- Really need sum1 4 me to talk
- collapse again...?? plz don't....
- i smell i cant stand anymore
Monday, November 22, 2010
Friday, November 19, 2010
Sebesar mana rasa sayang yang disimpan...
Selama mana rasa sayang yang di pelihara...
Sebanyak mana kenangan yang tercipta....
Sehebat mana perancangan yang dicaturkan....
Sedahsyat mana janji jaminan yang diucapkan.....
Hakikatnya.....
Hanya satu saat mampu merobah segalanya...
Tiada jaminan untuk semua itu....
Manusia gampang berubah arah....
Memikirkan bagaimana hari-hari yang seterusnya tanpanya...
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 10:14 AM Labels: Omonganku Sajake mana saja dituju...pasti jua ke situ
Bila kau ingin lupakan aku
ku tak tahu apalah daya
Sunday, November 14, 2010
Tetap Berusaha Untuk Terus Tenang Di Saat Keadaan Berputus Asa
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 9:11 PM Labels: Omonganku SajaTuesday, November 9, 2010
"Aku ingin kau tahu bahawasanya telahku celakakan diriku demi kamu"
"Oku raan mu-u pu-an de oku moh ngabos odop kuk saan mu-u"
"Aku arek ku’e ngerti seng aku wes mencelakakan orep’e aku kerno ku’e"
"Wo xiang rang ni zhi dao, wo wei le ni er xi sheng le zhi ji"
"Aku kak madah ke nuan,stegal nuan aku sanggup munuh diri"
"Unnal en ethirkalam aliyapathathu enbathai nee theriuthakolla aasai padukiren"
"Ku luk mo tao…ko menak celaka ku debei buyak mo"
Tuesday, September 21, 2010
Ceritera Ahmad Sayang bin Cinta
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 10:14 AM Labels: Omonganku SajaDi sebuah pulau terdapat sekumpulan penduduk yang tinggal di situ. Mereka hidup bersama-sama menikmati rezeki yang begitu terhad di dalam kawasan pulau kecil itu. Antara penduduk yang tinggal di suti ialah Ahmad Gumbira, Ahmad Sedih, Ahmad Ilmu, Ahmad Sayang, Ahmad Masa, Ahmad Kaya dan Ahmad Sombong.
Suatu hari pulau itu telah ditakdirkan oleh Tuhan akan tenggelam akibat banjir besar. Ke semua mereka sibuk membuat kapal dan perahu untuk meninggalkan pulau itu mencari kawasan yang lebih selamat kecuali Ahmad Sayang. Ahmad Sayang yang hanya masih berada di situ menanti keajaiban Tuhan untuk menghalang banjir besar melanda. Dia tetap bertahan sehinggalah ke saat-saat yang dikatakan tiada harapan untuk bertahan.
Sampai suatu saat, pulau itu hamper-hampir tenggelam, Ahmad Sayang mengambil keputusan untuk meminta pertolongan.
Datanglah Ahmad Kaya dengan kapal mewah dan besarnya berlalu di depan Ahmad Sayang. Ahmad Sayang berkata “Kaya…Kaya….boleh tak kau tompangkan aku sekali naik kapal ko?” Ahmad Kaya menjawap, “Tak boleh lah Sayang. Dalam kapal aku ini terlalu banyak emas dan perak. Tidak ada lagi ruang untuk aku tompangkan kau.”
Ahmad Sayang pun redha. Selepas itu dia melihat Ahmad Sombong lalu di depanya dengan kapal indah. Ahmad Sayang pun berkata, “Sombong…Sombong….boleh tak aku tompang kau ke suatu tempat yang selamat?” Ahmad Sombong menjawap, “Ah! tak boleh…ko tu dah basah kuyup…nanti rosak kapal aku..pi cari orang lain.”
Tiba-tiba Ahmad Sedih dengan kapalnya menghampiri Ahmad Sayang. Dia pun memohon pertolongan kepada Ahmad Sedih, “Sedih..sedih….tolonglah aku bawakan aku ketempat yang selamat.” Ahmad Sedih menjawap, “Sayang, bukan aku tak nak tolong, tapi hari ini aku sangat sangat sedih dan aku ingin bersendirian. Maafkan aku Sayang.”
Tidak lama kemudian datang lagi Ahmad Gumbira. Ahmad Sayang terpekik-pekik minta tolong. Tapi Gumbira tidak menghiraukan panggilan itu kerana dia terlalu gembira pada hari itu.
Tiba-tiba Ahmad Sayang terdengar suara berkata “Sayang, mari naik ke kapal aku.” Melihat kapal itu, Sayang pun terus naik dan kapal itu ibarat bergerak sendiri. Sayang terlupa untuk bertanya siapakah gerangan empunya suara itu. Sampai saja ditempat yang selamat, kapal itu terus pergi. Sayang masih tertanya-tanya siapakah gerangan orang itu. Ahmad Sayang pun bertanya kepada Ahmad Ilmu, “Ilmu…Ilmu…kau tau tak siapa yang tolong aku tadi.” Ilmu menjawap, “dialah Ahmad Masa”. “Masa???”…Sayang kehairanan…Sayang bertanya kembali “Kenapa Masa menolongku?” Ilmu tersenyum dan menjawap “Hanya Masa yang mampu untuk memahami betapa Sayang (Kasih sayang dan cinta) itu berharga dalam hidup manusia.”
Saturday, September 18, 2010
Dalam Sekelip Mata Hidup Manusia Boleh Berubah
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 7:13 PM Labels: Omonganku SajaSeorang pemuda kesepian dalam sekelip mata hidupnya berubah akan hadirnya seorang cinta di suatu saat pertemuan. Hari-hari esoknya diserikan dengan kelibat sang hawa yang dicintai yang memberi harapan besar di masa akan datang.
Sepasang suami isteri dalam sekelip mata hidupnya berubah pabila lahirnya seorang anak yang menjadi satu amanah besar kepada mereka dalam mencorakkannya menjadi manusia berguna. Hari-hari esok bertambah lagi satu perkara yang perlu difikirkan iaitu kebajikan anaknya.
Seorang isteri dalam sekelip mata hidupnya berubah pabila suaminya melafazkan talak demi mengejar memenuhi nafsu lelaki yang tanpa henti diibaratkan semua wanita di dunia harus dimiliki. Hari-hari esok seorang isteri bertukar menjadi hari-hari seorang janda dan juga ibu tunggal.
Seorang sahabat dalam sekelip mata hidupnya berubah pabila takdir menentukan seorang sahabat karibnya pergi menyahut seruan kepulangan ke rahmatullah. Hari-hari esok dirasakan ada sedikit kekurangan yang tidak akan dapat dipenuhi oleh sesiapapun melainkan sahabat nya itu kembali dihidupkan..namun ianya tidak mungkin berlaku.
Seorang jutawan yang kaya raya dalam sekelip mata muflis kerana iklim ekonomi yang tidak dapat dijangka mendatangkan musibah kepada ekonomi global. Kerakusan dalam menikmati kekayaannya menyebabkan dia alpa untuk berjaga-jaga. Hari-hari esoknya dilewati rasa pedih sebagai seorang fakir yang merangkak untuk kembali pulih. Tatkala itu dia menginsafi bagaimana rasanya hidup seorang yang tidak berharta.
Sebuah keluarga yang miskin dalam sekelip mata hidup mereka berubah pabila seorang anaknya berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat tertinggi dan menjadi seorang yang terpenting kepada masyarakat. Hari-hari esok nya mereka menikmati bersama-sama kenikmatan daripada usaha yang sekian lama diusahakan. Mereka menginsafi saat-saat mereka susah dan sentiasa bersederhana dalam menikmatinya. Di hati mereka berjaga-jaga kerana bila-bila masa mereka jatuh ke tempat asal.
Jangan berhenti berharap.....
Monday, September 6, 2010
Awan : Tok, gimana caranya kita mau tahu sosok orang itu memiliki ilmu yang tinggi dan pintar.
Tok Guru : Hmmm….carikan saya 2 tin yang kosong…kemudian kamu kembali ke sini. Sebelum itu, satu tin diisikan dengan tanah atau pasir ataupun air. Isikan sampai penuh. Satu lagi biarkan ianya kosong.
Awan : Baik tok…
(Setelah puas mencari…..)
Awan : Tok ini 2 tin satunya berisi penuh dengan tanah. Satu tidak berisi apa-apa pun
Tok Guru : Terima kasih. Perhatikan dengan teliti awan. Sekarang saya pukul tin yang diisi penuh dengan tanah. Dengar bunyinya kayak apa. …….. Sekarang pula saya mau pukul tin yang kosong ini. Dengar bunyinya kayak apa pula….Setelah mendengar kedua-dua bunyi itu, apa pengertianmu?
Awan : Menurut saya tin berisi penuh itu enak lagi didengarnya walaupun bunyinya enggak kuat. Kalo tin yang tidak berisi itu bunyinya agak kurang enak..bising banget.bisa sakit telinga mendengarnya jika berterusan dipukul.
Tok Guru : Hemhemhem..(Sambil mebelai janggut)….Awan…. Begitu jugalah dengan manusia. Seperti tin yang itu. Manusia yang padat dengan ilmu pengetahuan, mereka kurang untuk bersuara tapi satu kali mereka bersuara maka kata-kata mereka itu amat bermakna dan penuh dengan pengisian. Padahal, manusia yang dadanya kosong dengan ilmu, mereka akan selalu bising bersuara. Ia lah, ada saatnya memberontak, bikin ributan, bikin berantakan dan apa-apa aja yang mendatangkan keadaan yang kurang enak didengar. Mereka banyak mengeluarkan kata-kata dan bersuara..dukacita..amat sedikit pengertian dari apa yang mereka ngomong. Paling teruk, tidak sedikitpun ada makna dalam apa yang mereka katakan.
Awan : …………………………………….
Tok Guru : Begitulah Awan……. Pada saat seseorang itu taksub dengan ilmunya, dia alpa dan riak dengan kepintarannya. Sebenarnya di dadanya masih kosong. Maka sia-sia saja ilmu yang dia pelajari. Seeloknya, ikhlaslah dalam menuntut ilmu agar ilmu itu meresap ke dalam dada dan memberi kesedaran kepada kita tentang kebesaran Allah S.W.T
Tuesday, June 8, 2010
Perjuangan seorang ibu yang mengandungkan anaknya sehingga lahir. Perjuangannya menjaga kandungannya dalam tempoh 9bulan bukan sekadar menjaga kesihatan kandungannya sahaja tetapi sejak di dalam kandungan lagi ibu berjuang mendidik anak dalam kandungannya supaya ilmu baik telah mengalir di dalam darah dan roh si anak. Begitulah perjuangan seorang ibu mengandung.
Juga dikatakan perjuangan seorang ibu mendidik dan menjaga anaknya sejak kecil sampai dewasa. Memastikan mereka menjalani hidup dengan cukup sempurna dengan mendapat nafkah dan ilmu sebagai bekalan hidup.
Perjuangan seorang isteri menjaga makan minum suaminya yang sedang sibuk mencari nafkah untuk menanggung keluarga dan anak-anak.
Perjuangan seorang suami dan bapa mencari nafkah yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak agar mereka dapat memenuhi keperluan asas kehidupan sebagai seorang manusia.
Perjuangan seorang anak menjaga nama baik keluarga dan mengenang jasa orang tuanya yang telah bertaruh nyawa demi memastikan seorang anak hidup selamat di dunia.
Perjuangan seorang pelajar atau siswa dalam menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan modal berjuang di dalam pasaran buruh. Perjuangan bukan sahaja lulus dalam pelajaran tetapi memastikan ilmu yang diperolehi mampu dipraktikkan dan digunakan sebaik mungkin.
Perjuangan seorang pengangur mencari sumber pendapatan untuk menyara kehidupannya dan belajar tentang erti kehidupan. Perjuangan yang hidangi dengan kutukan dan cemuhan.
Perjuangan seorang siswa menyiapkan thesisnya untuk memastikan dia berkelayakan untuk bergraduat. Perjuangan yang murni apabila adanya kesungguhan dan ketulusan membuatnya sehingga siap dengan usahanya sendiri.
Perjuangan seorang pekerja (tidak kira apa-apa pekerjaan) yang mencari nafkah setiap hari semata-mata untuk mendapat rezeki setiap bulan. Rezeki yang amat diperlukan untuk menampung kos hidup dan yang penting untuk membayar hutang yang keliling pinggang.
Perjuangan seorang kekasih dalam mencari sumber kewangan yang cukup untuk menjalinkan ikatan yang sah dengan seseoran yang dicintainya dengan ikatan perkahwinan.
Perjuangan seorang Islam menjaga dan mempertahankan maruah agama Islam. Bukan setakat itu, yang paling penting adalah meletakkan agama Islam di tempat yang sepatutnya seperti mana zaman kegemilangan Islam dahulu.
Perjuangan seorang Islam mengasah ilmu hingga menjadi cendiakawan dan ilmuan. Dengan harapan agar orang menghormati dan meminati Islam sebagai Ad-Din.
Perjuangan seorang yang sakit untuk sembuh dari penyakitnya dengan tabah mengharungi keperitan demi melawan penyakitnya. Hanya maut saja dapat memberhentikan perjuangannya untuk terus hidup.
Perjuangan seorang sahabat membantu sahabatnya yang seakan-akan tidak berkeupayaan untuk meneruskan hidup dengan berusaha sedaya yang boleh sekurang-kurangnya sahabatnya itu mampu untuk berdiri sendiri dan kembali berjuang untuk meneruskan hidup.
Perjuangan seorang anak sulung dalam keluarga dalam menjaga keluarganya apabila ibu dan bapanya sudah tua dengan bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan keluarganya cukup makan dan pakaian.
Perjuangan seorang guru mendidik anak murid nya agar menjadi insan berilmu bukan hanya besandarkan penerimaan gaji.
Perjuangan seorang CEO demi memastikan perniagaan majikannya sentiasa maju dan menguntungkan. Keuntungan itu amat-amat penting untuk mengagih kekayaan itu kepada rakan kongsi dan pekerja-pekerja yang lain.
Sememangnya perjuangan itu bermacam-macam jenis. Perjuangan murni dikatakan apabila ianya dilakukan dengan kesungguhan beserta kemurnian hati (integiriti). Perjuangan akan tercemar apabila ia diusahakan dengan jalan yang salah dan tidak bermaruah.
Apa saja jenis perjuangan, lakukanlah dengan berintegriti dan berniat murni. Jangan sekali-kali pentingkan diri sendiri kerana dalam masa yang sama masih ramai lagi yang berjuang pada perkara yang sama. HUTANG KEPADA DUNIA ADALAH RUGI YANG TIDAK TERKATA.
Jangan sekali-kali mempersendakan perjuangan orang lain....walaupun perjuangan kita berbeza, namun perasaan kita tetap sama ingin menjalani kehidupan dengan penuh makna
Saturday, June 5, 2010
Tuah seorang yang bijak pandai. Dia berpeluang belajar sampai ke menara gading. Dia berilmu dan berpengetahuan. Namun Jebat tidak sehebat itu. Tidak berpeluang untuk belajar sampai ke menara gading. Tuah selalu mendorang Jebat untuk terus berusaha dalam pelajaran. Tambahan lagi Jebat kurang sedikit ilmu dan pengetahuan dari Tuah. Jebat iri hati dengan Tuan. Jebat mempunyai perasaan yang tidak mahu kalah dengan Tuah. Dengan rasa iri hatinya Jebat berusaha untuk melebihi Tuah dengan apa cara sekalipun. Jebat sememangnya tidak mampu untuk bersaing dengan Tuah dalam pelajaran. Jadi Jebat nekad untuk berada lebih dari Tuah dalam bidang lain. Jebat berjaya. Jebat menunjuk-nunjuk kepada Tuah akan kelebihannya yang mana Tuah tidak mampu berbuat itu. Hingga kadang-kadang Tuah merasa kecil hati dengan perbuatan Jebat. Jebat melakukan itu bukan untuk dirinya tetapi untuk melepas rasa iri hatinya. Sedangkan mereka bersahabat.
Jebat mempunyai seorang kekasih yang cantik dan pandai. Atas nama sahabat, Jebat memperkenalkannya kepada Tuah. Tuah melihat jebat dengan kekasihnya begitu mesra. Tuah merasa sedih kerana dia tidak lagi mempunyai kekasih dan dia iri hati melihat kemesraan Jebat dengan kekasih nya. Tuah merasakan dirinya lebih hebat dari Jebat tambahan lagi dia berpelajaran dari Jebat dan mungkin Tuah merasakan dirinya lebih tampan dari Jebat, Tuah mula merapati dirinya dengan kekasih Jebat. Tuah berbuat sedemikian bertujuan agar kekasih jebat dapat melihat perbezaan antara dia dan Jebat siapa lebih hebat. Ini kerana Tuah juga tidak mahu kalah dengan Jebat. Tuah tidak menghiraukan perasaan sahabatnya Jebat dan terus berbuat begitu hinggakan Jebat merasa sakit hati dengan perbuatannya. Jebat merasakan dirinya kecil dan tidak seperti Tuah. Jebat sedih dengan perbuatan Tuah itu. Padahal Tuah itu sahabatnya.
Tuah selalu saja menceritakan tentang kebaikan Jebat dengan orang lain. Tuah mengangkat tinggi nama Jebat. Segala keburukan Jebat disembunyikannya. Adapun Jebat melakukan kesilapan, maka Tuah merasa tanggungjawapnya "back up" Jebat atas nama menjaga maruah sahabat. Jebat tidak mengetahui perkara itu. Dalam masa yang sama Jebat sibuk menyatakan keburukan Tuah dan memburuk-burukkannya. Bila masa Tuah melakukan kesilapan, dalam hati Jebat berkata "padan dengan muka mu". Jebat membiarkan saja agar semua orang tahu Tuah itu tidak baik. Suatu ketika Jebat menziarahi kawan-kawannya yang mana kawan Tuah juga. Kawan-kawannya itu menceritakan tentang kebaikan Jebat dan memuji nya. Jebat hairan dan bertanya dari mana perkhabaran itu datang. Mereka menjawap Tuah selalu memujimu Jebat. Jebat tunduk dan malu dengan dirinya sendiri. Jebat bergegas mencari Tuah. Jebat memberi senyuman riang dan mempelawa Tuah untuk meluangkan masa dengannya. Jebat ingin menebus silapnya dan membawa Tuah untuk bersuka ria dan makan-makan. Jebat kata pada Tuah, aku banyak buat salah dengan kamu..hari ini aku belanja kamu makan. Tuah pun kata, rezeki tak baik ditolak.
Suatu hari Tuah dan Jebat pergi kursus penternakan selama 6 bulan di Kedah. Selama mereka di sana, mereka duduk di rumah sewa. Sepanjang tempoh itu Jebat yang selalu menyediakan makanan dan memasak untuk Tuah. Jebat begitu teliti dan cermat menyediakan makanan. Jebat tahu Tuah alah makanan apa. Dan Jebat amat mengambil berat perkara itu. Berkenaan dengan makanan, Jebat yang bertanggung jawab. Selepas selesai kursus, mereka pulang ke kampung halaman. Tidak lama kemudian berlaku satu peristiwa yang mengelirukan Tuah yang mana Jebat seakan-akan tidak bertanggung jawab di atas apa yang disebut dan dijanjikannya. Tuah mencemuh di belakang Jebat dan mengutuknya sebagai orang yang tidak bertanggung jawap. Padahal Jebat mempunyai alasan tersendiri berbuat sedemikian. Jebat kecewa dengan keadaan itu kerana sebelum ini Jebat sangat menjaga tanggung jawap jika dibandingkan dengan Tuah. Suatu masa dahulu Tuah pernah meninggalkan tanggung jawap nya dan pada masa itu Jebat yang mengambil alih tanggung jawap itu atas dasar tolong kawan. Tetapi Tuah beranggapan dirinya hebat, pandai dan baik, dia tidak terfikir akan kesilapannya dahulu dan terus mempersalahkan orang.
Suatu hari, Jebat kelaparan dan tidak mempunyai wang. Tuah berkata ambillah sedikit wang ini untuk membeli makanan. Jebat sangat-sangat berterima kasih dengan Tuah. Tuah berkata kita kan sahabat, susah kamu susah ku jua. Hari ini hari kamu, entah esok entah lusa hari aku pula. Pada suatu hari yang berikutnya, Tuah telah dirompak dan semua wangnya telah dicuri. Tuah merahsiakan perkara itu kepada Jebat. Namun ternampak Tuah seperti mempunyai masalah kewangan dan Jebat menyedarinya. Namun Jebat tidak begitu bermurah hatinya untuk menghulurkan bantuan. Jebat kata tunggulah Tuah sendiri yang memohon pertolongan, baru aku tolong. Kalau dia tidak mintak tolong, aku tidak tolong lah. Selamat lah duit aku. Tuah dengan cekal hatinya terus merahsiakan kejadian itu kerana bimbang Jebat susah hati. Padahal Jebat tahu Tuah seperti ada masalah kewangan tetapi titak tahu yang Tuah dirompak. Dan suatu ketika dahulu Jebat mengakui Tuah itu sahabatnya.
Jebat memasuki satu pertandingan tetapi Tuah tidak mengetahuinya kerana Tuah dengan sibuk dengan pelajarannya di menara gading. Jebat menang dalam pertandingan itu. Tuah mengetahuinya dari kawan-kawan yang lain. Tuah tunduk dan cemburu dengan Jebat. Tuah pura-pura tidak tahu dan tidak ingin pun mengucapkan tahniah kepada Jebat. Pada saat Jebat memberitahunya sendiri kepada Tuah, Tuah memaksa diri untuk gembira dan mengucapkan tahniah. Jebat perasan dengan perbuatan Tuah itu. Jebat sedih sedangkan Tuah itu sahabatnya.
Tuah seorang yang pandai. Ramai orang yang merujuk kepadanya tentang pelajaran. Bertanyakan tentang masalah ilmiah dan meminta pendapat. Jebat sepatutnya bersyukur dan gembira kerana ada kawan seperti Tuah. Jebat boleh mendapat pendpat Tuah pada bila-bila masa. Tetapi, Jebat cemburu dan iri hati dengan Tuah. Jebat tidak mahu bertanya-tanya dengan Tuah kerana ego dan cemburunya. Tuah kecewa kerana Jebat tidak mahu ditolonginya sedangkan orang lain berduyun-duyun berjumpa dengannya.
Tuah dan Jebat telah ditakdirkan bersahabat. Tetapi mereka saling mencari salah silap, kekurangan dan keburukan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah dan kurang. Masing-masing mahu jadi juara dan hebat. Tanpa mereka menyedari sebenarnya mereka saling tikam menikam pedang dan masing-masing merasa sakit.
Cerita ini sekadar untuk renungan semata-mata. Tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak. Ianya adalah rekaan dan imajinasi ku sahaja. Jika difikirkan kebaikan maka ianya menjadi baik kepada kita. Jika difikir buruk maka kita akan mengambil buruk padanya.
Moral of the story, aku senaraikan hadis-hadis yang berkait dengan seseorang yang bernama sahabat..untuk renungan.....
-Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri : Riwayat Bukhari & Muslim
-Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli daripadanya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya. Tetapi sahabat yang tidak baik diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk darinya : Riwayat Bukhari & Muslim
-Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang : Hamka
-Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari : Saidina Ali
-Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya: Riwayat Al-Hakim
-Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur : Riwayat Muslim
-Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya : Rewayat Muslim
Seseorang itu adalah mengikut agama temanya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya : Riwayat Abu Daud
-Al-Qamah R.A menasihatkan kepada anaknya..."Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut : 1)Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabat, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. 2)Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau membantumu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). 3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau membantumu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. 4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Friday, June 4, 2010
Bukan salah siapa-siapa (Aku Pendosa)
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 1:46 AM Labels: Omonganku Saja- Yang baik itu pastinya datang dari Tuhan Malikul Mulk. Yang tidak baik itu pastinya datang dariku sendiri takkira kekuranganku atau kelebihanku.
- Mungkin saja orang yang merasa kecewa dengan ku sekarang masih lagi memarahi ku, aku akui ianya datang daripada diriku. Aku dijadikan Tuhan sebegini dan aku diamanahkan untuk membentuk diri dan membawa diri ke arah jalannya. Namun segala tindakanku yang salah dan kekuranganku menyebabkan mereka kecewa. Kepada mereka, di sini aku mengakui segalanya punca daripadaku. Aku tidak menuding jari kepada kamu dan siapa-siapa sahaja.
- Mungkin saja aku berdosa kepada orang lain. Yang pastinya itu adalah punca daripadaku. Tiada siapa yang mampu melakukannya melainkan aku sendiri. Tiada alasan munasabah untuku menuding jari pada sesiapa.
- Setiap apa musibah dan kejadian yang tidak diingini berlaku dalam hidup ku it adalah berpunca daripada diriku sendiri. Bukan dari orang yang memfitnahku. Bukan dari orang yang dengki padaku. Bukan dari orang yang dendam padaku. Bukan dari orang yang tidak menyukaiku. Bukan dari siapa siapa. Orang memfitnahku mungkin kerana sikap dan tindak tandukku yang lalu atau saja karma. Orang yang dengki padaku mungkin saja kerana sikapku yang berlebihan dimasa lalu. Orang yang dendam padaku mungkin saja kerana kesilapanku dalam mengadili memutusi sesuatu perkara di masa lalu. Orang yang tidak menyukaiku mungkin saja kerana sikap ku yang sebegini di mana telah Tuhan amanahkan aku untuk sentiasa berhijrah dari buruk kepada baik. Segalanya berpunca daripada diriku bukan dari siapa-siapa.
- Setiap apa kegagalanku adalah berpunca daripada diriku sendiri. Mungkin saja di masa lalu terlalu banyak hutangku pada dunia. Etika kemanusiaan dilanggari. Pada saat yang tidak dituntut, aku mencemari hukum alam demi kepentingan diri. Mengambil kesempatan ke atas sesuatu demi kepentingan sendiri. Dan tindakkan seperti itu sebenarnya mengundangku kepada kegagalan. Kegagalan itu adalah pembayaran yang harus aku akur.
- Setiap penderitaanku itu adalah hanya berpunca daripada diriku. Bukan dari orang lain. Aku keracunan makanan adalah disebabkan kecuaianku dalam mendapatkan makanan. Aku sakit kerana ketidakpedulianku pada penjagaan kesihatan. Aku kehilangan sesuatu yang berharga kerana aku yang tidak menghargainya sewaktu aku memilikinya.
- Setiap permasalahan dan kekalutan itu hanyalah perbuatan dariku. Mungkin saja keegoanku dan kesilapanku di masa lalu menyebabkan sesuatu yang seharusnya mengikut hukum alam menyimpang dan tidak seimbang menjadikan satu masalah dan kekalutan dalam hidupku. Ia berpunca daripadaku. Bukan dari orang lain.
- Aku dibebani hutang bukan kerana siapa-siapa. Tapi kerana kecuaian dan kealpaanku dalam menikmati rezeki. Hinggakan aku terlupa pada nasib orang yang tidak berkemampuan.
- Aku tidak pandai dan tidak berkebolehan itu adalah kerana sikap dan tindak tanduk ku dahuju yang meremehkan usaha untuk mempelajari ilmu sesungguhnya. Bukan salah seorang guru atau ibubapa. Salah diriku yang tidak merebut peluang yang hanya pada masa itu saja aku miliki untuk belajar sungguh-sungguh dan mengambil sebanyak mana ilmu yang ada. Kerana suatu hari nanti bila dewasa aku akan dibebani tanggungjawab yang besar. Pada masa itu tidak ada masa lagi seperti di masa remaja dulu untuk menuntut ilmu asasi.
- Aku bernasib malang adalah berpunca daripada sikap dan perbuatanku yang dahulu. Mungkin saja aku membebani keluargaku. Mungkin saja aku merampas hak orang lain. Dan Tuhan memberi malang itu kepadaku sebagai pembalasan. Tiada alasan munasabah untuk mempersalahkan sesiapa.
- Seorang yang penting dalam hidup meninggalkanku adalah berpunca daripadaku. Bukan salah orang ketiga. Bukan salah keadaan. Bukan salah dirinya. Pastinya salah diriku. Kerana dirikulah dia meninggalkanku. Mungkin saja sikapku. Mungkin saja ego ku. Mungkin saja silapku.
- Sememangnya aku berdosa dan menzalimi diriku sendiri. Adalah lebih berdosa lagi bagiku jika aku menyalahkan orang lain atas salah silap dariku.
- Aku sememangnya pendosa. Manusia mempunyai hak untuk mencemuh dan menghina bukan kerana aku yang berdosa. Tetapi kurniaan Tuhan kepadanya untuk bercakap dan melemparkan kata-kata. Padahal mereka tidak mengetahuipun perkara sebenar dan sisih gelap seseorang itu. Aku sememangnya pendosa. Tapi aku yakin Tuhan itu Maha Mengerti dan Mengetahui. Sebelum saja aku melakukannya Dia sudah mengetahuinya. Tuhan berpesan tidak semestinya apa yang manusia lihat itu sepertinya jahat maka ianya jahat. Dan tidak semestinya yang rupanya baik itu fitrah sebenarnya baik. Yang jahat dipandangan mungkin saja sebenarnya baik. Yang baik itu mungkin saja hakikatnya jahat. Dan hanya Allah saja yang mengetahui segalanya.
- Dosa-dosa ini bagiku adalah satu anjakan untukku merenung erti kehidupan yang mulia. Dosa ini memberi pengajaran kepada aku betapa bernilainya mulia itu dan ia perlu dikejar. Dosa ini mengajarku bagaimana rasanya orang lain yang sedang dihina kerana dosanya padahal mereka pun ingin menuju ke alam yang mulia. Dosa itu memberi pelajaran besar padaku tentang rasa dan belenggu pendosa lain yang keliru untuk memilih arah yang dituju. Dosa ini menyedarkan aku akan kehidupanku yang sebenar.
- Kutukan dan hinaan sememangnya diibaratkan seperti tikaman batu-batuan. Biarlah kita menjadi seperti pokok buah-buah yang enak, pabila kita ditikam dengan batu-batu, buah kita sajikan kepada mereka. Dan mereka menikmatinya dengan sungguh-sungguh. Semoga mereka menyedari akan kekuasaan Tuhan yang menciptakan segala apa yang ada di alam nyata dan tidak nyata.
- Orang-orang yang lain yang beranggapan diri mereka mulia perlu juga mengerti setiap pendosa itu masih terdapat kata-kata pujian pada Penciptanya dalam saat mereka bergelut dengan belenggu dosanya dengan harapan Tuhan membantu mereka untuk keluar dari belenggu itu. Keluhan mereka tak henti-henti pada Tuhannya tentang betapa peritnya untuk lari dari belenggu dosa itu.
- Percayalah, untuk menjadi seorang pendosa itu amat perit dugaannya. Perlu disusuli dengan keazaman yang lestari. Namun itu tidak semudah yang disangkakan. Kesukaran itu pula dihujani dengan cacian dan makian.
- Semoga Allah merahmatiku, pendosa-pendosa yang lain dan orang-orang yang beranggapan mereka itu mulia yang tidak pernah melakukan dosa.
Thursday, June 3, 2010
- Seseorang itu manusia. Mempunyai pencapaian pendidikan yang tinggi. Mempunyai pekerjaan yang lumayan. Harta yang bertimbunan. Mempunyai zuriat yang ramai. Mempunyai sahabat dan rakan yang ramai. Mempunyai koloni dan pengaruh yang kuat dan ramai. Mempunyai isteri yang baik moleh, pandai, kaya dan hebat. Hanya pujian sesuai untuknya. Berbakat dalam kesenian. Segak bergaya semuanya ada.
- Tuhan berikannya sedikit saja penyakit cirit birit, sudah dia perit menahan kesakitan walaupun hanya seketika. Tiada apa yang mampu dia lakukan. Padahal dia ada segalanya. Jika ditakdirkan Tuhan cirit birit itu berpanjangan dan berlarutan, maka celakalah dia. Segalanya yang dia ada tidak mampu berbuat apa apa.
- Tuhan berikannya sedikit rasa demam. Demam yang menyebabkannya terpaksa berehat dan meninggalkan pekerjaan dan aktiviti hariannya selama beberapa hari. Dia mengeluh kesakitan dan tidak menentu rasa hati. Tidak selesa dirasakan sedangkan segalanya yang dia ada seharusnya menjadikan dia selesa. Namun hanya demam saja menjadikan segalanya tidak berguna. Wang yang ada tidak mampu dibelanjakan untuk berhibur. Sahabat yang ada tidak mampu untuk dilayani. Isteri yang ada tidak mampu untuk diberi batinnya. Segalanya serba serbi tiada. Hanya dengan sedikit demam sahaja, selama beberapa hari segalanya yang setinggi gunung sekelip mata menjadi habuk sebesar zarah yang tiada maknanya.
- Tuhan memberikan sedikit rasa pening. Manusia sudah merasa kurang enak. Tidak selesa. Serba serbi tidak betul segala perbuatannya. Segalanya yang ada itu tidak mampu menolongnya melewati keperitan yang hanya sedikit itu saja. Dengan hanya menunggu pening itu hilang baru dia dapat menikmati segalanya. Tetapi bagaimana jika pening itu berpanjangan?
- Tuhan memberikan sedikit luka di tangan mahupun kakinya ketika dia berjalan. Luka itu menyebabkannya merasa tidak selesa. Merasa sakit bila terkena air. Tidak mampu untuk bergerak dengan baik. Serba serbi tidak selesa dirasakan menjadikan keteguhannya menurun. Dengan hanya sedikit luka saja. Sedangkan tubuh badannya sihat dan tegap. Jua tidak mampu untuk mengetepikan rasa sakitnya itu.
- Siapa kata manusia itu hebat dan kuat?
- Namun masih lagi manusia berkata besar dan ego dengan kebolehan yang ada. Sedangkan ingin membuang air pun mereka alah dengan kesakitannya. Jangan lagi diceritakan penyakit atau kecederaan yang lain.
- Merasakan diri hebat menyebabkannya tidak mahu memohon pertolongan orang lain. Merasa takut diungkit jua. Padahal orang mengungkit disebabkan dirinya itu yang tidak berbudi dan tidak pandai mengenang jasa. Ibn Khaldun berkata manusia itu pada fitrahnya memang tidak mampu untuk hidup bersendirian. Dikatakan manusia memerlukan kuali untuk memasak. Mereka masih lagi memerlukan orang yang menggali logam atau membuat besi sekaligus membentuk besi agar ia menjadi kuali. Hakikat nya itu manusia yang memerlukan tidak mampu untuk membuatnya sendirian. Berbudi baik dan mengenang jasa adalah cara yang paling selamat kerana kita tidak akan mampu untuk hidup sendirian.
- Hanya sesaat cukup bagi Tuhan untuk merampas balik semua yang manusia ada walaupun manusia mengumpul dan memperolehnya mengambil masa yang lama dan menggunakan tenaga serta pengorbanan yang besar. Segalanya hanyalah tidak bernilai
- Yang bernilai adalah budi suci dan luhur budi yang mana ianya boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira berdarjat atau tidak. Namun, untuk memilikinya perlu bersabar dengan ujian dan dugaan hidup. Tiada ruginya kita bersabar kerana selagi kita hidup selagi itulah kita disajikan dengan dugaan hidup. Cuma mati saja yang akan mengakhiri segala cobaan hidup.
- Jangan alpa dan ghairah kerana itu menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan budaya hidup.
- Hanya agama dan moral mampu mengelak keruntuhan budaya dan akhlak
- Dan sederhana itu adalah yang paling selamat.
- Bermewahan hanyalah menyiksa diri
Berjakuk Programme : Pak Imam & Mat Rempit
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 3:46 PM Labels: Omonganku Saja- Penghargaan kepada Geng Bas Skolah (GBS) : Me, Edison, Anis, Rudy, Eileen, Leena, Theresa & members jemputan GBS Shieda & Eda.
- Klip ini disiapkan untuk keperluan Forum GBS yang bertajuk permasalahan etika dalam perniagaan.
- Last minute GBS turun padang buat shuting klip ini dan selepas itu diedit. Syukur ia sempat siap sebelum hari forum diadakan.
- walaupun hanya 4 minit, tetapi penyediaannya memakan masa yang lebih dari itu dan juga tenaga yang begitu banyak telah dikerah.
- Make up Rudy untuk penghayatan watak imam pun bukan senang seperti yang dijangka. Celak mata dari Bunga Raya dan selepas itu pergi ke tempat penggambaran di cempaka. Rudy time tu belum tidur dari malamnya sampai pagi. Tak sangka make upnya berjaya menampakkan hasil pak imam. Kredit to Eileen & aku just buat tanda di dahinya saja. Ia berkesan!
- Watak mat rempit lebih menumpukan kemampuan sam wat sesuatu yg boleh dikatakan merbahaya. Buat aksi superman atas motor. Kami tidak menekankan persediaan pakaian mat rempit. Hanya menumpukan skil yg dapat ditunjukannya. Ternyata berjaya walaupun hampir-hampir sam terjatuh. Terima Kasih sam.
- Edit video seperti biasa GBS memerlukan bantuan Azrie. Kali kedua mintak pertolongan yang sama dan kami menyerahkan seluruh kepercayaan kepadanya. Ternyata Azrie tidak mengecewakan kami seperti biasa... terima kasih Azrie.
- Idea asal cerita dicadang oleh aku sendiri. Namun ada 2 watak tidak dapat dijayakan kerana ketiadaan pelakon yang sesuai dengan watak itu.
- Antara watak itu ialah watak seorang budak kelantan yang berlagak tidak pandai bercakap bahasa melayu. Hanya pandai bercakap bahasa inggeris. Itupun bahasa inggerisnya itu 120% sleng kelantan. Objektifnya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa adalah perlu kita merasa bangga dengan bahasa dan asal usul kita. Ibu bapa kita dah sah-sah dah orang tempatan, jadi tidak payah lah berlagak tak pandai bahasa ibunda.
- Watak lain ialah watak nerd. Budak ulat buku yang dipertanyakan tentang permasalah yang dibincangkan.
- Sesungguhnya pembikinan klip ini adalah antara kenangan manis aku dengan GBS. Secara peribadinya aku merasa puas kerana dapat melakukan sesuatu yang diluar kotak jangkaan orang lain. Bikin klips sendiri dengan idea sendiri.
- Nampak saja mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Ini adalah projek kami yang kedua. Projek pertama dahulu kami telah menghabiskan banyak kos demi menjamin penghasilan yang berkualiti. Pengurusan dan perancangan haruslah bijak dan realistik dan ia menguji kepekaan kami.
- Terima kasih kepada GBS kerana mempercayai idea aku.
- Waaaaaaaaaaaaa... i really miss dis moment.......
Friday, May 28, 2010
- Lagu ini didedikasikan kepada sahabat-sahabat yang sedang berputus asa dan juga sedang berjuang untuk mendapat apa yang diinginkan.
- Kepada Fayyadh, Plz don't give up. Aku tau ko boleh buat. There is no such thing as a free lunch. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Nanti insyaallah ada perkhabaran gembira untuk ko. Aku tau niat ko murni. Tuhan tidak akan terlepas pandang dengan perkara-perkara yang baik. Go Fayad Go...!
- To my buddy "Del", be strong. InsyaAllah mn dah ketentuan Tuhan ya akan jadi hak ko. Prepare urself then God will give it to u.
- Bukan senang untuk mendapat sesuatu yang berharga dan bermakna. Ia perlu disertakan dengan pengorbanan dan pembayaran yang besar.
- Selagi Tuhan belum menentukan sesuatu itu, maka pintu doa permintaan masih terbuka luas. Pohonlah yang terbaik kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.
Setinggi mana pun kita mendaki, sesekali pandanglah ke bawah
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 11:55 AM Labels: Omonganku Saja- Seorang pendaki mendaki gunung ataupun bangunan yang tinggi. Sesekali dia melihat ke bawah. Pada saat dia melihat ke bawah, hatinya bergegar kecut kegayatan. Bila dipandangnya ke puncak, semangatnya terus berkobar-kobar untuk sampai ke situ. Sesampai di puncak, dia terus berdiri megah dan menabik dada. Dilihatnya ke bawah, rasa bangga dan gembira kerana sudah berada ditempat yang tinggi. Mungkin dia terlupa keberadaannya di puncak itu hanya sementara sahaja. Dia seorang manusia ditakdirkan untuk hidup memijak dunia. Tidakkan selamanya hidup dipuncak itu. Suatu masa nanti dia akan ke bawah juga kembali ditempat asalnya hidup seperti manusia yang lain.
- Walaupun kita dibezakan dengan darjat dan status, namun maruah setiap manusia itu tetap sama kerana manusia itu mempunyai hati dan perasaan yang sama. Bisa merasa sedih, gembira, cinta, kecewa, marah dan sebagainya. Maka pada itu adalah perlu bagi kita menghormati antara satu sama lain.
- Walaupun seorang pemotong rumput. Yang berjemuran di bawah teriknya matahari panas. Mungkin dari pandangan orang darjatnya dan statusnya tiada apa-apa. Namun jangan lupa, bagaimanakah kehidupan masyarakat jika tiada golongan-golongan ini. Siapa yang kita harapkan untuk memotong rumput? Perdana Menteri? Menteri? CEO? Guru? Dan seorang pemotong rumput itu perlu juga berbangga dengan pekerjaannya kerana pekerjaannya itu begitu penting untuk masyarakat. Yang selainnya perlulah berterima kasih dengan mereka kerana jasa dan pengorbanan mereka. Mereka pun ingin untuk mendapat pekerjaan yang lumayan... Trade off... given up pekerjaan lumayan untuk bekerja sebagai pemotong rumput.
- Ms Audrey sewaktu kuliahnya memberi tahu betapa tingginya nilai tamadun jepun, seorang pemungut sampah sangat-sangat dihormati dalam masyarakat. Dan mereka sangat-sangat berbangga dengan pekerjaan mereka.
- Semoga aku tidak pernah lupa diri dan alpa dengan kedudukan. Aku berharap setinggi manapun tempat ku daki, semakin rendah hati ku rasakan. semakin tinggi tempat ku kecapi semakin kerdil diri kurasakan
- Semalam, suatu benda yang aku pelajari. Pendidikan yang tinggi, kedudukan yang dimuliakan dan pekerjaan yang lumayan bukan penentu kepada penghormatan masyarakat. Yang penting sekali keperibadian yang luhur dan mulia.
- Setinggi mana pun pendidikan, darjat dan pekerjaan, jika keperibadian yang kurang bertamadun dan kurang mulia, tiada siapa akan menghormati dan segala kemewahan dan darjat itu tidak akan ke mana-mana.
- Selalulah berperasangka baik.
- Menghormati orang lain
- Perindahkan kata-kata pujian mulia pada orang lain
- Menghargai dan berbudi bahasa
- Ya Tuhan, hindarilah aku daripada kegairahan dan kealpaan. Kerana itu akan menghakis ketamadunan dan beradabanku....Amin..
Wednesday, May 26, 2010


- Imam Syafie amat menghormati dan memuliakan guru-guru yang mengajarnya.
- Adalah menjadi keharusan untuk kita menghormati dan memuliakan seorang guru demi memastikan hidup sentiasa diberkati.
- 26 Mei 2010 genap hari lahir Prof Dr. Ahmad Shuib yang aku tidak pasti yang ke berapa. Tak kisah lah yang ke berapa sekalipun. Yang pasti kali ini aku berpeluang untukucap selamat pada beliau.
- Beliau adalah salah seorang guru yang paling aku hormati dan muliakan.
- Dunia sekarang ini bergerak sangan pantas kerana adanya teknologi yang canggih

- Begitu terharu aku dengan kata-katanya kerana selama ini aku mengandaikan penempatanku di dunia ini begitu kecil dan sangat terpinggir. Namun orang yang aku muliakan dan hormati, memberi kata-kata mulia untukku. Sungguh aku merasakan sangat-sangat kecil.
- Aku menyukai cara beliau mengajar. Penuh pengertian.
- Stiap kali aku bertanyakan ketidakfahaman aku tentang pelajaran, beliau dengan berbesar hati dan membuka pintu pejabat dengan luas untuk ku memberi tunjuk ajar. Tak kira sesibuk mana pun beliau, tidak pernah sekalipun beliau menolak pertanyaanku. Sentiasa tersenyum dan memberi keterangan yang terbaik untukku.
- Beliau pernah belanja aku makan tapi pada masa itu aku tidak perasan yg beliau dah bayar order aku kat kaunter. Bila beliau balik, beliau sempat kata sesuatu dengan isyarat kepala yang aku tak mengerti (ahahaha). Rupanya isyarat itu bermaksud semuanya beliau dah bayar. Aku baru perasan bila sampai kat kaunter, orang yang jaga kaunter bagitau yang oder aku dah dibayar prof. Segan sangat-sangat aku. Malamnya aku terus email kat prof bagitau terima kasih.
- Mungkin sebab beliau mengingati nama aku waktu permulaan dulu sebab aku selalu email kat beliau tanya pasal tugasan. Sangat-sangat kerap aku email kat beliau hinggakan dalam kuliah beliau panggin nama aku untuk melihat tuan punya email. Selepas itu, aku nyanyi time dinner yg pertama aku sebut namanya sebagai penghargaan. Satu perangai aku, aku akan berasa gembira kalau orang memanggil nama kubila mana orang itu baru dikenali atau lama sudah dikenali tetapi tidak tahu nama aku tapi tiba-tiba orang itu memanggil nama aku. Tak tau kenapa...Dr. Puah pun saat-saat akhir beliau panggil nama aku. dan aku merasa sangat-sangat gembira.
- Buat Prof, Semoga Tuhan akan memberikan kesejahteraan berpanjangan di dunia dan juga episod selepas dunia atas ilmu dan ajaran yang dicurahkan..amin...
- Semoga kemuliaan yang diberi pada seorang guru akan diberi keberkatan dalam hidupku
- Prof, panjang umur jumpa lagi dan saya ingin jadi anak murid prof lagi suatu hari nanti.
Monday, May 24, 2010
- Bumi ada waktunya cerah dan ada waktunya hujan. Pun begitu, ada kawasan yang bermusimkan 4, bertukar-tukar musim nya dalam setahun. Fitrah itu telah ditetapkan oleh Pencipta alam agar dunia ini menjadi seimbang. Perkiraannya juga mungkin boleh disimpulkan atau diekspreskan melalui nombor atau sifat matematik seperti mana ilmu ekonomi menerangkan.
- Dunia ekonomi pun sebegitu. Ia mempunyai kitaran masa nya yang tersendiri. Ada masa pesat dan ada masa meleset. Ramai yang percaya bahawasanya pada setiap 10-8 tahun iklim ekonomi akan berubah. Ini adalah hasil daripada sifat ekonomi itu sendiri apabila kita mengambil segara agregate dan menyatukannya. Secara teknikalnya mungkin di masa akan datang aku akan rungkaikan.
- Suatu masa kita disukai oleh orang. Pujian melambung-lambung ditujukan kepada kita tanda penghargaan, kasih dan sebagainya. Sadarlah, suatu hari nanti kita juga akan dibenci oleh orang. Sebagaimana darjah keadaan kita disukai, dan sebanyak itulah darjahnya kita akan dibenci suatu hari nanti. Beringatlah sewaktu kita merasa senang bila disukai. Begitu juga pada saat kita dibenci. Ingatlah detik-detik kita dibenci orang supaya jika suatu hari nanti kita disenangi, kita tidak pernah alpa dan masuk angin dengan pujian dan kesenangan bila disukai orang.
- Suatu masa itu dialah dikatakan sahabat. Yang dibanggakan kerana keserasian dan kesependapatan. Iklim mungkin boleh bertukar sahabat yang dibanggakan menjadi seorang yang tidak disenangi kerana "harimau tela menunjukkan belangnya". Pada awalnya dikenali begitu molek dan sesuatu yang baru padanya. Lama ke lamaan menjelmalah rupanya yang sebenar. Pada saat itu, berpada-padalah dalam bersahabat. Dan beringatlah mungkin saja suatu hari nanti dia bukan seperti yang permulaannya. Begitu juda pada saat kita mengenali sahabat itu yang mana kita tidak menyukainya. Berpada-padalah kerana suatu hari nanti bila identitinya yang sebenar terserlah, mungkin saja kita senang dengan nya. Manusia itu rambut saja sama hitam, tapi hati lain-lain. Berubah pada saat yang sukar untuk dijangka
- Seorang perempuan menjadi seorang kekasih yang dicintai. Kerana keserasian dan kerelaan juga mungkin kecantikannya, seorang lelaki menyintainya sepenuh jiwa. Namun, lama kelamaan rasa itu boleh saja rapuh. Sang perempuan boleh saja berubah mungkin kerana kepuasan yang tidak memuncak. Pada saat itu tidaklah seperti awal-awal dahulu. berkasih sayang. Ingatlah...sewaktu kita dicintai...bersiap sedialah dengan segala kemungkinan. Pada saat kita tidak dicintai juga perlulah kita mengamati rasa keseorangan itu kerana pabila kita kembali dicintai kelak, ada bekalan bagi kita untuk menghargai dan menjaganya dengan fomula yang sepatutnya.
- Suatu masa Tuhan mengurniakan kita rezeki yang banyak. Hartanya ada, pekerjaannya bagus, sumber pencarian nya lumayan dan selalu saha bernasib baik. Percayalah suatu hari nanti segalanya boleh saja hilang. Tidak kira kita alpa dengan kenikmatan atau tidak, tidak mustahil segalanya akan hilang. Beringatlah ketika kita masih berharta dan mempunyai rezeki yang banyak. Ingat orang yang susah. Bersedekahlah semampu yang boleh. Berjimat cermatlah dengan pengurusan yang bijak. Kerana sifat murah tangan itu dan kuat bersedekah itu akan membantu kita diwaktu iklim bertukar di mana kita berada di bawah. Begitu juga pada saat kita kesusahan, amatilah sungguh-sungguh kepayahan kita agar suatu hari nanti bila kita senang, kita tidak mudah lupa diri. Kita sering kali mengenang nasib kita yang susah lantas kita mudah bersimpati pada yang susah lalu kita bersedekah. Dan itulah menyebabkan hati kita puas menikmati rezeki. Kepuasan bukan bermaksud membeli segala apa yang hanya diri kita inginkan. Padahal sebenarnya hati kita semakin tidak puas.
- Pada saat kita berduka, bersabarlah kerana itulah tanda Tuhan memberi kegembiraan kepada kita. Maka bersyukurlah..tiada yang percuma di dunia ini. Untuk mendapatkan hujan, panas jadi pembayaran.
- Jangan sesekali merasa putus asa pada usaha untuk mencapai kejayaan. Pada detik kegagalan, teruskan usaha untuk berjaya kerana itu akan melonjakkan kita ke singgah sana. Amatilah rasa pahit kegagalan itu supaya bila saat kita berjaya nanti, ianya akan menjadi kejayaan yang penuh makna. Beringat lah sewaktu menikmati kejayaan. Suatu masa nanti kita akan berada di bawah. Tabahlah menghadapi segalanya.
- Bila masa kita memasak, rasa masam, manis, masin perlu diimbangi agar ia menjadi enak. Begitu juga dengan kehidupan, masam manis masin perlu dirasai dan ianya dijadikan pengalaman yang sangat bermakna untuk kita gagah menghadapai kehidupan di masa hadapan.
- Jangan pernah terlalu meratap sedih, percayalah hidup ini ada ruang untuk setiap insan. Ibn Khaldun pernah berkata, setiap manusia itu telah ditetapkan bahagian-bahagiannya di dunia ini.
- Bersyukurlah apa yang kita miliki..kerana ianya adalah salah satu cara untuk kita tidak menyesalinya ketika kita kehilangan
- Hargailah sungguh-sungguh dengan apa yang kita ada. Kita belum tahu lagi apa kejadian di masa akan datang.
- Jangan alpa dan riak kerana kamu akan membayar sendiri hutangmu pada dunia. Maka terbantutlah kemajuan mu semasa hidup di dunia
- Allah berfirman yang kira-kiranya berpesan bahawasanya Dia akan menguji umat manusia mengikut kemampuan individu itu sendiri. Dan Allah itu Maha Adil.
- Seorang sahabat yang dikasihi boleh sahaja pergi dahulu meninggalkan kita kerana panggilan pulang Allah
- Seorang kekasih yang nyawanya sebenarnya bergantung pada perjanjiannya pada Allah yang mana dia sendiripun tidak mengetahuinya kecuali Allah dan sesuatu yang diizinkanNya.
- Seorang ibu itu pastinya akan meninggalkan anaknya pada suatu hari yang telah ditetapkan
- Seorang isteri tidak semestinya pergi kemudian
Saturday, May 8, 2010
Spaghetti dan Shepard pie untuk ibu
Posted by Dzul Hadzwan Hj Husaini at 6:50 PM Labels: Omonganku Saja- Tahun ini hari ibu whole family celebrate. Tapi agak pelik.
- Aku masak spaghetti dan Shepard pie untuk satu family makan.
- Perancangannya nak makan sama-sama malam sabtu hari jumaat 7 Mei 2010. Aku start masak kul 6 petang. Habis masak semua kul 9.30 pm. Agak-agak dalam 4 jam lah memasaknya. Mak aku dah lapar. Lama sangat tunggu. Adik dan bapak aku tertidur. Abang aku tidak balik-balik. Hahahaha... last2 aku ngan mak aku dinner together-gehter. Kami berdua saja makan. Mak aku makan bertambah-tambah.
- Mak aku gtau la, 25 tahun macam baru semalam beliau melahirkan aku. Sekarang dah tahun ke 25. Dari sekecil lengan sekarang dah bujang terantang-tang. Nasib baik lah topik kawin tidak dibincang. Neves aku la...calon dah tak da...hahaha.. aku dah plan dah, kalo mak aku tanya, aku nak cakap, mak pinang je lah sapa-sapa mak nak. on jerrrr...
- Perancangan tidak menjadi. Jadi makan satu family secara kebetulan tanpa dirancang, berlaku pada keesokan harinya. Time breakfast. 1 family makan. Makcik aku pun ada sekali. Awal-awal pagi, selepas subuh dan selepas bertafakur kira-kira kul 7-8 pagi. Tapi, aku pulak yang tertidur~~~ haha... tertidur selepas subuh k...bukan sebelum subuh.
- Bangun saja, mak aku bagi tau semua dah makan.
- Tertunai juga hasratku untuk masak makanan dan bagi mak aku makan. 25 tahun beliau sibuk memikirkan dan penat menyediakan makanan untuk aku. Beliau tahu makanan kegemaran aku (kari ayam/ daging & nasi lemak). Aku tak berapa pasti makanan kegemarannya. Tapi aku masak apa yang aku rasakan terbaik aku boleh masak. Rasa sangat-sangat puas hati sebabnya mampu masak untuk mak.
- Sebenarnya, aku takut bapak aku perli aku sebab lupa bday beliau tahun ni. Serius...aku lupa... bulan febuari... nasib lah beliau pun lupa kot...hehehehe. hopefully tahun depan tak lupa.
- Mak, 25 tahun lalu saya sangat-sangat nakal. Mungkin sekarang ni dah tak nakal lagi dah kot. Hope can make u happy mom..sampai bila-bila.
- Because of you i have topi segi4 soon....tat is for u. not me..
- yang paling sweet, dinner tu aku dan mak aku saja. so sweet.... :)
- mak sumpah taknak nakal lagi



