skip to main | skip to sidebar

The Destiny of Scorpio

Suffering is the payment to get the meaningful of life. The more suffered we are, the more meaningful of life we get. Setiap apa yang berlaku di dunia ini pastinya bersebab. Dan Tuhan itu sentiasa merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk umat manusia

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Saturday, November 21, 2009

The Deregulation: 30% removal of equity Bumiputera in 27 Sub Services Sector

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 1:13 PM Labels: Diskusi Ekonomi


  • Perbentangan yang kedua, GBS telah memilih tajuk 30% pemansuhan ekuiti Bumiputera di dalam 27 Sub Sektok Perkhidmatan. Tajuk yang sangat bersesuaian dan tepat pada masanya untuk kami bentangkan kepada awam. Berikut adalah intipati perbentangan kami.
  • Definisi ekuiti perlu difahami. Ekuity adalah sejenis pemilikan berupa pegangan saham yang memberikan hak kepada pemiliknya untuk mendapat dividen (Brigham & Houston, 2007).
  • Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Menurut YB Naroden (2009), DEB adalah salah satu pendekatan yang digunapakai oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan di mana pengagihan pendapatan di agih secara adil dan saksama (yang dipersetujui oleh semua pihak atas dasar rasional).
  • Foreign Investment Commitee (FIC) Guideline Regulation diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1974 rentetan daripada pengaplikasian DEB demi memastikan dasar itu berfungsi dan mencapai objektifnya. FIC adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia. 4 syarat utama yang digariskan iaitu 1) Equiti hendaklah dimiliki oleh bumiputera sekurang-kurangnya 30%, 2)Syarat pegangan saham, 3)syarat pembangunan aset dan 4)Syarat pekerjaan yang mana perlu memberi pekerjaan kepada pekerja tempatan.
  • Liberalisasi ekonomi memberi kebebasan kepada 2 atau lebih negara untuk saling membuat pelaburan di negara masing-masing tanpa ada sekatan ataupun sekatan yang minimum (Ognivtsey, 2005) .
  • Sebab musabab pemansuhan atau pengecualian syarat ini diperkenalkan ialah permasalahan "Waiver", untuk meningkatkan kecekapan, syarat sedia ada tidak lagi praktikal dan mengenalpasti kos lepas yang tinggi.
  • Fenomena "Ali Baba" telah menyumbang ke arah ketidakcekapan dalam pengaplikasian Polisi.
  • Pengecualian ini adalah satu langkah ke arah liberalisasi ekonomi dan ini diharapkan dapat meningkatkan minat pelabur asing melabur di Malaysia terutamanya melalui FDI.
  • Banyak kajian telah dijalankan yang mana hasil menunjukkan liberalisasi ekonomi menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Namun, ia akan menjadi realistik apabila kerajaan tidak bijak dalam mentadbir ekonomi negara yang mencakupi persekitaran mikroekonomi dan makroekonomi.
  • FDI memberi faedah jangka masa pendek dan jangka masa panjang kepada negara. Pun begitu, polisi untuk meraih faedah jangka masa panjang perlu dititikberatkan. Faedah jangka masa panjang yang dimaksudkan ialah perolehan "technologi transfer".
  • Persekitaran sudah berubah dan ia menuntut ke arah perubahan polisi yang seragam
  • Sudah tibanya masa untuk kita memberi tumpuan kepada keberkesanan dan meningkatkan penglibatan di dalam aktiviti ekonomi terutamanya Bumiputera.
  • Kerajaan juga perlu menunjukkan prestasi pentadbiran negara yang baik supaya liberalisasi ekonomi dapat menganjak ekonomi negara ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bunga Popi

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 12:18 PM Labels: Keindahan Bahasa Melayu

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kecewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telam membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!

Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.

Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Karya Usman Awang 1955


0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, November 20, 2009

Capacity Building for Graduates In Sarawak

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:07 AM Labels: Diskusi Ekonomi
  • Untuk perbentangan pertama, ini adalah tajuk yang kami pilih. Ternyata kami tidak silap memilih tajuk. Banyak perkara yang dapat dibangkitkan dan banyak sudut yang perlu diperhatikan yang mungkin orang lain terlepas pandang. Maka dengan peluang yang ada kami menerokai manfaat program ini ke arah pertumbuhan ekonomi dan juga memaksimumkan kesejahteraan rakyat.
  • Berikut adalah intipati yang terkandung dalam perbentangan kami.
  • Program ini adalah salah satu medium terbaik untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti.
  • Adam Smith dan David Ricardo menegaskan bahawa untuk mencapai kecekapan ekonomi, ia bergantung penuh dengan tenaga kerja. Kecekapan dalam pengeluaran dan kecekapan dalam pengagihan akan membentuk kecekapan pada tahap maksimum. Apabila kecekapan telah tercapai, maka ia akan menhasilkan output yang produktis dan langsung menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Melalui program ini, tenaga kerja yang baru akan dilatih dengan secukupnya dan model latihan yang digunapakai begitu produktif kerana ia member pengalaman kerja yang sebenar dan pendedahan kepada suasana kerja yang realistik. Hipotitis daripada program ini, tenaga buruh yang terlatih akan mendapat peluang dan mampu bersaing di pasaran buruh dan seterusnya mendapat pekerjaan tetap. Say berkata “penawaran akan mewujudkan permintaan”. Untuk itu dengan meningkatkan peratusan pekerjaan, ia secara tidak langsung akan meningkatkan kuasa beli komuniti. Dari itu, permintaan akan meningkat kerana hubungan pendapatan dan permintaan adalah positif di mana apabila pendapatan meningkat, permintaan juga akan meningkat.
  • Modal insan dan modal fizikal antara faktor yang menentukan kecekapan.
  • Seperti yang telah diperjelaskan di atas, melalui usaha meningkatkan peratusan pekerjaan, secara tidak langsung ia akan meningkatkan permintaan dipasaran dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Ia di terangkan dengan jelas di dalam carta alir “Circular-Flow” dan “Smith’s economic development theory” di mana pusingan wang yang cepat akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
  • Kami juga menyelitkan faktor yang menghalang kea rah pencapaian objektif program ini. Dalam jangka masa panjang, sistem pendidikan tempatan masih lagi gagal menghasilkan tenaga buruh yang berdaya saing dan berkualiti. Kata kunci kegagalannya adalah “exam oriented” menjadi budaya. Dalam jangka masa yang pendek, aktiviti melobi, birokrasi dan rasuah menyebabkan pengagihan tidak mencapai tahap kecekapan.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, November 19, 2009

Peringatah Kepada Khalifah Muka Bumi

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 12:39 PM Labels: Petikan Ayat-Ayat Al- Quran
Surah 2 Ayat 30
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Surah 27 ayat 62
"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)."

Surah 35 Ayat 39
"Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifahdi muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka."

Surah 7 Ayat 129
"Kaum Musa berkata: "Kami telah ditindas (oleh Fir'aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah kamu datang. Musa menjawab: "Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu khalifah di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu"

Surah 38 Ayat 26
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan."

Sejauh manakah komitmen anda sebagai khalifah di muka bumi ini?




0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Memetik sedikit Dalil-Dalil di dalam Al Quran yang berkaitan dengan air Susu

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 12:25 PM Labels: Petikan Ayat-Ayat Al- Quran
Surah 16 ayat 66
"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya"

Surah 23 ayat 21
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian daripadanya kamu makan"

Surah 47 ayat 15


"(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?"


Mengapa susu agaknya....???????

Bagi aku susu itu simbol kasih seorang ibu kepada anaknya. Kasih seorang itu begitu murni di sisi Allah. Dan aku suka minum susu. Sebabnya susu itu warnanya putih. Aku suka warna putih.

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Lelaki adalah sebaik-baik Pemimpin

Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:59 AM Labels: Petikan Ayat-Ayat Al- Quran
Tun Dr Mahathir menzahirkan rasa risau nya pabila melihat keadaan semasa sekarang di mana kaum lelaki keterbelakang jika dibandingkan dengan kaum wanita dalam bidang akademik. Begitu ramai wanita yang bijak pandai. Malah lebih pandai dari lelaki. Agak menggusarkan pada suatu saat nanti jika lelaki tidak mampu untuk mengawal wanita. Sedangkan telah menjadi ketetapan Allah bahawasanya yang menjadi seorang pemimpin itu ialah seorang lelaki. Ini adalah hukum Allah. Firman Nya dalam Surah 4 ayat 34:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.


Lelaki, bangunlah dari lena. Kurangkan foya-foya. Hukum Allah perlu dipertahankan....!!!!!!!!!!!!!

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

The Destiny of Scorpio

  • Bin Husaini: Sekapur Sirih
  • Bin Husaini : Latar Belakang
  • Bin Husaini : Destiny of Scorpio

Labels

  • Agama (2)
  • Aku.Muzik.Kamu (28)
  • Dari Sudut Pandangan Ahli Politik (5)
  • Diskusi Ekonomi (14)
  • Islam dan Ekonomi (1)
  • Kaki Wayang (1)
  • Keindahan Bahasa Melayu (6)
  • Omonganku Saja (25)
  • Petikan Akhbar (2)
  • Petikan Ayat-Ayat Al- Quran (5)
  • Sejarah (2)

Blog Archive

  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)
  • ▼  2009 (17)
    • ►  May (7)
    • ►  June (3)
    • ►  October (1)
    • ▼  November (6)
      • Lelaki adalah sebaik-baik Pemimpin
      • Memetik sedikit Dalil-Dalil di dalam Al Quran yang...
      • Peringatah Kepada Khalifah Muka Bumi
      • Capacity Building for Graduates In Sarawak
      • Bunga Popi
      • The Deregulation: 30% removal of equity Bumiputera...
  • ►  2010 (60)
    • ►  April (1)
    • ►  May (30)
    • ►  June (9)
    • ►  August (2)
    • ►  September (7)
    • ►  October (1)
    • ►  November (10)
  • ►  2011 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

Followers

My Blog List

  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    1 year ago
  • Never Be Afraid To Voice Out Your Thoughts
    LOCAL INTERNET MARKETING HOUSTON
    7 years ago
  • ~a little bit of everything~
    muka baru
    13 years ago
  • "Man From The Last Century"
    Convocation October 10, 2010
    14 years ago
  • Zaid Ibrahim
    Utusan dah start dah….
    14 years ago
  • yudeelovers download mp3 jadul dan terbaru gratis
  • Che Det
  • Miss_Nie Sulaiman
  • Laman Rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

السلام عليكم ورحمةاالله وبركاتة

Pepatah Arab...

الحِكَمُ لأاوَ مْثَالُ
أنْظُرْ ما قا لَ وَ ل تَنْظُرْ مَنْ قا لَ

"adalah lebih baik bagi kita mendengar apa yang disampaikan (diperkatakan) daripada kita melihat siapa yang menyampaikan"

Deep Thinking

1. Tak kisah siapa pun kita, jadilah yang terbaik. Walaupun sekadar nelayan sara diri, jadilah nelayan sara diri yang terbaik

2. Selalulah berfikiran yang anda adalah mutiara. Pada saat anda berpalit dengan lumpur, sedarlah yang anda masih lagi sebutir mutiara. Pabila hujan membasahi dituruti matahari menyinari, mutiara akan bersinar seperti sedia kala.

3.ISLAM (Dalam 5 perkataan)

I- Indah

S- Sejahtera

L- Lengkap

A- Akhlak

M- Maju

My Top Website

  • http://www.google.com
  • http://www.ntv7.com.my/
  • http://www.onemalaysia.com.my/
  • http://www.tv3.com.my
  • http://www.unimas.my
  • http://www.utusan.com.my
  • http://www.yahoo.com
  • http://www.youtube.com

Bin Husaini

My photo
Dzul Hadzwan Hj Husaini
Bismillahirrahmanirrahim Hadiah pertama yang aku perolehi sewaktu pertama-tama kali menghela udara ialah nama. Ibu bapa ku menghadiahkan nama indah untuk ku. Dzul Hadzwan nama diberi. Begitu lama aku mencari makna disebalik nama ku dan akhirnya aku menemuinya. Dzul membawa maksud yang memiliki. Manakala Hadzwan membawa maksud pemberian. Begitu banyak kurniaan yang telah Tuhan berikan padaku...dan itu adalah amanah dari Tuhan untukku kongsikan bersama saudara-saudara ku yang lain.
View my complete profile

Al Quran Translation With Multiple Languages

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (60)
    • ►  November (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (9)
    • ►  May (30)
    • ►  April (1)
  • ▼  2009 (17)
    • ▼  November (6)
      • The Deregulation: 30% removal of equity Bumiputera...
      • Bunga Popi
      • Capacity Building for Graduates In Sarawak
      • Peringatah Kepada Khalifah Muka Bumi
      • Memetik sedikit Dalil-Dalil di dalam Al Quran yang...
      • Lelaki adalah sebaik-baik Pemimpin
    • ►  October (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (7)
  • ►  2008 (10)
    • ►  December (10)

Hadith

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Islamic Hijri Calendar

Search This Blog

Number of Viewers

Free Counters
Phillips Electronics

Clock

Musyawarah and silaturrahmi


ShoutMix chat widget
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com