yang mencari nafkah setiap hari semata-mata untuk mendapat rezeki setiap bulan. Rezeki yang amat diperlukan untuk menampung kos hidup dan yang penting untuk membayar hutang yang keliling pinggang.

Perjuangan seorang kekasih dalam mencari sumber kewangan yang cukup untuk menjalinkan ikatan yang sah dengan seseoran yang dicintainya dengan ikatan perkahwinan.

Perjuangan seorang Islam menjaga dan mempertahankan maruah agama Islam. Bukan setakat itu, yang paling penting adalah meletakkan agama Islam di tempat yang sepatutnya seperti mana zaman kegemilangan Islam dahulu.

Perjuangan seorang Islam mengasah ilmu hingga menjadi cendiakawan dan ilmuan. Dengan harapan agar orang menghormati dan meminati Islam sebagai Ad-Din.

Perjuangan seorang yang sakit untuk sembuh dari penyakitnya dengan tabah mengharungi keperitan demi melawan penyakitnya. Hanya maut saja dapat memberhentikan perjuangannya untuk terus hidup.

Perjuangan seorang sahabat membantu sahabatnya yang seakan-akan tidak berkeupayaan untuk meneruskan hidup dengan berusaha sedaya yang boleh sekurang-kurangnya sahabatnya itu mampu untuk berdiri sendiri dan kembali berjuang untuk meneruskan hidup.

Perjuangan seorang anak sulung dalam keluarga dalam menjaga keluarganya apabila ibu dan bapanya sudah tua dengan bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan keluarganya cukup makan dan pakaian.

Perjuangan seorang guru mendidik anak murid nya agar menjadi insan berilmu bukan hanya besandarkan penerimaan gaji.

Perjuangan seorang CEO demi memastikan perniagaan majikannya sentiasa maju dan menguntungkan. Keuntungan itu amat-amat penting untuk mengagih kekayaan itu kepada rakan kongsi dan pekerja-pekerja yang lain.

Sememangnya perjuangan itu bermacam-macam jenis. Perjuangan murni dikatakan apabila ianya dilakukan dengan kesungguhan beserta kemurnian hati (integiriti). Perjuangan akan tercemar apabila ia diusahakan dengan jalan yang salah dan tidak bermaruah.

Apa saja jenis perjuangan, lakukanlah dengan berintegriti dan berniat murni. Jangan sekali-kali pentingkan diri sendiri kerana dalam masa yang sama masih ramai lagi yang berjuang pada perkara yang sama. HUTANG KEPADA DUNIA ADALAH RUGI YANG TIDAK TERKATA.

Jangan sekali-kali mempersendakan perjuangan orang lain....walaupun perjuangan kita berbeza, namun perasaan kita tetap sama ingin menjalani kehidupan dengan penuh makna
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, June 6, 2010

Buruk Sangka

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 10:49 PM Labels: Petikan Ayat-Ayat Al- Quran
Rasulullah bersabda : Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlak kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara - Riwayat Abu Hurairah.



Firman Allah Surah Yunus ayat 36 yang bermaksud " Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran".




Firman Allah Surah Al-Hujuraat ayat 12 yang bermaksud " Hai orang-orang yang beriman, jauhila kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


Umar R.A berkata janganlah kamu berperasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik.


Riwayat At-Tabrani : "Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku 1)Kepercayaan sial 2) Hasad dengki 3)Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tatayur hendaklah dihapuskan.


Riwayat Imam Malik ; "Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentant athar (hadis dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kamum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran Al-Quran atau Hadis) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadis yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (Al-Quran dan Al-Hadis) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadis) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikkannya."




Allah berfirman "Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kamum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita yang diperolokkan lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" Surah Al-Hujuraat, ayat 11.




Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" Surah Hujuraat ayat 6.


Rasulullah bersabda " ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! itulah yang dikatakan hati." :Riwayat Muslim.


Riwayat Muttaafaqun alaihi : Rasulullah S.A.W bersabda "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta."
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, June 5, 2010

Bahtera Sahabat

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 9:29 PM Labels: Omonganku Saja
Ahmad Tuah bersahabat dengan Ahmad Jebat sejak kecil lagi. Mereka mewarisi persahabatan bapa-bapa mereka yang telah bersahabat lama sebelum kewujudan mereka lagi. Mereka sangat rapat. Dan mereka mengaku mereka itu bersahabat baik.

Tuah seorang yang bijak pandai. Dia berpeluang belajar sampai ke menara gading. Dia berilmu dan berpengetahuan. Namun Jebat tidak sehebat itu. Tidak berpeluang untuk belajar sampai ke menara gading. Tuah selalu mendorang Jebat untuk terus berusaha dalam pelajaran. Tambahan lagi Jebat kurang sedikit ilmu dan pengetahuan dari Tuah. Jebat iri hati dengan Tuan. Jebat mempunyai perasaan yang tidak mahu kalah dengan Tuah. Dengan rasa iri hatinya Jebat berusaha untuk melebihi Tuah dengan apa cara sekalipun. Jebat sememangnya tidak mampu untuk bersaing dengan Tuah dalam pelajaran. Jadi Jebat nekad untuk berada lebih dari Tuah dalam bidang lain. Jebat berjaya. Jebat menunjuk-nunjuk kepada Tuah akan kelebihannya yang mana Tuah tidak mampu berbuat itu. Hingga kadang-kadang Tuah merasa kecil hati dengan perbuatan Jebat. Jebat melakukan itu bukan untuk dirinya tetapi untuk melepas rasa iri hatinya. Sedangkan mereka bersahabat.

Jebat mempunyai seorang kekasih yang cantik dan pandai. Atas nama sahabat, Jebat memperkenalkannya kepada Tuah. Tuah melihat jebat dengan kekasihnya begitu mesra. Tuah merasa sedih kerana dia tidak lagi mempunyai kekasih dan dia iri hati melihat kemesraan Jebat dengan kekasih nya. Tuah merasakan dirinya lebih hebat dari Jebat tambahan lagi dia berpelajaran dari Jebat dan mungkin Tuah merasakan dirinya lebih tampan dari Jebat, Tuah mula merapati dirinya dengan kekasih Jebat. Tuah berbuat sedemikian bertujuan agar kekasih jebat dapat melihat perbezaan antara dia dan Jebat siapa lebih hebat. Ini kerana Tuah juga tidak mahu kalah dengan Jebat. Tuah tidak menghiraukan perasaan sahabatnya Jebat dan terus berbuat begitu hinggakan Jebat merasa sakit hati dengan perbuatannya. Jebat merasakan dirinya kecil dan tidak seperti Tuah. Jebat sedih dengan perbuatan Tuah itu. Padahal Tuah itu sahabatnya.

Tuah selalu saja menceritakan tentang kebaikan Jebat dengan orang lain. Tuah mengangkat tinggi nama Jebat. Segala keburukan Jebat disembunyikannya. Adapun Jebat melakukan kesilapan, maka Tuah merasa tanggungjawapnya "back up" Jebat atas nama menjaga maruah sahabat. Jebat tidak mengetahui perkara itu. Dalam masa yang sama Jebat sibuk menyatakan keburukan Tuah dan memburuk-burukkannya. Bila masa Tuah melakukan kesilapan, dalam hati Jebat berkata "padan dengan muka mu". Jebat membiarkan saja agar semua orang tahu Tuah itu tidak baik. Suatu ketika Jebat menziarahi kawan-kawannya yang mana kawan Tuah juga. Kawan-kawannya itu menceritakan tentang kebaikan Jebat dan memuji nya. Jebat hairan dan bertanya dari mana perkhabaran itu datang. Mereka menjawap Tuah selalu memujimu Jebat. Jebat tunduk dan malu dengan dirinya sendiri. Jebat bergegas mencari Tuah. Jebat memberi senyuman riang dan mempelawa Tuah untuk meluangkan masa dengannya. Jebat ingin menebus silapnya dan membawa Tuah untuk bersuka ria dan makan-makan. Jebat kata pada Tuah, aku banyak buat salah dengan kamu..hari ini aku belanja kamu makan. Tuah pun kata, rezeki tak baik ditolak.

Suatu hari Tuah dan Jebat pergi kursus penternakan selama 6 bulan di Kedah. Selama mereka di sana, mereka duduk di rumah sewa. Sepanjang tempoh itu Jebat yang selalu menyediakan makanan dan memasak untuk Tuah. Jebat begitu teliti dan cermat menyediakan makanan. Jebat tahu Tuah alah makanan apa. Dan Jebat amat mengambil berat perkara itu. Berkenaan dengan makanan, Jebat yang bertanggung jawab. Selepas selesai kursus, mereka pulang ke kampung halaman. Tidak lama kemudian berlaku satu peristiwa yang mengelirukan Tuah yang mana Jebat seakan-akan tidak bertanggung jawab di atas apa yang disebut dan dijanjikannya. Tuah mencemuh di belakang Jebat dan mengutuknya sebagai orang yang tidak bertanggung jawap. Padahal Jebat mempunyai alasan tersendiri berbuat sedemikian. Jebat kecewa dengan keadaan itu kerana sebelum ini Jebat sangat menjaga tanggung jawap jika dibandingkan dengan Tuah. Suatu masa dahulu Tuah pernah meninggalkan tanggung jawap nya dan pada masa itu Jebat yang mengambil alih tanggung jawap itu atas dasar tolong kawan. Tetapi Tuah beranggapan dirinya hebat, pandai dan baik, dia tidak terfikir akan kesilapannya dahulu dan terus mempersalahkan orang.

Suatu hari, Jebat kelaparan dan tidak mempunyai wang. Tuah berkata ambillah sedikit wang ini untuk membeli makanan. Jebat sangat-sangat berterima kasih dengan Tuah. Tuah berkata kita kan sahabat, susah kamu susah ku jua. Hari ini hari kamu, entah esok entah lusa hari aku pula. Pada suatu hari yang berikutnya, Tuah telah dirompak dan semua wangnya telah dicuri. Tuah merahsiakan perkara itu kepada Jebat. Namun ternampak Tuah seperti mempunyai masalah kewangan dan Jebat menyedarinya. Namun Jebat tidak begitu bermurah hatinya untuk menghulurkan bantuan. Jebat kata tunggulah Tuah sendiri yang memohon pertolongan, baru aku tolong. Kalau dia tidak mintak tolong, aku tidak tolong lah. Selamat lah duit aku. Tuah dengan cekal hatinya terus merahsiakan kejadian itu kerana bimbang Jebat susah hati. Padahal Jebat tahu Tuah seperti ada masalah kewangan tetapi titak tahu yang Tuah dirompak. Dan suatu ketika dahulu Jebat mengakui Tuah itu sahabatnya.

Jebat memasuki satu pertandingan tetapi Tuah tidak mengetahuinya kerana Tuah dengan sibuk dengan pelajarannya di menara gading. Jebat menang dalam pertandingan itu. Tuah mengetahuinya dari kawan-kawan yang lain. Tuah tunduk dan cemburu dengan Jebat. Tuah pura-pura tidak tahu dan tidak ingin pun mengucapkan tahniah kepada Jebat. Pada saat Jebat memberitahunya sendiri kepada Tuah, Tuah memaksa diri untuk gembira dan mengucapkan tahniah. Jebat perasan dengan perbuatan Tuah itu. Jebat sedih sedangkan Tuah itu sahabatnya.

Tuah seorang yang pandai. Ramai orang yang merujuk kepadanya tentang pelajaran. Bertanyakan tentang masalah ilmiah dan meminta pendapat. Jebat sepatutnya bersyukur dan gembira kerana ada kawan seperti Tuah. Jebat boleh mendapat pendpat Tuah pada bila-bila masa. Tetapi, Jebat cemburu dan iri hati dengan Tuah. Jebat tidak mahu bertanya-tanya dengan Tuah kerana ego dan cemburunya. Tuah kecewa kerana Jebat tidak mahu ditolonginya sedangkan orang lain berduyun-duyun berjumpa dengannya.

Tuah dan Jebat telah ditakdirkan bersahabat. Tetapi mereka saling mencari salah silap, kekurangan dan keburukan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah dan kurang. Masing-masing mahu jadi juara dan hebat. Tanpa mereka menyedari sebenarnya mereka saling tikam menikam pedang dan masing-masing merasa sakit.

Cerita ini sekadar untuk renungan semata-mata. Tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak. Ianya adalah rekaan dan imajinasi ku sahaja. Jika difikirkan kebaikan maka ianya menjadi baik kepada kita. Jika difikir buruk maka kita akan mengambil buruk padanya.

Moral of the story, aku senaraikan hadis-hadis yang berkait dengan seseorang yang bernama sahabat..untuk renungan.....

-Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri : Riwayat Bukhari & Muslim

-Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli daripadanya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya. Tetapi sahabat yang tidak baik diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk darinya : Riwayat Bukhari & Muslim

-Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang : Hamka

-Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari : Saidina Ali

-Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya: Riwayat Al-Hakim

-Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur : Riwayat Muslim

-Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya : Rewayat Muslim
Seseorang itu adalah mengikut agama temanya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya : Riwayat Abu Daud

-Al-Qamah R.A menasihatkan kepada anaknya..."Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut : 1)Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabat, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. 2)Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau membantumu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). 3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau membantumu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. 4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, June 4, 2010

Tuan Guru Nik Aziz: Press Conference

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 6:53 PM Labels: Dari Sudut Pandangan Ahli Politik


0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bukan salah siapa-siapa (Aku Pendosa)

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 1:46 AM Labels: Omonganku Saja
  • Yang baik itu pastinya datang dari Tuhan Malikul Mulk. Yang tidak baik itu pastinya datang dariku sendiri takkira kekuranganku atau kelebihanku.
  • Mungkin saja orang yang merasa kecewa dengan ku sekarang masih lagi memarahi ku, aku akui ianya datang daripada diriku. Aku dijadikan Tuhan sebegini dan aku diamanahkan untuk membentuk diri dan membawa diri ke arah jalannya. Namun segala tindakanku yang salah dan kekuranganku menyebabkan mereka kecewa. Kepada mereka, di sini aku mengakui segalanya punca daripadaku. Aku tidak menuding jari kepada kamu dan siapa-siapa sahaja.
  • Mungkin saja aku berdosa kepada orang lain. Yang pastinya itu adalah punca daripadaku. Tiada siapa yang mampu melakukannya melainkan aku sendiri. Tiada alasan munasabah untuku menuding jari pada sesiapa.
  • Setiap apa musibah dan kejadian yang tidak diingini berlaku dalam hidup ku it adalah berpunca daripada diriku sendiri. Bukan dari orang yang memfitnahku. Bukan dari orang yang dengki padaku. Bukan dari orang yang dendam padaku. Bukan dari orang yang tidak menyukaiku. Bukan dari siapa siapa. Orang memfitnahku mungkin kerana sikap dan tindak tandukku yang lalu atau saja karma. Orang yang dengki padaku mungkin saja kerana sikapku yang berlebihan dimasa lalu. Orang yang dendam padaku mungkin saja kerana kesilapanku dalam mengadili memutusi sesuatu perkara di masa lalu. Orang yang tidak menyukaiku mungkin saja kerana sikap ku yang sebegini di mana telah Tuhan amanahkan aku untuk sentiasa berhijrah dari buruk kepada baik. Segalanya berpunca daripada diriku bukan dari siapa-siapa.
  • Setiap apa kegagalanku adalah berpunca daripada diriku sendiri. Mungkin saja di masa lalu terlalu banyak hutangku pada dunia. Etika kemanusiaan dilanggari. Pada saat yang tidak dituntut, aku mencemari hukum alam demi kepentingan diri. Mengambil kesempatan ke atas sesuatu demi kepentingan sendiri. Dan tindakkan seperti itu sebenarnya mengundangku kepada kegagalan. Kegagalan itu adalah pembayaran yang harus aku akur.
  • Setiap penderitaanku itu adalah hanya berpunca daripada diriku. Bukan dari orang lain. Aku keracunan makanan adalah disebabkan kecuaianku dalam mendapatkan makanan. Aku sakit kerana ketidakpedulianku pada penjagaan kesihatan. Aku kehilangan sesuatu yang berharga kerana aku yang tidak menghargainya sewaktu aku memilikinya.
  • Setiap permasalahan dan kekalutan itu hanyalah perbuatan dariku. Mungkin saja keegoanku dan kesilapanku di masa lalu menyebabkan sesuatu yang seharusnya mengikut hukum alam menyimpang dan tidak seimbang menjadikan satu masalah dan kekalutan dalam hidupku. Ia berpunca daripadaku. Bukan dari orang lain.
  • Aku dibebani hutang bukan kerana siapa-siapa. Tapi kerana kecuaian dan kealpaanku dalam menikmati rezeki. Hinggakan aku terlupa pada nasib orang yang tidak berkemampuan.
  • Aku tidak pandai dan tidak berkebolehan itu adalah kerana sikap dan tindak tanduk ku dahuju yang meremehkan usaha untuk mempelajari ilmu sesungguhnya. Bukan salah seorang guru atau ibubapa. Salah diriku yang tidak merebut peluang yang hanya pada masa itu saja aku miliki untuk belajar sungguh-sungguh dan mengambil sebanyak mana ilmu yang ada. Kerana suatu hari nanti bila dewasa aku akan dibebani tanggungjawab yang besar. Pada masa itu tidak ada masa lagi seperti di masa remaja dulu untuk menuntut ilmu asasi.
  • Aku bernasib malang adalah berpunca daripada sikap dan perbuatanku yang dahulu. Mungkin saja aku membebani keluargaku. Mungkin saja aku merampas hak orang lain. Dan Tuhan memberi malang itu kepadaku sebagai pembalasan. Tiada alasan munasabah untuk mempersalahkan sesiapa.
  • Seorang yang penting dalam hidup meninggalkanku adalah berpunca daripadaku. Bukan salah orang ketiga. Bukan salah keadaan. Bukan salah dirinya. Pastinya salah diriku. Kerana dirikulah dia meninggalkanku. Mungkin saja sikapku. Mungkin saja ego ku. Mungkin saja silapku.
  • Sememangnya aku berdosa dan menzalimi diriku sendiri. Adalah lebih berdosa lagi bagiku jika aku menyalahkan orang lain atas salah silap dariku.
  • Aku sememangnya pendosa. Manusia mempunyai hak untuk mencemuh dan menghina bukan kerana aku yang berdosa. Tetapi kurniaan Tuhan kepadanya untuk bercakap dan melemparkan kata-kata. Padahal mereka tidak mengetahuipun perkara sebenar dan sisih gelap seseorang itu. Aku sememangnya pendosa. Tapi aku yakin Tuhan itu Maha Mengerti dan Mengetahui. Sebelum saja aku melakukannya Dia sudah mengetahuinya. Tuhan berpesan tidak semestinya apa yang manusia lihat itu sepertinya jahat maka ianya jahat. Dan tidak semestinya yang rupanya baik itu fitrah sebenarnya baik. Yang jahat dipandangan mungkin saja sebenarnya baik. Yang baik itu mungkin saja hakikatnya jahat. Dan hanya Allah saja yang mengetahui segalanya.
  • Dosa-dosa ini bagiku adalah satu anjakan untukku merenung erti kehidupan yang mulia. Dosa ini memberi pengajaran kepada aku betapa bernilainya mulia itu dan ia perlu dikejar. Dosa ini mengajarku bagaimana rasanya orang lain yang sedang dihina kerana dosanya padahal mereka pun ingin menuju ke alam yang mulia. Dosa itu memberi pelajaran besar padaku tentang rasa dan belenggu pendosa lain yang keliru untuk memilih arah yang dituju. Dosa ini menyedarkan aku akan kehidupanku yang sebenar.
  • Kutukan dan hinaan sememangnya diibaratkan seperti tikaman batu-batuan. Biarlah kita menjadi seperti pokok buah-buah yang enak, pabila kita ditikam dengan batu-batu, buah kita sajikan kepada mereka. Dan mereka menikmatinya dengan sungguh-sungguh. Semoga mereka menyedari akan kekuasaan Tuhan yang menciptakan segala apa yang ada di alam nyata dan tidak nyata.
  • Orang-orang yang lain yang beranggapan diri mereka mulia perlu juga mengerti setiap pendosa itu masih terdapat kata-kata pujian pada Penciptanya dalam saat mereka bergelut dengan belenggu dosanya dengan harapan Tuhan membantu mereka untuk keluar dari belenggu itu. Keluhan mereka tak henti-henti pada Tuhannya tentang betapa peritnya untuk lari dari belenggu dosa itu.
  • Percayalah, untuk menjadi seorang pendosa itu amat perit dugaannya. Perlu disusuli dengan keazaman yang lestari. Namun itu tidak semudah yang disangkakan. Kesukaran itu pula dihujani dengan cacian dan makian.
  • Semoga Allah merahmatiku, pendosa-pendosa yang lain dan orang-orang yang beranggapan mereka itu mulia yang tidak pernah melakukan dosa.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, June 3, 2010

Manusia Hebat?

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 7:10 PM Labels: Omonganku Saja
  • Seseorang itu manusia. Mempunyai pencapaian pendidikan yang tinggi. Mempunyai pekerjaan yang lumayan. Harta yang bertimbunan. Mempunyai zuriat yang ramai. Mempunyai sahabat dan rakan yang ramai. Mempunyai koloni dan pengaruh yang kuat dan ramai. Mempunyai isteri yang baik moleh, pandai, kaya dan hebat. Hanya pujian sesuai untuknya. Berbakat dalam kesenian. Segak bergaya semuanya ada.
  • Tuhan berikannya sedikit saja penyakit cirit birit, sudah dia perit menahan kesakitan walaupun hanya seketika. Tiada apa yang mampu dia lakukan. Padahal dia ada segalanya. Jika ditakdirkan Tuhan cirit birit itu berpanjangan dan berlarutan, maka celakalah dia. Segalanya yang dia ada tidak mampu berbuat apa apa.
  • Tuhan berikannya sedikit rasa demam. Demam yang menyebabkannya terpaksa berehat dan meninggalkan pekerjaan dan aktiviti hariannya selama beberapa hari. Dia mengeluh kesakitan dan tidak menentu rasa hati. Tidak selesa dirasakan sedangkan segalanya yang dia ada seharusnya menjadikan dia selesa. Namun hanya demam saja menjadikan segalanya tidak berguna. Wang yang ada tidak mampu dibelanjakan untuk berhibur. Sahabat yang ada tidak mampu untuk dilayani. Isteri yang ada tidak mampu untuk diberi batinnya. Segalanya serba serbi tiada. Hanya dengan sedikit demam sahaja, selama beberapa hari segalanya yang setinggi gunung sekelip mata menjadi habuk sebesar zarah yang tiada maknanya.
  • Tuhan memberikan sedikit rasa pening. Manusia sudah merasa kurang enak. Tidak selesa. Serba serbi tidak betul segala perbuatannya. Segalanya yang ada itu tidak mampu menolongnya melewati keperitan yang hanya sedikit itu saja. Dengan hanya menunggu pening itu hilang baru dia dapat menikmati segalanya. Tetapi bagaimana jika pening itu berpanjangan?
  • Tuhan memberikan sedikit luka di tangan mahupun kakinya ketika dia berjalan. Luka itu menyebabkannya merasa tidak selesa. Merasa sakit bila terkena air. Tidak mampu untuk bergerak dengan baik. Serba serbi tidak selesa dirasakan menjadikan keteguhannya menurun. Dengan hanya sedikit luka saja. Sedangkan tubuh badannya sihat dan tegap. Jua tidak mampu untuk mengetepikan rasa sakitnya itu.
  • Siapa kata manusia itu hebat dan kuat?
  • Namun masih lagi manusia berkata besar dan ego dengan kebolehan yang ada. Sedangkan ingin membuang air pun mereka alah dengan kesakitannya. Jangan lagi diceritakan penyakit atau kecederaan yang lain.
  • Merasakan diri hebat menyebabkannya tidak mahu memohon pertolongan orang lain. Merasa takut diungkit jua. Padahal orang mengungkit disebabkan dirinya itu yang tidak berbudi dan tidak pandai mengenang jasa. Ibn Khaldun berkata manusia itu pada fitrahnya memang tidak mampu untuk hidup bersendirian. Dikatakan manusia memerlukan kuali untuk memasak. Mereka masih lagi memerlukan orang yang menggali logam atau membuat besi sekaligus membentuk besi agar ia menjadi kuali. Hakikat nya itu manusia yang memerlukan tidak mampu untuk membuatnya sendirian. Berbudi baik dan mengenang jasa adalah cara yang paling selamat kerana kita tidak akan mampu untuk hidup sendirian.
  • Hanya sesaat cukup bagi Tuhan untuk merampas balik semua yang manusia ada walaupun manusia mengumpul dan memperolehnya mengambil masa yang lama dan menggunakan tenaga serta pengorbanan yang besar. Segalanya hanyalah tidak bernilai
  • Yang bernilai adalah budi suci dan luhur budi yang mana ianya boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira berdarjat atau tidak. Namun, untuk memilikinya perlu bersabar dengan ujian dan dugaan hidup. Tiada ruginya kita bersabar kerana selagi kita hidup selagi itulah kita disajikan dengan dugaan hidup. Cuma mati saja yang akan mengakhiri segala cobaan hidup.
  • Jangan alpa dan ghairah kerana itu menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan budaya hidup.
  • Hanya agama dan moral mampu mengelak keruntuhan budaya dan akhlak
  • Dan sederhana itu adalah yang paling selamat.
  • Bermewahan hanyalah menyiksa diri
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Berjakuk Programme : Pak Imam & Mat Rempit

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 3:46 PM Labels: Omonganku Saja


  • Penghargaan kepada Geng Bas Skolah (GBS) : Me, Edison, Anis, Rudy, Eileen, Leena, Theresa & members jemputan GBS Shieda & Eda.
  • Klip ini disiapkan untuk keperluan Forum GBS yang bertajuk permasalahan etika dalam perniagaan.
  • Last minute GBS turun padang buat shuting klip ini dan selepas itu diedit. Syukur ia sempat siap sebelum hari forum diadakan.
  • walaupun hanya 4 minit, tetapi penyediaannya memakan masa yang lebih dari itu dan juga tenaga yang begitu banyak telah dikerah.
  • Make up Rudy untuk penghayatan watak imam pun bukan senang seperti yang dijangka. Celak mata dari Bunga Raya dan selepas itu pergi ke tempat penggambaran di cempaka. Rudy time tu belum tidur dari malamnya sampai pagi. Tak sangka make upnya berjaya menampakkan hasil pak imam. Kredit to Eileen & aku just buat tanda di dahinya saja. Ia berkesan!
  • Watak mat rempit lebih menumpukan kemampuan sam wat sesuatu yg boleh dikatakan merbahaya. Buat aksi superman atas motor. Kami tidak menekankan persediaan pakaian mat rempit. Hanya menumpukan skil yg dapat ditunjukannya. Ternyata berjaya walaupun hampir-hampir sam terjatuh. Terima Kasih sam.
  • Edit video seperti biasa GBS memerlukan bantuan Azrie. Kali kedua mintak pertolongan yang sama dan kami menyerahkan seluruh kepercayaan kepadanya. Ternyata Azrie tidak mengecewakan kami seperti biasa... terima kasih Azrie.
  • Idea asal cerita dicadang oleh aku sendiri. Namun ada 2 watak tidak dapat dijayakan kerana ketiadaan pelakon yang sesuai dengan watak itu.
  • Antara watak itu ialah watak seorang budak kelantan yang berlagak tidak pandai bercakap bahasa melayu. Hanya pandai bercakap bahasa inggeris. Itupun bahasa inggerisnya itu 120% sleng kelantan. Objektifnya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa adalah perlu kita merasa bangga dengan bahasa dan asal usul kita. Ibu bapa kita dah sah-sah dah orang tempatan, jadi tidak payah lah berlagak tak pandai bahasa ibunda.
  • Watak lain ialah watak nerd. Budak ulat buku yang dipertanyakan tentang permasalah yang dibincangkan.
  • Sesungguhnya pembikinan klip ini adalah antara kenangan manis aku dengan GBS. Secara peribadinya aku merasa puas kerana dapat melakukan sesuatu yang diluar kotak jangkaan orang lain. Bikin klips sendiri dengan idea sendiri.
  • Nampak saja mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Ini adalah projek kami yang kedua. Projek pertama dahulu kami telah menghabiskan banyak kos demi menjamin penghasilan yang berkualiti. Pengurusan dan perancangan haruslah bijak dan realistik dan ia menguji kepekaan kami.
  • Terima kasih kepada GBS kerana mempercayai idea aku.
  • Waaaaaaaaaaaaa... i really miss dis moment.......
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, June 2, 2010

Isu Perkataan Tuhan Samseng & Takbur

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 7:33 PM Labels: Dari Sudut Pandangan Ahli Politik
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

The Destiny of Scorpio

  • Bin Husaini: Sekapur Sirih
  • Bin Husaini : Latar Belakang
  • Bin Husaini : Destiny of Scorpio

Labels

  • Agama (2)
  • Aku.Muzik.Kamu (28)
  • Dari Sudut Pandangan Ahli Politik (5)
  • Diskusi Ekonomi (14)
  • Islam dan Ekonomi (1)
  • Kaki Wayang (1)
  • Keindahan Bahasa Melayu (6)
  • Omonganku Saja (25)
  • Petikan Akhbar (2)
  • Petikan Ayat-Ayat Al- Quran (5)
  • Sejarah (2)

Blog Archive

  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)
  • ►  2009 (17)
    • ►  May (7)
    • ►  June (3)
    • ►  October (1)
    • ►  November (6)
  • ▼  2010 (60)
    • ►  April (1)
    • ►  May (30)
    • ▼  June (9)
      • Isu Perkataan Tuhan Samseng & Takbur
      • Berjakuk Programme : Pak Imam & Mat Rempit
      • Manusia Hebat?
      • Bukan salah siapa-siapa (Aku Pendosa)
      • Tuan Guru Nik Aziz: Press Conference
      • Bahtera Sahabat
      • Buruk Sangka
      • Perjuangan
      • Layu - Malique
    • ►  August (2)
    • ►  September (7)
    • ►  October (1)
    • ►  November (10)
  • ►  2011 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

Followers

My Blog List

  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    1 year ago
  • Never Be Afraid To Voice Out Your Thoughts
    LOCAL INTERNET MARKETING HOUSTON
    7 years ago
  • ~a little bit of everything~
    muka baru
    13 years ago
  • "Man From The Last Century"
    Convocation October 10, 2010
    14 years ago
  • Zaid Ibrahim
    Utusan dah start dah….
    14 years ago
  • yudeelovers download mp3 jadul dan terbaru gratis
  • Che Det
  • Miss_Nie Sulaiman
  • Laman Rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

السلام عليكم ورحمةاالله وبركاتة

Pepatah Arab...

الحِكَمُ لأاوَ مْثَالُ
أنْظُرْ ما قا لَ وَ ل تَنْظُرْ مَنْ قا لَ

"adalah lebih baik bagi kita mendengar apa yang disampaikan (diperkatakan) daripada kita melihat siapa yang menyampaikan"

Deep Thinking

1. Tak kisah siapa pun kita, jadilah yang terbaik. Walaupun sekadar nelayan sara diri, jadilah nelayan sara diri yang terbaik

2. Selalulah berfikiran yang anda adalah mutiara. Pada saat anda berpalit dengan lumpur, sedarlah yang anda masih lagi sebutir mutiara. Pabila hujan membasahi dituruti matahari menyinari, mutiara akan bersinar seperti sedia kala.

3.ISLAM (Dalam 5 perkataan)

I- Indah

S- Sejahtera

L- Lengkap

A- Akhlak

M- Maju

My Top Website

  • http://www.google.com
  • http://www.ntv7.com.my/
  • http://www.onemalaysia.com.my/
  • http://www.tv3.com.my
  • http://www.unimas.my
  • http://www.utusan.com.my
  • http://www.yahoo.com
  • http://www.youtube.com

Bin Husaini

My photo
Dzul Hadzwan Hj Husaini
Bismillahirrahmanirrahim Hadiah pertama yang aku perolehi sewaktu pertama-tama kali menghela udara ialah nama. Ibu bapa ku menghadiahkan nama indah untuk ku. Dzul Hadzwan nama diberi. Begitu lama aku mencari makna disebalik nama ku dan akhirnya aku menemuinya. Dzul membawa maksud yang memiliki. Manakala Hadzwan membawa maksud pemberian. Begitu banyak kurniaan yang telah Tuhan berikan padaku...dan itu adalah amanah dari Tuhan untukku kongsikan bersama saudara-saudara ku yang lain.
View my complete profile

Al Quran Translation With Multiple Languages

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2010 (60)
    • ►  November (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ▼  June (9)
      • Layu - Malique
      • Perjuangan
      • Buruk Sangka
      • Bahtera Sahabat
      • Tuan Guru Nik Aziz: Press Conference
      • Bukan salah siapa-siapa (Aku Pendosa)
      • Manusia Hebat?
      • Berjakuk Programme : Pak Imam & Mat Rempit
      • Isu Perkataan Tuhan Samseng & Takbur
    • ►  May (30)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (7)
  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)

Hadith

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Islamic Hijri Calendar

Search This Blog

Number of Viewers

Free Counters
Phillips Electronics

Clock

Musyawarah and silaturrahmi


ShoutMix chat widget
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com